Syarat & Penafian

Syarat dan peraturan melayari quranhour.org

Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) dan anak-anak syarikat dan syarikat-syarikat bersekutu (“Kumpulan Karangkraf”), syarikat penerbitan majalah, yang turut menyediakan kemudahan multimedia dan interaktif melalui laman web https://quranhour.org/  (“quranhour.org”).

Kenyataan yang disediakan ini menunjukkan komitmen dan kesungguhan kami terhadap menyediakan bahan-bahan bermutu dan perkhidmatan yang boleh digunakan dalam quranhour.org.

Melayari quranhour.org adalah tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang dinyatakan di bawah. Dengan menggunakan quranhour.org, ini bermakna anda menerima perjanjian ini.

Kenyataan yang disediakan ini menunjukkan komitmen dan kesungguhan kami terhadap menyediakan bahan-bahan bermutu dan perkhidmatan yang boleh digunakan dalam quranhour.org.

Melayari quranhour.org adalah tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang dinyatakan di bawah. Dengan menggunakan quranhour.org, ini bermakna anda menerima perjanjian ini.

Hakcipta

Semua bahan yang disiarkan termasuk artikel, grafik, gambar dan video adalah tertakluk dan dilindungi oleh undang-undang hakcipta Malaysia. Pengubahsuaian sebarang bahan dari karangkraf.com atau menggunakan dengan sebarang tujuan adalah melanggar hakcipta Kumpulan Karangkraf

Penggunaan bahan-bahan daripada quranhour.org untuk lain-lain laman web atau komputer adalah dilarang sama sekali. Bahan-bahan daripada sebarang laman web yang dimiliki, dikendalikan, lesen atau dikawal oleh Kumpulan Karangkraf

tidak boleh dicetak, diulangterbit, diulang cetak, dimuat turun, dipindahkan atau diedarkan dalam mana-mana carapun.

Semua nama, simbol, logo dan tanda yang digunakan dalam karangkraf.com, kecuali yang lain-lain yang telah dinotiskan, adalah tanda dagangan dimiliki atau digunakan di bawah lesen oleh Kumpulan Karangkraf.

Penggunaan tanda-tanda dagang atau lain-lain bahan dalam laman web ini adalah dilarang.

Forum umum

quranhour.org juga menyediakan ruangan untuk pelayar laman ini berkongsi pendapat, idea dengan umum. Mereka yang menghantar pendapat atau cadangan hendaklah bertanggungjawab atas kenyataan yang diberikan. quranhour.org berhak menyunting atau tidak menyiarkan mana-mana pendapat yang difikirkan boleh memberi kesan buruk kepada umum.

Anda secara khususnya bersetuju bahawa quranhour.org tidak bertanggungjawab atau berkewajipan ke atas mana-mana ugutan, fitnah, kelucahan melampau, menghina atau kandungan tidak sah atau berkelakuan buruk ke atas pihak-pihak lain atau sebarang pelanggaran ke atas hak-hak orang lain, termasuk harta benda intelek yang mempunyai hubungan dengan laman web.

Iklan

Laman web ini mengandungi pautan ke laman web internet lain yang dimiliki oleh pihak ketiga. Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas kandungan laman web yang dipaut atau sebarang pautan di dalam laman tersebut.

Di dalam laman web ini juga terdapat iklan daripada pihak ketiga yang mempunyai pautan ke laman web masing-masing. Anda perlu merujuk ke laman-laman tersebut untuk maklumat lanjut mengenai pengiklan dan produk serta/atau perkhidmatan yang diberikan.

Pada sesetengah keadaan, iklan-iklan tersebut mungkin mempunyai tawaran yang anda boleh terima dengan memaut ke laman pengiklan dan mengikut arahan yang diberikan. Tawaran tersebut tidak dibuat oleh pihak Kumpulan Karangkraf dan pengiklan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas tawaran yang dibuat dan penghantaran sebarang barang atau perkhidmatan yang anda beli daripada laman web pihak ketiga.

Kumpulan Karangkraf tidak akan bertanggungjawab untuk arahan yang dibuat secara langsung oleh pengguna kepada pengiklan ke atas respons sebarang iklan yang disiarkan dalam laman web.

Pengiklan-pengiklan dalam karangkraf.com faham dan setuju yang Kumpulan Karangkraf tidak akan bertangungjawab terhadap ketepatan dan kesahihan maklumat yang dihantar oleh pengguna-pengguna dalam mana-mana bentuk interaktif

Data Peribadi

Kesemua data peribadi yang kami kendali akan disimpan dan diproses mengikut Polisi Perlindungan Data Peribadi kami. Sila layari laman web kami di www.karangkraf.com/ppdpk untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Penafian

quranhour.org tidak akan menjamin bahawa bahan-bahan di laman ini bebas daripada kesilapan, dan kesilapan akan diperbetulkan, atau laman web atau server yang sedia ada bebas dari virus-virus atau lain-lain komponen yang membahaya.

