RUMAH NGAJI

Platform Belajar Al-Quran Bermula Dari Peringkat Asas

Al Quran Landasan Kehidupan

Pengenalan Rumah Ngaji

Rumah Ngaji ialah salah satu platform untuk orang ramai belajar AI-Quran bermula dari peringkat asas. Rumah Ngaji ditubuhkan dengan satu tujuan iaitu ingin memberi pendidikan aI-Quran kepada orang ramai agar masyarakat Iebih dekat dan cintakan aI-Quran, dalam masa yang sama menjadikan aI-Quran sebagai Iandasan dalam kehidupan. Rumah Ngaji adalah kelas pengajian Al-Quran percuma untuk masyarakat dengan tajaan komuniti setempat. Tajaan yang diperlukan adalah dari segi tempat (set-up Rumah Ngaji), guru, utiliti, kit pengajar dan untuk kawasan yang tidak mampu adalah buku pelajar. Dari sudut misi, kita hasratkan agar Al Quran ini kita baca, fahami, hayati dan amalkan sehingga Iahir akhlak sebagai Muslim Sejati. Oleh kerana itu, modul dan isi kandun-gan yang dijalankan di Rumah Ngaji perlu; dari tidak boleh baca Al Quran ke boleh baca, Insha Allah dan modul untuk mencintai, fahami, hayati dan amalkan Al Quran melalui Iatihan Mukjizat Al Quran, Ibrah, Tadabbur & Tazakkur.

Syarat-Syarat Rakan Sinergi

Daftar Rumah Ngaji

Rumah, Bangunan Persendirian, Tahfiz, Sekolah / Universiti, Pejabat

Guru Yang Berkelayakan Untuk Mengajar Al-quran. Pelajar Dari Kalangan Komuniti Setempat

Antaranya Kos Ubahsuai Ruang Pengajian, Kos Operasi Seperti Utiliti, Pentadbiran, Gaji / Elaun Dan Lain-lain

Hubungi Yayasan Warisan Ummah Ikhlas

  1. Selari dengan visi & misi rumah ngaji malaysia untuk membentuk mukmin sejati melalui baca, faham dan amal al-quran
  2. Menjalankan aktiviti seperti dirancang untuk mencapai objektif membangun komuniti setempat
  3. Tidak terikat dalam mana-mana parti politik
  4. Tidak terlibat dengan mana-mana persatuan / organisasi yang diharamkan oleh kerajaan malaysia dan kerajaan negeri
  5. Tidak menawarkan pelaburan dana yang menjanjikan pulangan / keuntungan dalam bentuk faedah yang lumayan
  6. Hanya dibenarkan menggunakan logo rumah ngaji yang dikhaskan
  7. Tidak menggunakan logo yayasan warisan ummah ikhlas, kumpulan media karangkraf, sinar harian dan lain-lain yang berkaitan dengannya tanpa mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada yayasan warisan ummah ikhlas

Penyelaras Rumah Ngaji Negeri

Rumah Ngaji di seluruh Malaysia

Penyelaras Rumah Ngaji Pulau Pinang
Pulau Pinang
...
Penyelaras Rumah Ngaji Johor
Johor
...

Soalan Lazim Rumah Ngaji

Soalan-Soalan Berkaitan Rumah Ngaji

Rumah Ngaji ialah salah satu platform untuk orang ramai belajar AI-Quran bermula dari peringkat asas. Rumah Ngaji ditubuhkan dengan satu tujuan iaitu ingin memberi pendidikan aI-Quran kepada orang ramai agar masyarakat Iebih dekat dan cintakan aI-Quran, dalam masa yang sama menjadikan aI-Quran sebagai Iandasan dalam kehidupan. Rumah Ngaji adalah kelas pengajian Al-Quran percuma untuk masyarakat dengan tajaan komuniti setempat. Tajaan yang diperlukan adalah dari segi tempat (set-up Rumah Ngaji), guru, utiliti, kit pengajar dan untuk kawasan yang tidak mampu adalah buku pelajar.
Dari sudut misi, kita hasratkan agar Al Quran ini kita baca, fahami, hayati dan amalkan sehingga Iahir akhlak sebagai Muslim Sejati. Oleh kerana itu, modul dan isi kandun-gan yang dijalankan di Rumah Ngaji perlu; dari tidak boleh baca Al Quran ke boleh baca, Insha Allah dan modul untuk mencintai, fahami, hayati dan amalkan Al Quran melalui Iatihan Mukjizat Al Quran, Ibrah, Tadabbur & Tazakkur.

Rumah Ngaji terbuka untuk sesiapa sahaja. Kami mensasarkan masyarakat yang berumur 6 hingga 70 tahun untuk mengikuti kelas-kelas yang kami jalankan. Namun, bergantung kepada setiap Rumah Ngaji untuk menentukan had umur.

Program-program yang ditawarkan oleh Rumah Ngaji adalah percuma. Namun, ada beberapa kos yang biasanya perlu ditanggung oleh peserta seperti buku untuk sesi pembelajaran kerana buku disediakan oleh pihak Iuar.

Rumah Ngaji boleh dibuka sama ada di pejabat, Iot kedai, rumah persendirian, masjid atau surau.

Rumah Ngaji menggunakan dua kaedah yang dirasakan mudah untuk peserta. Kaedah biasa yang digunakan setiap Rumah Ngaji ialah kaedah al-Badar di mana menggunakan konsep selawat Badar dalam sesi pembelajaran. Dengan kaedah al-Badar ini, pelajar dapat menguasai asas aI-Quran dalam masa 3 hari. Insha Allah.
Salah satu Iagi kaedah yang digunakan ialah teknik Cordobana. Namun, teknik yang digunakan adalah bergantung kepada setiap Rumah Ngaji. Ini kerana,
setiap guru yang dilantik mempunyai cara dan kreativiti sendiri untuk mengajar.

