Perasmian Rumah Ngaji Khadijahtul Kubra

RUMAH Ngaji Khadijahtul Kubra yang di bawahnya Mahaad Tahfiz Khadijahtul Kubra Lil Banat, Beranang, Selangor ditubuhkan sejak Mei 2022 dalam usaha memupuk masyarakat berinteraksi dengan al-Quran iaitu membaca, faham dan amal sejak masih kecil lagi.

Timbalan Pengerusinya, Mohd Basori Umar, berkata operasi dua pusat pengajian agama itu akan berjalan serentak, iaitu mahaad tahfiz berkenaan yang tumpuannya kepada menghafal manakala rumah ngaji lebih kepada membaca al-Quran dengan membabit pelajar bermula usia lapan tahun.

Mohd Said Mat Saman memotong riben merasmikan Rumah Ngaji Khadijahtul Kubra sambil disaksikan Mohd Basori Umar.

Menurutnya, selepas dibuka rumah ngaji itu mendapat sambutan serta sokongan amat baik daripada masyarakat sekitar khusus ibu bapa bagi menghantar anak mereka untuk belajar mengaji dan secara tidak langsung menerap nilai mulia daripada penghayatan surah yang dibaca.

“Ini juga akan melahirkan generasi yang celak al-Quran dan seterus mampu menghafal surah dibaca apabila mendapat pengajaran dan pendedahan sejak kecil lagi sebelum melangkah ke alam persekolahan termasuk memasuki sekolah agama,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian rumah ngaji berkenaan yang disempurnakan oleh tokoh aktivis masyarakat yang juga ahli perniagaan, Dato’ Mohd Said Mat Saman pada 9 Mac 2023. Rumah ngaji itu terletak yang dalam bangunan serta kemudahan di Dataran Dato’ Mohd Said, Rinching Tengah, Beranang, Selangor.

 

Mohd Said dan Siti Hawa beramah mesra dengan murid Rumah Ngaji Khadijahtul Kubra.

Turut hadir pada majlis itu, Pengerusi Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia, Azman Rasman; Pengerusi Pusat Jagaan Nur Hasanah, Mohiadin Bahado; Pengerusi Pusat Jagaan Insan, Mohd Syafiq Mohiadin; Ahli Jawatankuasa Sahabat Hospital Selangor Cawangan Kuala Langat, Suhaizam Mohd Kassim; dan Penggerak Rumah Ngaji berkenaan, Azilawati Mat Nuar.Mohd Said dalam ucapan pada majlis itu, berkata dia terpanggil untuk mengizinkan satu lot bangunan di dataran berkenaan dijadikan rumah ngaji apabila mendapati program mengaji itu berkait dengan kehidupan sebagai orang Islam mesti membaca, menghayati serta mengamal al-Quran.

Tambahnya, sebagai pemilik dataran itu beliau akan turut memantau perjalanan rumah ngaji berkenaan supaya menepati objektif penubuhannya selain mengingatkan murid yang mengikuti kelas mengaji supaya tekun belajar dan menimba ilmu.

“Saya amat berbangga dan memuji usaha murni yang dilakukan pihak pengurusan rumah ngaji dan juga mahaad tahfiz mengambil inisiatif menubuh kelas mengaji itu yang akan menjurus kepada menghafal pula,” ujarnya.

Sementara itu, Azilawati berkata, antara objektif penubuhan rumah ngaji itu ialah untuk melahirkan hamba Allah dan umat Nabi Muhammad SAW yang berkualiti dalam pembacaan al-Quran terutama dari segi makhraj serta hukum tajwid.

Sebahagian murid Rumah Ngaji Khadijahtul Kubra yang turut terbabit dalam kempen ‘World QuranHour’ merakam kenangan bersama-sama Mohd Said dan isterinya Siti Hawa (tengah) serta tetamu jemputan pada majlis perasmian rumah ngaji itu pada 9 Mac 2023.

Jelasnya, serentak itu juga rumah ngaji berkenaan yang terletak di dataran itu akan diusahakan untuk menjadi pusat dakwah terbesar bagi kawasan sekitar terutama apabila mendapat kerjasama yang baik daripada Mohd Said yang ingin melihat pengembangan syiar Islam di kawasan berkenaan.

