KAMPAR – Seramai 54 peserta Rumah Ngaji Pertubuhan Halaqah Mukminah di sini memilih memakai seragam sekolah bagi mengimbau kembali kenangan yang telah lama ditinggalkan.
Pengerusinya, Rashidah Mat Ali berkata, tema itu dipilih bagi mengeratkan silaturrahim dalam kalangan ahli disamping aktiviti menyemarakkan majlis ilmu yang saban minggu dilaksanakan.

Menurutnya, pelbagai aktiviti dilaksanakan termasuk persembahan koir, sajak, syair dan nyanyian kumpulan nasyid.“Aktiviti Rumah Ngaji kami akan sentiasa bergerak aktif untuk memartabatkan al-Quran untuk dijadikan bacaan harian disamping marbahan, bacaan Yasin dan majlis ilmu lain.“Rumah Ngaji merupakan platform untuk mempelajari dan menguasai bacaan al-Quran serta mempraktikkan ilmu yang dipelajari,” katanya.
kredit : NOOR AINON MOHAMED




Comments on Verse