Perasmian Sudut IQRA (Rumah Ngaji@ UiTM PP)

Pada 30 Julai 2024, bertempat di ruang LCE PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang telah diadakan majlis sambutan Maal Hijrah dan majlis perasmian Sudut IQRA (Rumah Ngaji@PTAR) UiTM Cawangan Pulau Pinang.

Acara petang itu telah dimulai dengan bacaan Surah Al-Mukminun ayat 1 hingga 10 yang dipimpin oleh Ustaz Mohd Fauzan Md Nor, Pegawai UHEI UiTM Cawangan Pulau Pinang. Setelah berakhir bacaan Surah Al-Mukminun, Ustaz Muhammad Che Saad selaku penceramah jemputan telah menyampaikan ceramah Maal Hijrah yang bertajuk Al-Falah Pemacu Malaysia Madani. Antara isi penting ceramah yang disampaikan sepanjang satu jam itu adalah bagaimana mencapai Al-Falah (kemenangan) dalam kehidupan.

Program diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Timbalan Ketua Pustakawan, Tuan Haji Ahmad Faizar Jaafar. Di dalam ucapan, beliau menyatakan objektif penyediaan Sudut IQRA ini merupakan salah satu inisiatif PTAR Cawangan Pulau Pinang bagi memenuhi konsep 3R (Religion, Race and Royal). Sudut IQRA (Rumah Ngaji@PTAR) merupakan ruang yang kondusif untuk pembelajaran dan interaksi berkaitan Al-Quran serta bacaan ‘self-healing’. Selain itu, matlamat utama Sudut IQRA’ (Rumah Ngaji@PTAR) ini adalah untuk menggalakkan penghayatan al-Quran dan pembudayaan ilmu dalam kalangan warga UiTM Cawangan Pulau Pinang serta komuniti sekitar.

Majlis perasmian Sudut IQRA diteruskan dengan ucapan oleh Rektor UiTM Cawangan Pulau Pinang YBhg. Profesor Dato’ Ir. Dr. Haji Ahmad Rashidy Bin Razali yang seterusnya melaksanakan gimik perasmian Sudut IQRA (Rumah Ngaji@PTAR). Acara berakhir selepas para hadirin menonton video montaj Perjalanan Penubuhan Sudut IQRA & Program Pembudayaan Ilmu PTAR bersama Rumah Ngaji Pulau Pinang & PTJ UiTM Cawangan Pulau Pinang dan acara bergambar serta lawatan ke Sudut IQRA.

Program Sambutan Maal Hijrah dan Perasmian Sudut IQRA (Rumah Ngaji@PTAR) UiTM Cawangan Pulau Pinang ini telah dihadiri oleh Pengerusi Rumah Ngaji Pulau Pinang ; Tuan Haji Taufek Abdul Rahman, Timbalan Pengerusi Rumah Ngaji Pulau Pinang ; Puan Zaiton @ Zariyah Abdullah, Penyelaras Pembangunan Sosio Ekonomi YaPEIM ; Encik Fahmi Abdul Jamil, Ketua Unit Hal Ehwal Islam (UHEI) ; Ustaz Zamri Samsudin dan barisan jawatankuasa eksekutif negeri UiTM Pulau Pinang. Seramai 146 orang peserta yang terdiri daripada 87 orang staf UiTM Cawangan Pulau Pinang dan 59 orang ahli Rumah Ngaji Pekan Darat Pulau Pinang telah menghadiri majlis ini.

 

kredit : Perpustakaan UITM Cawangan Pulau Pinang

 

Comments on Verse

Enter your email to receive a password reset link.

Terima Kasih

Mesej Anda telah berjaya di hantar

  1. WUIF memberikan ruang penyertaan kepada Sahabah AlQuran (SAQ) bersama menghadiri aktiviti-aktiviti di bawah anjuran WUIF.
  2. Kebenaran menyertai aktiviti WUIF adalah tertakluk kepada syarat bahawa SAQ tidak membawa agenda dan unsur-unsur yang menyentuh sensitviti masyarakat.
  3. WUIF tidak memberi jaminan bahawa sebarang penyertaaan SAQ bersamanya dalam apa-apa aktiviti akan mendapat sebarang liputan secara peribadi sama ada kepada individu mahupun kumpulan tertentu.
  4. WUIF akan berusaha memberi sokongan berupa bentuk placard, bookmark sama ada melalui softcopy ataupun bahan bercetak    sekiranya sesuai dan stok bahan-bahan publisiti tersedia semasa program-program yang dijalankan oleh pihak SAQ.
  5. WUIF mempunyai hak untuk berkongsi gambar-gambar SAQ yang menyertai aktiviti atau program bersama WUIF di mana-mana saluran media yang bersesuaian, yang WUIF mempunyai akses terhadapnya.
  6. Penyertaan wakil pihak WUIF dalam sebarang aktiviti SAQ (sekiranya berkaitan) adalah tertakluk kepada kesesuaian masa dan kelapangan wakil-wakil tersebut.
  7. Pihak WUIF mempunyai budibicara untuk berkongsi dengan mana-mana saluran media yang bersesuaian bahan-bahan serta perkongsian oleh SAQ di mana-mana saluran media.
  8. SAQ bersetuju akan menjalankan jalinan kerjasama dengan WUIF dengan membawa prinsip, visi dan misi yang berteraskan panduan al-Quran dan As-Sunnah.
  9. SAQ akan memberikan maklumbalas dan laporan kepada pihak WUIF      berdasarkan sebarang aktiviti dan/atau dapatan dari eksperimen sosial (jika berkaitan) yang dijalankan bertujuan membantumempertingkatkan kualiti penyampaian al-Quran kepada orang awam.
  10. SAQ akan sentiasa menjaga nama baik WUIF dalam setiap aktiviti yang dijalankan di samping berusaha mempamerkan nilai al-Quran di dalam setiap program dan/atau aktiviti yang dijalankan.
  11. SAQ bersedia menyelia dan bertanggungjawab terhadap setiap aktiviti yang dijalankan sama ada dengan atau tanpa kehadiran wakil daripada pihak WUIF.
  12. SAQ akan menjalankan aktivitinya tertakluk kepada kebenaran dan penambahbaikan yang akan dicadangkan oleh WUIF dari semasa ke semasa.
  13. SAQ tidak akan menggunakan bahan serta material yang dihasilkan oleh WUIF untuk sebarang tujuan komersil tanpa persetujuan dan/atau kelulusan pihak WUIF.
  14. SAQ hendaklah menghormati sebarang perjanjian dan/ atau persetujuan yang telah dijalinkan oleh WUIF dengan mana-mana pihak.
  15. SAQ bersedia untuk berbincang dan bekerjasama dengan WUIF pada bila-bila masa demi Misi MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah melalui berinteraksi dengan al-Quran Baca, Faham dan Amal.
  16. Selain daripada pautan sebagai rujukan dan panduan penganjuran program tahunan SAQ bersama WUIF, SAQ turut digalakkan untuk mendapatkan nasihat serta panduan sebelum menggunapakai nama-nama program yang dianjurkan oleh WUIF, supaya objektif perlaksanaan program oleh SAQ dapat dicapai secara optimum.
  17. Dalam keadaan di mana akad tersebut diingkari, pihak WUIF berhak meneruskan dengan tindakan-tindakan yang sewajarnya yang tidak terkecuali tindakan undang-undang bagi menghalang pengingkaran tersebut dari berterusan.
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x