Kredit: – KitaReporters

 

 

 

 

 

 

Comments on Verse

Enter your email to receive a password reset link.

Terima Kasih

Mesej Anda telah berjaya di hantar

  1. WUIF memberikan ruang penyertaan kepada Sahabah AlQuran (SAQ) bersama menghadiri aktiviti-aktiviti di bawah anjuran WUIF.
  2. Kebenaran menyertai aktiviti WUIF adalah tertakluk kepada syarat bahawa SAQ tidak membawa agenda dan unsur-unsur yang menyentuh sensitviti masyarakat.
  3. WUIF tidak memberi jaminan bahawa sebarang penyertaaan SAQ bersamanya dalam apa-apa aktiviti akan mendapat sebarang liputan secara peribadi sama ada kepada individu mahupun kumpulan tertentu.
  4. WUIF akan berusaha memberi sokongan berupa bentuk placard, bookmark sama ada melalui softcopy ataupun bahan bercetak    sekiranya sesuai dan stok bahan-bahan publisiti tersedia semasa program-program yang dijalankan oleh pihak SAQ.
  5. WUIF mempunyai hak untuk berkongsi gambar-gambar SAQ yang menyertai aktiviti atau program bersama WUIF di mana-mana saluran media yang bersesuaian, yang WUIF mempunyai akses terhadapnya.
  6. Penyertaan wakil pihak WUIF dalam sebarang aktiviti SAQ (sekiranya berkaitan) adalah tertakluk kepada kesesuaian masa dan kelapangan wakil-wakil tersebut.
  7. Pihak WUIF mempunyai budibicara untuk berkongsi dengan mana-mana saluran media yang bersesuaian bahan-bahan serta perkongsian oleh SAQ di mana-mana saluran media.
  8. SAQ bersetuju akan menjalankan jalinan kerjasama dengan WUIF dengan membawa prinsip, visi dan misi yang berteraskan panduan al-Quran dan As-Sunnah.
  9. SAQ akan memberikan maklumbalas dan laporan kepada pihak WUIF      berdasarkan sebarang aktiviti dan/atau dapatan dari eksperimen sosial (jika berkaitan) yang dijalankan bertujuan membantumempertingkatkan kualiti penyampaian al-Quran kepada orang awam.
  10. SAQ akan sentiasa menjaga nama baik WUIF dalam setiap aktiviti yang dijalankan di samping berusaha mempamerkan nilai al-Quran di dalam setiap program dan/atau aktiviti yang dijalankan.
  11. SAQ bersedia menyelia dan bertanggungjawab terhadap setiap aktiviti yang dijalankan sama ada dengan atau tanpa kehadiran wakil daripada pihak WUIF.
  12. SAQ akan menjalankan aktivitinya tertakluk kepada kebenaran dan penambahbaikan yang akan dicadangkan oleh WUIF dari semasa ke semasa.
  13. SAQ tidak akan menggunakan bahan serta material yang dihasilkan oleh WUIF untuk sebarang tujuan komersil tanpa persetujuan dan/atau kelulusan pihak WUIF.
  14. SAQ hendaklah menghormati sebarang perjanjian dan/ atau persetujuan yang telah dijalinkan oleh WUIF dengan mana-mana pihak.
  15. SAQ bersedia untuk berbincang dan bekerjasama dengan WUIF pada bila-bila masa demi Misi MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah melalui berinteraksi dengan al-Quran Baca, Faham dan Amal.
  16. Selain daripada pautan sebagai rujukan dan panduan penganjuran program tahunan SAQ bersama WUIF, SAQ turut digalakkan untuk mendapatkan nasihat serta panduan sebelum menggunapakai nama-nama program yang dianjurkan oleh WUIF, supaya objektif perlaksanaan program oleh SAQ dapat dicapai secara optimum.
  17. Dalam keadaan di mana akad tersebut diingkari, pihak WUIF berhak meneruskan dengan tindakan-tindakan yang sewajarnya yang tidak terkecuali tindakan undang-undang bagi menghalang pengingkaran tersebut dari berterusan.
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x