Rumah Ngaji bersatu sertai Malaysia #QuranHour 2024

SHAH ALAM – Kumpulan Rumah Ngaji dari utara, selatan dan timur tidak melepaskan peluang menyertai program Malaysia #QuranHour 2024 menerusi penganjuran pada 30 Ogos ini.

Timbalan Pengerusi Persatuan Rumah Ngaji Kelantan, Norhani Mohd Affandi berkata, program berlangsung di Masjid An-Nur, Kota Kubang Labu, Wakaf Baharu, Tumpat, membawa sedikit kelainan.

Norhani

                                                                                     Norhani

“Jemputan dibuat menerusi aplikasi WhatsApp, media sosial selain jemputan secara terus untuk bersama mengimarahkan Malaysia #QuranHour tahun ini,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Menurut Robaatun, hebahan mengenainya dilakukan menerusi semua platform media sosial selain bantuan jemaah Rumah Ngaji untuk disebarkan kepada orang ramai.

Robaatun
                                                                                      Robaatun

 

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Rumah Ngaji Johor, Profesor Madya Dr Hussin Salamon berkata, pihaknya akan melaksanakan program itu di Masjid Bandar Seri Alam, Pasir Gudang.

“Kita awal sehari atas perbincangan bersama pihak masjid kerana tarikh berkenaan jatuh pada Jumaat, mereka bimbang berlaku sedikit kecelaruan ketika majlis berlangsung.

Hussin

                                                                                         Hussin

“Jumlah penyertaan disasarkan seramai 1,000 peserta membabitkan agensi kerajaan, pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi selain penyertaan orang ramai,” ujarnya.

Tambahnya, pembabitan umat Islam dalam program ini memberi makna mengenai kesatuan atau perpaduan.

Katanya, situasi itu tidak perlu dilihat berdasarkan hubungan antara kaum tetapi cukup dengan menilai ukhuwah sesama Islam itu sendiri.

“Menerusi program yang mendalami makna al-Quran ini, insya-ALLAH ia mampu memulihkan keadaan kerana berlangsung bersama pentaddabur. Jadi, kita boleh sampaikan mesej sebenar dengan lebih jelas,” ujarnya.

Terdahulu, program yang memasuki tahun ke-10 itu bakal diadakan serentak di seluruh negara dan akan disiarkan secara langsung dari lokasi perdana di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya selama satu jam bermula jam 10 pagi.

Institusi atau organisasi yang mahu mendaftar boleh melakukannya secara dalam talian menerusi laman sesawang https://quranhour.onpay.my/order/form/registrationmqh2024 atau mengimbas kod QR disediakan.

Comments on Verse

Enter your email to receive a password reset link.

Terima Kasih

Mesej Anda telah berjaya di hantar

  1. WUIF memberikan ruang penyertaan kepada Sahabah AlQuran (SAQ) bersama menghadiri aktiviti-aktiviti di bawah anjuran WUIF.
  2. Kebenaran menyertai aktiviti WUIF adalah tertakluk kepada syarat bahawa SAQ tidak membawa agenda dan unsur-unsur yang menyentuh sensitviti masyarakat.
  3. WUIF tidak memberi jaminan bahawa sebarang penyertaaan SAQ bersamanya dalam apa-apa aktiviti akan mendapat sebarang liputan secara peribadi sama ada kepada individu mahupun kumpulan tertentu.
  4. WUIF akan berusaha memberi sokongan berupa bentuk placard, bookmark sama ada melalui softcopy ataupun bahan bercetak    sekiranya sesuai dan stok bahan-bahan publisiti tersedia semasa program-program yang dijalankan oleh pihak SAQ.
  5. WUIF mempunyai hak untuk berkongsi gambar-gambar SAQ yang menyertai aktiviti atau program bersama WUIF di mana-mana saluran media yang bersesuaian, yang WUIF mempunyai akses terhadapnya.
  6. Penyertaan wakil pihak WUIF dalam sebarang aktiviti SAQ (sekiranya berkaitan) adalah tertakluk kepada kesesuaian masa dan kelapangan wakil-wakil tersebut.
  7. Pihak WUIF mempunyai budibicara untuk berkongsi dengan mana-mana saluran media yang bersesuaian bahan-bahan serta perkongsian oleh SAQ di mana-mana saluran media.
  8. SAQ bersetuju akan menjalankan jalinan kerjasama dengan WUIF dengan membawa prinsip, visi dan misi yang berteraskan panduan al-Quran dan As-Sunnah.
  9. SAQ akan memberikan maklumbalas dan laporan kepada pihak WUIF      berdasarkan sebarang aktiviti dan/atau dapatan dari eksperimen sosial (jika berkaitan) yang dijalankan bertujuan membantumempertingkatkan kualiti penyampaian al-Quran kepada orang awam.
  10. SAQ akan sentiasa menjaga nama baik WUIF dalam setiap aktiviti yang dijalankan di samping berusaha mempamerkan nilai al-Quran di dalam setiap program dan/atau aktiviti yang dijalankan.
  11. SAQ bersedia menyelia dan bertanggungjawab terhadap setiap aktiviti yang dijalankan sama ada dengan atau tanpa kehadiran wakil daripada pihak WUIF.
  12. SAQ akan menjalankan aktivitinya tertakluk kepada kebenaran dan penambahbaikan yang akan dicadangkan oleh WUIF dari semasa ke semasa.
  13. SAQ tidak akan menggunakan bahan serta material yang dihasilkan oleh WUIF untuk sebarang tujuan komersil tanpa persetujuan dan/atau kelulusan pihak WUIF.
  14. SAQ hendaklah menghormati sebarang perjanjian dan/ atau persetujuan yang telah dijalinkan oleh WUIF dengan mana-mana pihak.
  15. SAQ bersedia untuk berbincang dan bekerjasama dengan WUIF pada bila-bila masa demi Misi MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah melalui berinteraksi dengan al-Quran Baca, Faham dan Amal.
  16. Selain daripada pautan sebagai rujukan dan panduan penganjuran program tahunan SAQ bersama WUIF, SAQ turut digalakkan untuk mendapatkan nasihat serta panduan sebelum menggunapakai nama-nama program yang dianjurkan oleh WUIF, supaya objektif perlaksanaan program oleh SAQ dapat dicapai secara optimum.
  17. Dalam keadaan di mana akad tersebut diingkari, pihak WUIF berhak meneruskan dengan tindakan-tindakan yang sewajarnya yang tidak terkecuali tindakan undang-undang bagi menghalang pengingkaran tersebut dari berterusan.
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x