Rumah Ngaji Perak platform hidupkan al-Quran

KUALA KANGSAR – Bertugas sebagai pegawai kerajaan, membuatkan beliau terlalu sibuk dengan dunia pekerjaan sehingga tiada masa mengikuti kelas pengajian agama. Selepas bersara awal pada 2010, beliau memanfaatkan sepenuh masa untuk mendekatkan diri di jalan ALLAH SWT.

Orang yang dimaksudkan ialah Penggerak Rumah Ngaji Perak, Noor Mazlina Noor Shah atau lebih mesra dengan panggilan Lily. Beliau telah mendaftarkan Rumah Ngaji @ Aish Karimah bersama Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) pada 14 November 2014.

“Bermula 2013, bangunan siap dibina dalam masa dua tahun, namun saya tidak yakin untuk meneruskan hasrat tersebut kerana wang simpanan habis digunakan. Pada November 2014, saya mengikuti latihan ESQ. Dari situ saya tertarik dengan taklimat Rumah Ngaji yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif WUIF, Marhaini Yusoff.

“Saya kemudian menghubungi dengan Marhaini sehingga membawa penubuhan Rumah Ngaji @ Aish Karimah dengan mendaftar di WUIF dan Pusat Pengajian Aish Karimah di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 14 November 2014.

“Keputusan tersebut diambil setelah kami bertemu dengan Mufti Perak, Allahyarham Tan Sri Dr Harussani Zakaria. Marhaini memberitahu hasrat WUIF untuk menggerakkan Rumah Ngaji di Perak.”

Tambah Lily, pada awal penubuhan Rumah Ngaji di sini, tidak banyak kelas al-Quran diadakan di luar sana. Jadi beliau membuat gimik promosi untuk belajar al-Quran bermula dengan Alif Ba Ta secara percuma kepada semua peringkat usia.

“Ia mendapat sambutan baik apabila seramai 70 orang daripada pelbagai peringkat umur mendaftarkan diri pada hari pertama kelas diadakan. Saya menyarankan kepada ustaz agar tidak menyuruh pelajar membaca tetapi ajar mereka sampai boleh membaca.

“Kita tidak tahu siapa antara kita yang boleh membaca atau tidak. Selain kelas mengaji untuk golongan dewasa dan kanak-kanak, ada ustazah mengajar secara perseorangan bagi mereka yang malu untuk sertai kelas ramai”

Kelas mengaji di Aish Karimah mendapat sambutan orang ramai.

Namun semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang pandemik Covid-19 pada 2020 dan 2021, kebanyakan kelas di Rumah Ngaji @ Aish Karimah diadakan secara dalam talian. Lily berkata, tahun ini, kelas pengajian al-Quran diadakan secara bersemuka tetapi tidak sekerap sebelum ini. Ia juga bergantung kepada dana semasa bagi menggerakkan pelbagai program kerohanian.

Antara kenangan manis yang beliau ingati sehingga hari ini apabila dihargai oleh seorang pelajar yang berjaya khatam di Rumah Ngaji @ Aish Karimah pada setiap kali pertemuan. Pelajar tersebut terharu kerana dapat menunaikan haji selepas pandai mengaji. Sebelum itu dia pernah menolak dua kali tawaran haji kerana tidak pandai mengaji.

Lily berkata matlamat utama Rumah Ngaji Perak adalah memantapkan kekuatan rohani komuniti setempat melalui pengajian al-Quran. Platform tersebut memberi pendedahan komuniti setempat ke arah pemantapan kekuatan rohani melalui baca, faham dan amal al-Quran.

“Melalui Kaedah tadabbur dan tazakkur, ia mampu membumikan al-Quran dalam kehidupan kita, seterusnya mencapai visi mengQurankan bangsa mengikhlaskan ummah. Melalui aktiviti Rumah Ngaji, diharapkan tujuan untuk meletakkan nilai al-Quran menjadi realiti dalam kehidupan.

