Rumah Ngaji dan TLDM jayakan Malaysia #QuranHour

MANJUNG – Buat julung kalinya, Rumah Ngaji Komuniti Teluk Muroh akan bekerjasama dengan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bagi menjayakan penganjuran Malaysia #QuranHour di atas Kapal Diraja (KD) Teguh

Samudera di Pangkalan TLDM Lumut di sini.Penggerak Rumah Ngaji Komuniti Teluk Muroh, Datin Maziah Rafie berkata, ilham untuk mengadakan program berkenaan di atas kapal itu tercetus menerusi satu

kunjungan hormat ke atas Panglima Pendidikan dan Latihan TLDM, Laksamana Muda Datuk Anuar Mohamed. “Menurutnya, secara kebetulan pihak TLDM sedang mengadakan Pesta Merdeka Lumut 2023 dengan

pelbagai aktiviti serta pengisian dan penganjuran Malaysia #QuranHour ini menyerikan lagi program sedia ada. “Sebelum ini kita sudah pun bekerjasama dengan TLDM pada bulan April lalu di premis Rumah Ngaji

Komuniti Teluk Muroh sempena World #QuranHour. “Melihat kepada kejayaan dan manfaat program #QuranHour ini, kami meneruskan kerjasama kali ini dengan tampil memberi kelainan untuk membaca dan

menghayati al-Quran di dek KD Teguh Samudera sempena Malaysia #QuranHour.

 

“Alhamdulillah, saya sebenarnya terharu dengan komitmen yang diberikan oleh pihak TLDM khususnya Datuk Anuar untuk menjayakan progam ini bersama-sama Ruman Ngaji Komuniti Teluk Muroh. Kita harap

kerjasama ini akan berterusan untuk program-program seterusnya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Beliau berkata, dijangka seramai kira-kira 50 orang akan turut serta dalam program ini melibatkan 30 orang pemegang Panji Al-Insan dan 20 orang lagi terdiri daripada pegawai serta anggota TLDM diketuai Pegawai

Memerintah KD Teguh Samudera, Komander Mohd Khairul Jamal Hamad.

 

Sementara itu, Maziah berharap program Malaysia #QuranHour ini mencapai matlamat untuk seluruh rakyat di negara ini khususnya yang beragama Islam bukan sahaja membaca tetapi memahami dan

mengamalkan panduan terkandung di dalam al-Quran.

“Dengan penganjuran program seperti ini kita mahu agar al-Quran ini mesti dijadikan sahabat sepanjang masa sama ada ketika senang atau susah tanpa mengira masa dan tempat.

“Semoga dengan keberkatan program bacaan al-Quran ini memberi keselamatan kepada warga kapal dan aset-aset TLDM dalam menjaga kedaulatan perairan negara,” katanya.

 

Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) menganjurkan Malaysia #QuranHour yang ke sembilan pada kali ini dengan bertemakan Malaysia Berakhlak Mulia: Pemuda Merdeka, Pemimpin Abrar.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Comments on Verse

Enter your email to receive a password reset link.

Terima Kasih

Mesej Anda telah berjaya di hantar

  1. WUIF memberikan ruang penyertaan kepada Sahabah AlQuran (SAQ) bersama menghadiri aktiviti-aktiviti di bawah anjuran WUIF.
  2. Kebenaran menyertai aktiviti WUIF adalah tertakluk kepada syarat bahawa SAQ tidak membawa agenda dan unsur-unsur yang menyentuh sensitviti masyarakat.
  3. WUIF tidak memberi jaminan bahawa sebarang penyertaaan SAQ bersamanya dalam apa-apa aktiviti akan mendapat sebarang liputan secara peribadi sama ada kepada individu mahupun kumpulan tertentu.
  4. WUIF akan berusaha memberi sokongan berupa bentuk placard, bookmark sama ada melalui softcopy ataupun bahan bercetak    sekiranya sesuai dan stok bahan-bahan publisiti tersedia semasa program-program yang dijalankan oleh pihak SAQ.
  5. WUIF mempunyai hak untuk berkongsi gambar-gambar SAQ yang menyertai aktiviti atau program bersama WUIF di mana-mana saluran media yang bersesuaian, yang WUIF mempunyai akses terhadapnya.
  6. Penyertaan wakil pihak WUIF dalam sebarang aktiviti SAQ (sekiranya berkaitan) adalah tertakluk kepada kesesuaian masa dan kelapangan wakil-wakil tersebut.
  7. Pihak WUIF mempunyai budibicara untuk berkongsi dengan mana-mana saluran media yang bersesuaian bahan-bahan serta perkongsian oleh SAQ di mana-mana saluran media.
  8. SAQ bersetuju akan menjalankan jalinan kerjasama dengan WUIF dengan membawa prinsip, visi dan misi yang berteraskan panduan al-Quran dan As-Sunnah.
  9. SAQ akan memberikan maklumbalas dan laporan kepada pihak WUIF      berdasarkan sebarang aktiviti dan/atau dapatan dari eksperimen sosial (jika berkaitan) yang dijalankan bertujuan membantumempertingkatkan kualiti penyampaian al-Quran kepada orang awam.
  10. SAQ akan sentiasa menjaga nama baik WUIF dalam setiap aktiviti yang dijalankan di samping berusaha mempamerkan nilai al-Quran di dalam setiap program dan/atau aktiviti yang dijalankan.
  11. SAQ bersedia menyelia dan bertanggungjawab terhadap setiap aktiviti yang dijalankan sama ada dengan atau tanpa kehadiran wakil daripada pihak WUIF.
  12. SAQ akan menjalankan aktivitinya tertakluk kepada kebenaran dan penambahbaikan yang akan dicadangkan oleh WUIF dari semasa ke semasa.
  13. SAQ tidak akan menggunakan bahan serta material yang dihasilkan oleh WUIF untuk sebarang tujuan komersil tanpa persetujuan dan/atau kelulusan pihak WUIF.
  14. SAQ hendaklah menghormati sebarang perjanjian dan/ atau persetujuan yang telah dijalinkan oleh WUIF dengan mana-mana pihak.
  15. SAQ bersedia untuk berbincang dan bekerjasama dengan WUIF pada bila-bila masa demi Misi MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah melalui berinteraksi dengan al-Quran Baca, Faham dan Amal.
  16. Selain daripada pautan sebagai rujukan dan panduan penganjuran program tahunan SAQ bersama WUIF, SAQ turut digalakkan untuk mendapatkan nasihat serta panduan sebelum menggunapakai nama-nama program yang dianjurkan oleh WUIF, supaya objektif perlaksanaan program oleh SAQ dapat dicapai secara optimum.
  17. Dalam keadaan di mana akad tersebut diingkari, pihak WUIF berhak meneruskan dengan tindakan-tindakan yang sewajarnya yang tidak terkecuali tindakan undang-undang bagi menghalang pengingkaran tersebut dari berterusan.
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x