SHAH ALAM – Rumah Ngaji Negeri Sembilan menganggarkan seramai 10,000 peserta yang akan mengikuti program Malaysia #QuranHour anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) pada 30 Ogos ini.
Penyelarasnya, Gharizah Hashim berkata, mereka yang berumur 12 hingga lebih 80 akan menyertai program itu di beberapa lokasi terpilih yang berhampiran.
“Selain itu, kami juga akan anjurkan program ini di 80 Perpustakaan Awam di seluruh daerah, semua masjid dan surau termasuk sekolah rendah, menengah serta tahfiz di Negeri Sembilan.
Program tersebut membawa tema ‘Jiwa Merdeka: Memaknai Rukun Negara’ bagi mendalami erti sebenar Rukun Negara berpandukan surah al-Jumu’ah dan al-Hujurat.
Katanya lagi, perjumpaan dan taklimat ringkas turut dijalankan kepada badan-badan yang berkaitan supaya program tersebut berjaya dilaksanakan.
“Media sosial kini memainkan peranan penting untuk memaklumkan dan menyampaikan maklumat penting seperti penganjuran aktiviti ini,” ujarnya.
Justeru, Gharizah mengharapkan masyarakat akan mengambil manfaat daripada inti pati perjuangan kemerdekaan dan menjiwai Rukun Negara daripada tadabbur ayat al-Quran.
Kredit: QURRATUL AINA QUDDUS




Comments on Verse