“Kini sebanyak 118 Rumah Ngaji yang berdaftar di Perak. Bilangan tersebut bertambah dari masa ke masa kerana mendapat sambutan baik dalam kalangan masyarakat termasuk agensi kerajaan dan swasta. Cabaran sebagai penggerak adalah dari segi dana untuk menganjurkan kelas dengan lebih banyak.

Rumah Ngaji Perak bersama pihak WUIF menyantuni anak yatim pada program Feed the Needy di bawah Misi Surah Al-Insan di Pertubuhan dan Kebajikan Rumah Anak-anak Yatim/Miskin Dahikmah, Gopeng, Perak pada 22 Februari 2023.

“Kita hanya meletakkan tabung untuk sesiapa yang sudi berinfak di kelas ngaji Al-Quran. Kami mendapat bantuan dana daripada pihak WUIF melalui Tabung Gerakan al-Quran dan ini dapat mengurangkan beban kos operasi Rumah Ngaji. Diharapkan sumbangan dana tersebut berterusan.”

Rumah Ngaji Perak mendapat kerjasama baik dengan WUIF dari segi sokongan bahan promosi, latihan tadabbur, dan kaedah belajar al-Quran cara mudah. Kami sebagai sukarelawan menyambut baik semua program yang dibawakan oleh WUIF.

“Kami hanya mengikut modul yang dikongsikan oleh WUIF dalam melaksanakan program berinteraksi dengan al-Quran seperti World #QuranHour, Arafah #QuranHour,Malaysia #QuranHour dan World #QuranHour.

“WUIF memudahkan cara untuk kita bekerja dalam menggerakkan gelombang al-Quran ke seluruh dunia. Selain itu, pihak kami bekerjasama dengan orang di sekeliling untuk bersinergi.”

Lily mendapat kerjasama baik dalam sahabat handai, masyarakat dan organisasi dalam menjayakan program tersebut. Antara orang yang sangat memberi sokongan dan dokongan ialah Penasihat Rumah Ngaji Perak, Datin Normah Hanum Ibrahim dan Sahabat Sekretariat Rumah Ngaji Perak yang banyak memberi kerjasama untuk aktiviti di peringkat negeri.

Rumah Ngaji @ Aish Karimah mengalu-alukan kedatangan orang ramai untuk mengaji al-Quran secara percuma.

 

Gerakan Rumah Ngaji Perak menjadi lebih kukuh apabila mendapat sokongan menantu Normah, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang menjadi Menteri Besar Perak ketika itu.

Rasulullah SAW bersabda: “Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia (lain).” (Riwayat at-Tabrani).

Rasulullah SAW bersabda: “Sebaik-baik orang di antara kamu adalah orang yang belajar al-Quran dan mengajarkannya.” (Riwayat Bukhari)

Dua hadis tersebut menjadi pencetus motivasi Lily dan keluarganya untuk melakukan kebaikan di jalan ALLAH. Bagi beliau, niat perlu betul dengan mencari reda ALLAH SWT dan menyambung perjuangan Rasulullah SAW dengan mengangkat al-Quran dan Hadis.

Lily sentiasa bersedia ke hadapan untuk memberi penerangan mengenai konsep Rumah Ngaji dan mengaktifkannya kepada mereka yang berminat. Harapan beliau, Rumah Ngaji @ Aish Karimah sebagai legasi yang boleh diteruskan perjuangan oleh anak, menantu, cucu, zuriat serta sahabat-sahabat dalam memartabatkan al-Quran.

“Semoga ALLAH SWT menerima segala usaha dan ikhtiar kami sebagai amal soleh dan menjadi asbab pengampunan ALLAH buat kita semua,” katanya.

Kisah perjuangan Lily, keluarga dan sahabat-sahabatnya boleh dijadikan inspirasi kepada mana-mana individu yang berjiwa besar untuk berbakti di jalan ALLAH SWT. Dalam membuat kerja kebaikan, kita perlu lakukan secara berjemaah agar impaknya lebih besar kepada umat sejagat.

Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook Rumah Ngaji @ Aish Karimah.

