Dari bertatih mengaji hingga jadi pengajar

PASIR SALAK – Penubuhan Rumah Ngaji di Perak berjaya melahirkan ramai kalangan ummah celik al-Quran sehingga mereka mampu menjadi tenaga pengajar. Pengerusi Rumah Ngaji Perak, Noor Mazlina Noor Shah

berkata, kemajuan itu dapat dilihat dalam tempoh sembilan tahun operasi Rumah Ngaji di negeri ini sejak 2014.“Menurutnya, ramai kalangan peserta yang sebelum ini tidak lancar membaca telah meningkatkan

keupayaan diri menerusi kelas mengaji yang dianjurkan Rumah Ngaji di kawasan masing-masing.“Dulu mereka ini ada yang bertatih belajar, namun tetap terus ikuti kelas mengaji di Rumah Ngaji dan akhirnya ramai

kalangan mereka sekarang sudah boleh mengajar pula.“Lebih membanggakan mereka sanggup hadirkan diri sebagai sukarelawan untuk membantu kalangan peserta baharu di Rumah Ngaji,” katanya ketika ditemui

dalam majlis pelancaran Rumah Ngaji Surau Ibadur Rahman, Taman Changkat Lada Raya di Kampung Gajah, di sini pada Sabtu.Pelancaran disempurnakan Penasihat Rumah Ngaji Perak, Datuk Normah Hanum

Ibrahim.Hadir sama, Pengerusi Surau Ibadur Rahman, Mohamed Aslam Mohammad Ayub; Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Changkat Lada Raya; Amir Hassan Razali dan Penggerak Rumah Ngaji

Taman Changkat Lada Raya, Rusliza Abd Malik.Noor Mazlina berkata, setakat ini sebanyak 122 Rumah Ngaji berjaya ditubuhkan di seluruh negeri dengan penyertaan hampir 7,000 orang.

Normah Hanum (tengah) bersama Noor Mazlina (kanan) ketika meninjau penyediaan kelas Rumah Ngaji Surau Ibadur Rahman, Taman Changkat Lada Raya di Kampung Gajah pada Sabtu.

 

“Kebanyakan Rumah Ngaji diimarahkan generasi muda dengan peserta paling muda berusia 5 tahun sehinggalah kelompok dewasa dan warga emas berusia 80 tahun,” katanya. Sementara itu, Normah Hanum

berkata, penubuhan Rumah Ngaji Surau Ibadur Rahman akan menjadi pencetus kepada budaya cintakan al-Quran kalangan komuniti Felcra.”Kita harap lebih banyak Rumah Ngaji dapat diwujudkan di sini supaya lebih

ramai komuniti Felcra mengambil bahagian menjadikan al-Quran sebagai amalan hidup setiap hari,” katanya.Dalam majlis itu, turut dilancarkan bersama Rumah Ngaji Ustazah Napisah yang beroperasi di Taman

Changkat Lada Raya dan Rumah Ngaji Seri Idaman serta Rumah Ngaji An Nuryn masing-masing di Teluk Intan.

 

kredit : Normawati Adnan

 

 

 

 

 

 

Comments on Verse

Enter your email to receive a password reset link.

Terima Kasih

Mesej Anda telah berjaya di hantar

  1. WUIF memberikan ruang penyertaan kepada Sahabah AlQuran (SAQ) bersama menghadiri aktiviti-aktiviti di bawah anjuran WUIF.
  2. Kebenaran menyertai aktiviti WUIF adalah tertakluk kepada syarat bahawa SAQ tidak membawa agenda dan unsur-unsur yang menyentuh sensitviti masyarakat.
  3. WUIF tidak memberi jaminan bahawa sebarang penyertaaan SAQ bersamanya dalam apa-apa aktiviti akan mendapat sebarang liputan secara peribadi sama ada kepada individu mahupun kumpulan tertentu.
  4. WUIF akan berusaha memberi sokongan berupa bentuk placard, bookmark sama ada melalui softcopy ataupun bahan bercetak    sekiranya sesuai dan stok bahan-bahan publisiti tersedia semasa program-program yang dijalankan oleh pihak SAQ.
  5. WUIF mempunyai hak untuk berkongsi gambar-gambar SAQ yang menyertai aktiviti atau program bersama WUIF di mana-mana saluran media yang bersesuaian, yang WUIF mempunyai akses terhadapnya.
  6. Penyertaan wakil pihak WUIF dalam sebarang aktiviti SAQ (sekiranya berkaitan) adalah tertakluk kepada kesesuaian masa dan kelapangan wakil-wakil tersebut.
  7. Pihak WUIF mempunyai budibicara untuk berkongsi dengan mana-mana saluran media yang bersesuaian bahan-bahan serta perkongsian oleh SAQ di mana-mana saluran media.
  8. SAQ bersetuju akan menjalankan jalinan kerjasama dengan WUIF dengan membawa prinsip, visi dan misi yang berteraskan panduan al-Quran dan As-Sunnah.
  9. SAQ akan memberikan maklumbalas dan laporan kepada pihak WUIF      berdasarkan sebarang aktiviti dan/atau dapatan dari eksperimen sosial (jika berkaitan) yang dijalankan bertujuan membantumempertingkatkan kualiti penyampaian al-Quran kepada orang awam.
  10. SAQ akan sentiasa menjaga nama baik WUIF dalam setiap aktiviti yang dijalankan di samping berusaha mempamerkan nilai al-Quran di dalam setiap program dan/atau aktiviti yang dijalankan.
  11. SAQ bersedia menyelia dan bertanggungjawab terhadap setiap aktiviti yang dijalankan sama ada dengan atau tanpa kehadiran wakil daripada pihak WUIF.
  12. SAQ akan menjalankan aktivitinya tertakluk kepada kebenaran dan penambahbaikan yang akan dicadangkan oleh WUIF dari semasa ke semasa.
  13. SAQ tidak akan menggunakan bahan serta material yang dihasilkan oleh WUIF untuk sebarang tujuan komersil tanpa persetujuan dan/atau kelulusan pihak WUIF.
  14. SAQ hendaklah menghormati sebarang perjanjian dan/ atau persetujuan yang telah dijalinkan oleh WUIF dengan mana-mana pihak.
  15. SAQ bersedia untuk berbincang dan bekerjasama dengan WUIF pada bila-bila masa demi Misi MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah melalui berinteraksi dengan al-Quran Baca, Faham dan Amal.
  16. Selain daripada pautan sebagai rujukan dan panduan penganjuran program tahunan SAQ bersama WUIF, SAQ turut digalakkan untuk mendapatkan nasihat serta panduan sebelum menggunapakai nama-nama program yang dianjurkan oleh WUIF, supaya objektif perlaksanaan program oleh SAQ dapat dicapai secara optimum.
  17. Dalam keadaan di mana akad tersebut diingkari, pihak WUIF berhak meneruskan dengan tindakan-tindakan yang sewajarnya yang tidak terkecuali tindakan undang-undang bagi menghalang pengingkaran tersebut dari berterusan.
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x