Rumah Ngaji Pulau Pinang

Pengenalan

Rumah Ngaji P.Pinang merupakan sebuah inisiatif yang ditubuhkan untuk membantu masyarakat memahami dan membaca al-Quran dengan lebih baik. Dengan pelbagai program dan kerjasama, Rumah Ngaji berusaha untuk menyebarkan dakwah Islamiah dan meningkatkan kesedaran tentang pentingnya ilmu al-Quran dalam kehidupan seharian.

Motivasi Pembukaan Rumah Ngaji

Misi Utama: Membantu ramai orang untuk membaca dan memahami al-Quran.

Objektif: Mewujudkan kerjasama dalam dakwah Islamiah dan saling berkongsi ilmu.

Lokasi dan Operasi

Lokasi: Rumah Ngaji beroperasi di sekitar masjid, surau, dewan komuniti, dan rumah-rumah persendirian berdasarkan permintaan masyarakat.

Kerjasama dengan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF)

Kelebihan WUIF: Yayasan ini telah lama beroperasi dan mempunyai hubungan sinergi dengan media nasional, yang membantu dalam menyebarkan program-program yang dijalankan.

Matlamat dan Aspirasi

Penubuhan Rumah Ngaji: Bertujuan untuk meningkatkan celik al-Quran, menyatukan masyarakat, dan mengimarahkan masjid melalui pelbagai aktiviti.

Matlamat Jangka Pendek: Memenuhi permintaan masyarakat untuk kelas pengajian.

Matlamat Jangka Panjang: Melahirkan generasi yang memahami dan mengamalkan ajaran al-Quran.

Tarikan dan Pengalaman

1. RNPP mempelbagaikan aktiviti untuk menarik keahlian rumah ngaji dengan aktiviti-aktiviti mesra dan santai di lokasi menarik seperti Sarapan Raya di Restoran, Program Soladariti Palestin di Bukit Bendera, belajar bahasa arab di Gunung Jerai dan ihtifal hafazan di Cameron Highland.

2. Asatizah pula berpeluang ikut program hafazan dan tadabbur yang terancang untuk peningkatan kualiti diri.

Cabaran dan Penyelesaian

Cabaran:

1. Bilangan asatizah tidak mencukupi kerana permintaan yg tinggi.

2. Asatizah yang tiada pendapatan tetap perlu diusahakan sumber bantuan.

Penyelesaian:

1.Memerlukan sokongan berterusan dari WUIF dan masyarakat untuk menyediakan sumber dan inovasi.

2.Asatizah umum digalakkan mengambil peperiksaan tauliah guru al Quran dan rumah ngaji membantu membuat program persediaan. Pada masa ini terdapat 33 orang calon rumah ngaji yang bakal mengambil peperiksaan.

3. Pihak rumah ngaji telah berkomunikasi dengan pihak yg berkenaan seperti masjid dan mengikut saluran rasmi seperti zakat untuk membolehkan asatizah mendapat bantuan kewangan. Asatizah juga digalakkan berusaha menjana kewangan memanfaatkan ahli-ahli kelas ngaji yang ramai.

Peranan dalam Masyarakat

Pentingnya Rumah Ngaji: Rumah Ngaji berperanan penting dalam membentuk masyarakat yang celik al-Quran, terutamanya di kawasan desa.

Kejayaan: Sejak penubuhan, Rumah Ngaji telah membuka 90 Rumah Ngaji baru di Pulau Pinang.

Saranan untuk Masyarakat

Pengorbanan: Setiap individu perlu membuat pengorbanan untuk mendapatkan manfaat dari Rumah Ngaji.

Galakan Penyertaan: Mengadakan pelbagai aktiviti untuk menarik lebih ramai individu terlibat, termasuk kelas al-Quran, program hafazan, dan lawatan.

Kesimpulan

Rumah Ngaji P.Pinang adalah satu inisiatif yang berpotensi besar dalam meningkatkan celik al-Quran dalam masyarakat. Dengan kerjasama yang baik, program yang menarik, dan sokongan dari semua pihak, Rumah Ngaji dapat terus berkembang dan memberi impak positif kepada komuniti.