Untuk mendaftar sebagai peserta, boleh berhubung terus dengan Rumah Ngaji terdekat dengan kawasan tempat tinggal. (Serahkan info / contact number tentang Rumah Ngaji yang paling dekat dengan kawasan tempat tinggal).

Jika berminat untuk membuka Rumah Ngaji di kawasan anda, anda hanya perlu pastikan bahawa anda punya tempat dan guru ngaji. Anda juga perlu mengisi borang permohonan untuk membuka Rumah Ngaji bagi rekod dan perhatian dari pihak kami. Sila layari ke ruang DAFTAR dalam laman web www.rumahngaji.my

Kami mencadangkan agar guru ngaji adalah daripada pihak tuan/puan sendiri. Ini adalah untuk memudahkan pengurusan pihak tuan/puan yang ingin membuka Rumah Ngaji.

Penggunaan logo “Rumah Ngaji” sebagai misi bersama.
Kami akan berkongsi kaedah mudah Baca Quran, Fahami al-Quran yang kami gunakan tetapi tiada paksaan. Asatizah yang mendapat tauliah boleh menggunakan cara mereka, asalkan matlamat sampai dan seiring dengan visi dan misi Rumah Ngaji.


Yayasan WUI melaksanakan latihan Train The Trainer melalui kos minima bagi melatih kaedah pandai al-Quran dalam tempoh 3 hari. Sekiranya terdapat tajaan tempat, kit pengajar dan makan minum, Yayasan mengadakan secara percuma kepada para asatizah.


Kepada semua yang ingin membuka Rumah Ngaji, boleh emelkan permohonan kepada Sekretariat Rumah Ngaji di: [email protected]

Terima Kasih

Mesej Anda telah berjaya di hantar

  1. WUIF memberikan ruang penyertaan kepada Sahabah AlQuran (SAQ) bersama menghadiri aktiviti-aktiviti di bawah anjuran WUIF.
  2. Kebenaran menyertai aktiviti WUIF adalah tertakluk kepada syarat bahawa SAQ tidak membawa agenda dan unsur-unsur yang menyentuh sensitviti masyarakat.
  3. WUIF tidak memberi jaminan bahawa sebarang penyertaaan SAQ bersamanya dalam apa-apa aktiviti akan mendapat sebarang liputan secara peribadi sama ada kepada individu mahupun kumpulan tertentu.
  4. WUIF akan berusaha memberi sokongan berupa bentuk placard, bookmark sama ada melalui softcopy ataupun bahan bercetak    sekiranya sesuai dan stok bahan-bahan publisiti tersedia semasa program-program yang dijalankan oleh pihak SAQ.
  5. WUIF mempunyai hak untuk berkongsi gambar-gambar SAQ yang menyertai aktiviti atau program bersama WUIF di mana-mana saluran media yang bersesuaian, yang WUIF mempunyai akses terhadapnya.
  6. Penyertaan wakil pihak WUIF dalam sebarang aktiviti SAQ (sekiranya berkaitan) adalah tertakluk kepada kesesuaian masa dan kelapangan wakil-wakil tersebut.
  7. Pihak WUIF mempunyai budibicara untuk berkongsi dengan mana-mana saluran media yang bersesuaian bahan-bahan serta perkongsian oleh SAQ di mana-mana saluran media.
  8. SAQ bersetuju akan menjalankan jalinan kerjasama dengan WUIF dengan membawa prinsip, visi dan misi yang berteraskan panduan al-Quran dan As-Sunnah.
  9. SAQ akan memberikan maklumbalas dan laporan kepada pihak WUIF      berdasarkan sebarang aktiviti dan/atau dapatan dari eksperimen sosial (jika berkaitan) yang dijalankan bertujuan membantumempertingkatkan kualiti penyampaian al-Quran kepada orang awam.
  10. SAQ akan sentiasa menjaga nama baik WUIF dalam setiap aktiviti yang dijalankan di samping berusaha mempamerkan nilai al-Quran di dalam setiap program dan/atau aktiviti yang dijalankan.
  11. SAQ bersedia menyelia dan bertanggungjawab terhadap setiap aktiviti yang dijalankan sama ada dengan atau tanpa kehadiran wakil daripada pihak WUIF.
  12. SAQ akan menjalankan aktivitinya tertakluk kepada kebenaran dan penambahbaikan yang akan dicadangkan oleh WUIF dari semasa ke semasa.
  13. SAQ tidak akan menggunakan bahan serta material yang dihasilkan oleh WUIF untuk sebarang tujuan komersil tanpa persetujuan dan/atau kelulusan pihak WUIF.
  14. SAQ hendaklah menghormati sebarang perjanjian dan/ atau persetujuan yang telah dijalinkan oleh WUIF dengan mana-mana pihak.
  15. SAQ bersedia untuk berbincang dan bekerjasama dengan WUIF pada bila-bila masa demi Misi MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah melalui berinteraksi dengan al-Quran Baca, Faham dan Amal.
  16. Selain daripada pautan sebagai rujukan dan panduan penganjuran program tahunan SAQ bersama WUIF, SAQ turut digalakkan untuk mendapatkan nasihat serta panduan sebelum menggunapakai nama-nama program yang dianjurkan oleh WUIF, supaya objektif perlaksanaan program oleh SAQ dapat dicapai secara optimum.
  17. Dalam keadaan di mana akad tersebut diingkari, pihak WUIF berhak meneruskan dengan tindakan-tindakan yang sewajarnya yang tidak terkecuali tindakan undang-undang bagi menghalang pengingkaran tersebut dari berterusan.