Kemeriahan kenduri di Rumah Ngaji PP

KEPALA BATAS – Seramai 330 ahli Rumah Ngaji Pulau Pinang menyertai Kenduri Rumah Ngaji Pulau Pinang yang diadakan di sebuah hotel di sini pada Jumaat.

Penyelaras Rumah Ngaji Pulau Pinang, Zaiton@Zariyah Abdullah berkata, ahli yang hadir terdiri daripada 82 Rumah Ngaji di seluruh Pulau Pinang.

“Ini adalah kali pertama kenduri untuk ahli Rumah Ngaji diadakan di hotel yang mana, sebelum ini, kita hanya mengadakannya di restoran, masjid dan surau.“Tujuan kenduri ini diadakan adalah untuk berkumpul bersama ahli, suai kenal antara mereka dan mengeratkan ukhuwah di samping mengadakan aktiviti bersama-sama.“Ini kerana, walaupun mereka ini ahli Rumah Ngaji, tetapi kebanyakan mereka tidak kenal antara satu sama lain terutamanya dari daerah yang berbeza,” katanya ketika ditemui di sini pada Jumaat.Zaiton berkata, program seperti itu akan terus diadakan dari semasa ke semasa agar ahli dapat mengenali dengan lebih dekat antara satu sama lain.

 

Zaiton

“Kita sedang merancang pelbagai aktiviti lain untuk manfaat kesemua ahli. Aktiviti yang dirancang bersifat kebersamaan agar semua ahli boleh berinteraksi sesama mereka.

“Syukur program kali ini mendapat sambutan memberangsangkan yang dihadiri dari kesemua daerah di negeri ini. Mereka berusia lingkungan 30 hingga 70 tahun.

“Insya-ALLAH Rumah Ngaji Pulau Pinang akan sentiasa menganjurkan aktiviti seperti ini untuk ahli-ahli,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini, Pulau Pinang mempunyai 82 Rumah Ngaji di seluruh negeri kecuali di daerah Timur Laut.

“Daerah Seberang Perai Utara paling banyak iaitu 74 buah Rumah Ngaji, Seberang Perai Tengah (7), Seberang Perai Selatan (1) dan Barat Daya (3).

“Kita tiada sasaran untuk menambah jumlah Rumah Ngaji di Pulau Pinang namun setiap bulan, ada pertambahan sekurang-kurangnya satu. Itu sudah dikira satu perkembangan positif,” katanya.

Tambahnya, beberapa aktiviti menarik sedang dirancang untuk sepanjang bulan Ramadan ini.

“Aktiviti sebelum ini masih diteruskan antaranya tadarus dan tadabur namun akan ada aktiviti lain yang akan turut dijalankan sepanjang Ramadan ini.

“Ia akan dibuat secara berterusan sepanjang bulan puasa ini,” katanya.

kredit : Syajaratulhuda Mohd Rosli

 

Comments on Verse

Enter your email to receive a password reset link.

Terima Kasih

Mesej Anda telah berjaya di hantar

  1. WUIF memberikan ruang penyertaan kepada Sahabah AlQuran (SAQ) bersama menghadiri aktiviti-aktiviti di bawah anjuran WUIF.
  2. Kebenaran menyertai aktiviti WUIF adalah tertakluk kepada syarat bahawa SAQ tidak membawa agenda dan unsur-unsur yang menyentuh sensitviti masyarakat.
  3. WUIF tidak memberi jaminan bahawa sebarang penyertaaan SAQ bersamanya dalam apa-apa aktiviti akan mendapat sebarang liputan secara peribadi sama ada kepada individu mahupun kumpulan tertentu.
  4. WUIF akan berusaha memberi sokongan berupa bentuk placard, bookmark sama ada melalui softcopy ataupun bahan bercetak    sekiranya sesuai dan stok bahan-bahan publisiti tersedia semasa program-program yang dijalankan oleh pihak SAQ.
  5. WUIF mempunyai hak untuk berkongsi gambar-gambar SAQ yang menyertai aktiviti atau program bersama WUIF di mana-mana saluran media yang bersesuaian, yang WUIF mempunyai akses terhadapnya.
  6. Penyertaan wakil pihak WUIF dalam sebarang aktiviti SAQ (sekiranya berkaitan) adalah tertakluk kepada kesesuaian masa dan kelapangan wakil-wakil tersebut.
  7. Pihak WUIF mempunyai budibicara untuk berkongsi dengan mana-mana saluran media yang bersesuaian bahan-bahan serta perkongsian oleh SAQ di mana-mana saluran media.
  8. SAQ bersetuju akan menjalankan jalinan kerjasama dengan WUIF dengan membawa prinsip, visi dan misi yang berteraskan panduan al-Quran dan As-Sunnah.
  9. SAQ akan memberikan maklumbalas dan laporan kepada pihak WUIF      berdasarkan sebarang aktiviti dan/atau dapatan dari eksperimen sosial (jika berkaitan) yang dijalankan bertujuan membantumempertingkatkan kualiti penyampaian al-Quran kepada orang awam.
  10. SAQ akan sentiasa menjaga nama baik WUIF dalam setiap aktiviti yang dijalankan di samping berusaha mempamerkan nilai al-Quran di dalam setiap program dan/atau aktiviti yang dijalankan.
  11. SAQ bersedia menyelia dan bertanggungjawab terhadap setiap aktiviti yang dijalankan sama ada dengan atau tanpa kehadiran wakil daripada pihak WUIF.
  12. SAQ akan menjalankan aktivitinya tertakluk kepada kebenaran dan penambahbaikan yang akan dicadangkan oleh WUIF dari semasa ke semasa.
  13. SAQ tidak akan menggunakan bahan serta material yang dihasilkan oleh WUIF untuk sebarang tujuan komersil tanpa persetujuan dan/atau kelulusan pihak WUIF.
  14. SAQ hendaklah menghormati sebarang perjanjian dan/ atau persetujuan yang telah dijalinkan oleh WUIF dengan mana-mana pihak.
  15. SAQ bersedia untuk berbincang dan bekerjasama dengan WUIF pada bila-bila masa demi Misi MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah melalui berinteraksi dengan al-Quran Baca, Faham dan Amal.
  16. Selain daripada pautan sebagai rujukan dan panduan penganjuran program tahunan SAQ bersama WUIF, SAQ turut digalakkan untuk mendapatkan nasihat serta panduan sebelum menggunapakai nama-nama program yang dianjurkan oleh WUIF, supaya objektif perlaksanaan program oleh SAQ dapat dicapai secara optimum.
  17. Dalam keadaan di mana akad tersebut diingkari, pihak WUIF berhak meneruskan dengan tindakan-tindakan yang sewajarnya yang tidak terkecuali tindakan undang-undang bagi menghalang pengingkaran tersebut dari berterusan.
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x