 

Comments on Verse

Enter your email to receive a password reset link.

Terima Kasih

Mesej Anda telah berjaya di hantar

  1. WUIF memberikan ruang penyertaan kepada Sahabah AlQuran (SAQ) bersama menghadiri aktiviti-aktiviti di bawah anjuran WUIF.
  2. Kebenaran menyertai aktiviti WUIF adalah tertakluk kepada syarat bahawa SAQ tidak membawa agenda dan unsur-unsur yang menyentuh sensitviti masyarakat.
  3. WUIF tidak memberi jaminan bahawa sebarang penyertaaan SAQ bersamanya dalam apa-apa aktiviti akan mendapat sebarang liputan secara peribadi sama ada kepada individu mahupun kumpulan tertentu.
  4. WUIF akan berusaha memberi sokongan berupa bentuk placard, bookmark sama ada melalui softcopy ataupun bahan bercetak    sekiranya sesuai dan stok bahan-bahan publisiti tersedia semasa program-program yang dijalankan oleh pihak SAQ.
  5. WUIF mempunyai hak untuk berkongsi gambar-gambar SAQ yang menyertai aktiviti atau program bersama WUIF di mana-mana saluran media yang bersesuaian, yang WUIF mempunyai akses terhadapnya.
  6. Penyertaan wakil pihak WUIF dalam sebarang aktiviti SAQ (sekiranya berkaitan) adalah tertakluk kepada kesesuaian masa dan kelapangan wakil-wakil tersebut.
  7. Pihak WUIF mempunyai budibicara untuk berkongsi dengan mana-mana saluran media yang bersesuaian bahan-bahan serta perkongsian oleh SAQ di mana-mana saluran media.
  8. SAQ bersetuju akan menjalankan jalinan kerjasama dengan WUIF dengan membawa prinsip, visi dan misi yang berteraskan panduan al-Quran dan As-Sunnah.
  9. SAQ akan memberikan maklumbalas dan laporan kepada pihak WUIF      berdasarkan sebarang aktiviti dan/atau dapatan dari eksperimen sosial (jika berkaitan) yang dijalankan bertujuan membantumempertingkatkan kualiti penyampaian al-Quran kepada orang awam.
  10. SAQ akan sentiasa menjaga nama baik WUIF dalam setiap aktiviti yang dijalankan di samping berusaha mempamerkan nilai al-Quran di dalam setiap program dan/atau aktiviti yang dijalankan.
  11. SAQ bersedia menyelia dan bertanggungjawab terhadap setiap aktiviti yang dijalankan sama ada dengan atau tanpa kehadiran wakil daripada pihak WUIF.
  12. SAQ akan menjalankan aktivitinya tertakluk kepada kebenaran dan penambahbaikan yang akan dicadangkan oleh WUIF dari semasa ke semasa.
  13. SAQ tidak akan menggunakan bahan serta material yang dihasilkan oleh WUIF untuk sebarang tujuan komersil tanpa persetujuan dan/atau kelulusan pihak WUIF.
  14. SAQ hendaklah menghormati sebarang perjanjian dan/ atau persetujuan yang telah dijalinkan oleh WUIF dengan mana-mana pihak.
  15. SAQ bersedia untuk berbincang dan bekerjasama dengan WUIF pada bila-bila masa demi Misi MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah melalui berinteraksi dengan al-Quran Baca, Faham dan Amal.
  16. Selain daripada pautan sebagai rujukan dan panduan penganjuran program tahunan SAQ bersama WUIF, SAQ turut digalakkan untuk mendapatkan nasihat serta panduan sebelum menggunapakai nama-nama program yang dianjurkan oleh WUIF, supaya objektif perlaksanaan program oleh SAQ dapat dicapai secara optimum.
  17. Dalam keadaan di mana akad tersebut diingkari, pihak WUIF berhak meneruskan dengan tindakan-tindakan yang sewajarnya yang tidak terkecuali tindakan undang-undang bagi menghalang pengingkaran tersebut dari berterusan.
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x