Hubungi Penyelaras Rumah Ngaji Pulau Pinang :

Puan Zaiton @ Zariyah Abdullah 013-4851368

Facebook: https://www.facebook.com/rnpp2024/

 

 

 

 

 

 

 

 

Info Rumah Ngaji

Penyelaras Rumah ngaji

Penyelaras: Zaiton@Zariyah Abdullah

Hubungi Kami

013-4851368

Emel Rumah Ngaji

Alamat Rumah Ngaji

Rumah Ngaji Pulau Pinang, No 99 Tgkt 2 Persiaran Pokok Sena, Pusat Perniagaan Pokok Sena 13220 Kepala Batas Pulau Pinang

Rumah Ngaji Lain

Rumah Ngaji Lain di Seluruh Malaysia

Rumah Ngaji Pulau Pinang
Pulau Pinang
...
Penyelaras Rumah Ngaji Johor
Johor
...

Comments on Verse

Enter your email to receive a password reset link.

Terima Kasih

Mesej Anda telah berjaya di hantar

  1. WUIF memberikan ruang penyertaan kepada Sahabah AlQuran (SAQ) bersama menghadiri aktiviti-aktiviti di bawah anjuran WUIF.
  2. Kebenaran menyertai aktiviti WUIF adalah tertakluk kepada syarat bahawa SAQ tidak membawa agenda dan unsur-unsur yang menyentuh sensitviti masyarakat.
  3. WUIF tidak memberi jaminan bahawa sebarang penyertaaan SAQ bersamanya dalam apa-apa aktiviti akan mendapat sebarang liputan secara peribadi sama ada kepada individu mahupun kumpulan tertentu.
  4. WUIF akan berusaha memberi sokongan berupa bentuk placard, bookmark sama ada melalui softcopy ataupun bahan bercetak    sekiranya sesuai dan stok bahan-bahan publisiti tersedia semasa program-program yang dijalankan oleh pihak SAQ.
  5. WUIF mempunyai hak untuk berkongsi gambar-gambar SAQ yang menyertai aktiviti atau program bersama WUIF di mana-mana saluran media yang bersesuaian, yang WUIF mempunyai akses terhadapnya.
  6. Penyertaan wakil pihak WUIF dalam sebarang aktiviti SAQ (sekiranya berkaitan) adalah tertakluk kepada kesesuaian masa dan kelapangan wakil-wakil tersebut.
  7. Pihak WUIF mempunyai budibicara untuk berkongsi dengan mana-mana saluran media yang bersesuaian bahan-bahan serta perkongsian oleh SAQ di mana-mana saluran media.
  8. SAQ bersetuju akan menjalankan jalinan kerjasama dengan WUIF dengan membawa prinsip, visi dan misi yang berteraskan panduan al-Quran dan As-Sunnah.
  9. SAQ akan memberikan maklumbalas dan laporan kepada pihak WUIF      berdasarkan sebarang aktiviti dan/atau dapatan dari eksperimen sosial (jika berkaitan) yang dijalankan bertujuan membantumempertingkatkan kualiti penyampaian al-Quran kepada orang awam.
  10. SAQ akan sentiasa menjaga nama baik WUIF dalam setiap aktiviti yang dijalankan di samping berusaha mempamerkan nilai al-Quran di dalam setiap program dan/atau aktiviti yang dijalankan.
  11. SAQ bersedia menyelia dan bertanggungjawab terhadap setiap aktiviti yang dijalankan sama ada dengan atau tanpa kehadiran wakil daripada pihak WUIF.
  12. SAQ akan menjalankan aktivitinya tertakluk kepada kebenaran dan penambahbaikan yang akan dicadangkan oleh WUIF dari semasa ke semasa.
  13. SAQ tidak akan menggunakan bahan serta material yang dihasilkan oleh WUIF untuk sebarang tujuan komersil tanpa persetujuan dan/atau kelulusan pihak WUIF.
  14. SAQ hendaklah menghormati sebarang perjanjian dan/ atau persetujuan yang telah dijalinkan oleh WUIF dengan mana-mana pihak.
  15. SAQ bersedia untuk berbincang dan bekerjasama dengan WUIF pada bila-bila masa demi Misi MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah melalui berinteraksi dengan al-Quran Baca, Faham dan Amal.
  16. Selain daripada pautan sebagai rujukan dan panduan penganjuran program tahunan SAQ bersama WUIF, SAQ turut digalakkan untuk mendapatkan nasihat serta panduan sebelum menggunapakai nama-nama program yang dianjurkan oleh WUIF, supaya objektif perlaksanaan program oleh SAQ dapat dicapai secara optimum.
  17. Dalam keadaan di mana akad tersebut diingkari, pihak WUIF berhak meneruskan dengan tindakan-tindakan yang sewajarnya yang tidak terkecuali tindakan undang-undang bagi menghalang pengingkaran tersebut dari berterusan.