Penggunaan quranhour.org adalah atas risiko anda keseluruhannya. Anda mesti menilai menanggung segala risiko ke atas apa-apa jua yang berkaitan dengan penggunaan sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman web, termasuk kepercayaan ke atas ketepatan, kesempurnaan atau faedah kegunaan apa juga kandungan. Anda perlu mendapatkan nasihat persendirian anda sendiri berhubung maklumat demikian.

Walaupun kami akan menggunakan ikhtiar yang munasabah untuk mengekalkan kandungan, kami tidak akan memikul tanggungjawab untuk menyediakan sokongan atau perkhidmatan mengawalselia ke atas kandungan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang cadangan atau inginkan penjelasan mengenai sesuatu perkara berkaitan quranhour.org, anda boleh hantarkan ke [email protected]

Comments on Verse

Enter your email to receive a password reset link.

Terima Kasih

Mesej Anda telah berjaya di hantar

  1. WUIF memberikan ruang penyertaan kepada Sahabah AlQuran (SAQ) bersama menghadiri aktiviti-aktiviti di bawah anjuran WUIF.
  2. Kebenaran menyertai aktiviti WUIF adalah tertakluk kepada syarat bahawa SAQ tidak membawa agenda dan unsur-unsur yang menyentuh sensitviti masyarakat.
  3. WUIF tidak memberi jaminan bahawa sebarang penyertaaan SAQ bersamanya dalam apa-apa aktiviti akan mendapat sebarang liputan secara peribadi sama ada kepada individu mahupun kumpulan tertentu.
  4. WUIF akan berusaha memberi sokongan berupa bentuk placard, bookmark sama ada melalui softcopy ataupun bahan bercetak    sekiranya sesuai dan stok bahan-bahan publisiti tersedia semasa program-program yang dijalankan oleh pihak SAQ.
  5. WUIF mempunyai hak untuk berkongsi gambar-gambar SAQ yang menyertai aktiviti atau program bersama WUIF di mana-mana saluran media yang bersesuaian, yang WUIF mempunyai akses terhadapnya.
  6. Penyertaan wakil pihak WUIF dalam sebarang aktiviti SAQ (sekiranya berkaitan) adalah tertakluk kepada kesesuaian masa dan kelapangan wakil-wakil tersebut.
  7. Pihak WUIF mempunyai budibicara untuk berkongsi dengan mana-mana saluran media yang bersesuaian bahan-bahan serta perkongsian oleh SAQ di mana-mana saluran media.
  8. SAQ bersetuju akan menjalankan jalinan kerjasama dengan WUIF dengan membawa prinsip, visi dan misi yang berteraskan panduan al-Quran dan As-Sunnah.
  9. SAQ akan memberikan maklumbalas dan laporan kepada pihak WUIF      berdasarkan sebarang aktiviti dan/atau dapatan dari eksperimen sosial (jika berkaitan) yang dijalankan bertujuan membantumempertingkatkan kualiti penyampaian al-Quran kepada orang awam.
  10. SAQ akan sentiasa menjaga nama baik WUIF dalam setiap aktiviti yang dijalankan di samping berusaha mempamerkan nilai al-Quran di dalam setiap program dan/atau aktiviti yang dijalankan.
  11. SAQ bersedia menyelia dan bertanggungjawab terhadap setiap aktiviti yang dijalankan sama ada dengan atau tanpa kehadiran wakil daripada pihak WUIF.
  12. SAQ akan menjalankan aktivitinya tertakluk kepada kebenaran dan penambahbaikan yang akan dicadangkan oleh WUIF dari semasa ke semasa.
  13. SAQ tidak akan menggunakan bahan serta material yang dihasilkan oleh WUIF untuk sebarang tujuan komersil tanpa persetujuan dan/atau kelulusan pihak WUIF.
  14. SAQ hendaklah menghormati sebarang perjanjian dan/ atau persetujuan yang telah dijalinkan oleh WUIF dengan mana-mana pihak.
  15. SAQ bersedia untuk berbincang dan bekerjasama dengan WUIF pada bila-bila masa demi Misi MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah melalui berinteraksi dengan al-Quran Baca, Faham dan Amal.
  16. Selain daripada pautan sebagai rujukan dan panduan penganjuran program tahunan SAQ bersama WUIF, SAQ turut digalakkan untuk mendapatkan nasihat serta panduan sebelum menggunapakai nama-nama program yang dianjurkan oleh WUIF, supaya objektif perlaksanaan program oleh SAQ dapat dicapai secara optimum.
  17. Dalam keadaan di mana akad tersebut diingkari, pihak WUIF berhak meneruskan dengan tindakan-tindakan yang sewajarnya yang tidak terkecuali tindakan undang-undang bagi menghalang pengingkaran tersebut dari berterusan.