Rumah Ngaji OKU

Selepas menghubungi Penyelaras & Penggerak Rumah Ngaji Negeri Sembilan, Puan Gharizah Hashim, bagi mendapatkan penerangan lanjut mengenai Rumah Ngaji OKU pertama di negeri tersebut, wanita ini menyambut panggilan daripada penulis dengan nada cukup ceria.

Malah dirinya juga menerangkan, Rumah Ngaji Negeri Sembilan dengan kerjasama Yayasan Faqeh telah memperkenalkan Rumah Ngaji istimewa untuk OKU masalah pembelajaran. Rumah Ngaji Sheikh ini beroperasi di Rasah Kemayan dan telah memulakan kelas bulan Ogos lalu.Malah Gharizah Hashim juga memaklumkan, idea menubuhkan Rumah Ngaji untuk OKU ini terlintas apabila dia mempunyai sebuah tempat yang strategik dan bercadang mahu membina sebuah lagi rumah ngaji.

“Rumah Ngaji Sheikh mempunyai 15 pelajar terdiri daripada OKU berusia antara 7 sehingga 21 tahun. Antara peserta yang menyertai Rumah Ngaji ini adalah mereka yang menghidap autisme, sindrom down, buta dan masalah pembelajaran.“Kelas pengajian diadakan setiap Isnin sehingga Khamis bagi Huffaz Asyraf, bermula jam 8 pagi sehingga 12 tengah hari manakala bagi kelas QurAnis akan diadakan pada setiap Isnin sehingga Khamis bermula jam 2.30 sehingga 4.30 petang,” ulas Gharizah membuka bicara.

Rumah Ngaji Percuma, Bantu OKU Membaca & Hafal Al-Quran

Salah seorang anak OKU bersama team Rumah Ngaji Negeri Sembilan.

Asatizah khas membantu

 Gharizah juga turut memaklumkan rumah ngaji ini, terdapat dua asatizah yang disediakan khas untuk membantu dan mengajar mengaji secara percuma.“Asatizah kita terdiri daripada mereka yang mahir dan pakar dalam bacaan serta mengajar al-quran, malah mereka merupakan salah seorang pelajar daripada akademi faqeh. Kita sedia maklum, Yayasan Pendidikan al-Quran bagi anak istimewa (Yayasan Faqeh) memang ditubuhkan untuk membantu komuniti anak-anak kelainan upaya untuk mempelajari al-quran dan ibadah. Asatizah ini mahir mengajar golongan kurang upaya dan mereka dari usim di bawah fakulti al-quran & sunnah,” sambungnya lagi.

Hulurkan sumbangan ikhlas

Gharizah juga menjelaskan, bagi membantu melancarkan perjalanan rumah ngaji ini juga bagi mereka yang mahu menghulurkan sumbangan bolehlah membantu. “Guru yang kami lantik perlu dibayar gaji ini kerana bukan semua guru boleh mengajar anak-anak istimewa ini. Kami perlu mencari sumbangan untuk mendapatkan dana untuk membayar gaji guru. Sememangnya kami perlukan sokongan dari orang ramai dan masyarakat setempat,” cerita Gharizah.

Rumah Ngaji Percuma, Bantu OKU Membaca & Hafal Al-Quran

Hajah AsmatBibi (dua dari kanan) yang sudi mewakafkan rumah banglo percutian keluarganya kepada Rumah Ngaji OKU ini.

Hajah Asmatbibi, insan berhati mulia

 Gharizah juga cukup gembira memandangkan dia ada menerima sebuah rumah banglo yang diwakafkan seorang pemilik tempatan, beliau berhasrat untuk menggunakan rumah tersebut sebagai rumah ngaji terutamanya bagi anak-anak istimewa sekitar negeri ini.“Jadi, pemilihan mereka sangat bertepatan dengan konsep dibawa rumah ngaji ini yang mana lokasi rumahnya ini telah pun diwakafkan oleh insan yang berhati mulia,” katanya. Rumahngaji@sheikh rasah kemayan (khas untuk anak-anak istimewa) ditubuhkan atas ihsan seorang insan yang telah lama berniat untuk mewakafkan sebuah rumah banglonya.

“Insan tersebut adalah Hajah Asmatbibi Binti Sheikh Abdullah dan keluarganya yang berasal dari Pulau Pinang dan kini telah menetap di London selama 50 tahun.“Rumah banglo percutian keluarga Sheikh Abdullah ini diwakafkan atas niat Hajah Asmatbibi untuk dimanfaatkan sepenuhnya untuk pengajian al-quran dan yang berkaitan. Baginya yang telah berhijrah ke london dalam usia belasan tahun dan kini telah mempunyai cucu-cucu di sana, merasai tiada yang lebih membahagiakan, melainkan dapat memberi sesuatu yang terbaik untuk dimanfaatkan oleh ummah.

“Lantas, dengan niat murni Hajah Asmatbibi, allah telah memudahkan segalanya hingga tertubuhnya sebuah rumah ngaji atas nama ayahanda tercinta iaitu Rumahngaji Sheikh. Insya-Allah, satu hari nanti, Hajah Asmatbibi berhasrat untuk pulang ke malaysia, menetap kembali di negara tumpah darahnya. Semoga Allah mencurahkan rahmat dan ganjaran yang terbaik buat beliau serta keluarga Sheikh Abdullah,” ungkap Gharizah dalam nada yang cukup terharu.

Harap anak-anak OKU dapat membaca & hafal al-Quran

 Gharizah juga mengharapkan matlamat penubuhan Rumah Ngaji Sheikh ini bukan saja khusus pada mengaji malah dapat menarik minat anak-anak istimewa mempelajari dan mendalami al-quran.“Bukan sekadar mahu golongan ini celik al-quran malah boleh menghafal dan didedahkan pada pengajian ibadah. Bukan saja anak-anak malah kita juga galakkan ibu dan bapa mereka mempelajari al-quran juga. Ini kerana kami juga turut memberi ‘homework’ pada anak-anak istimewa ini agar mereka dapat berinteraksi dengan ibu bapa untuk membantu mereka dalam menyiapkan ‘homework’ yang diberi,” akhiri Gharizah.

Jika anda ingin menghulurkan sumbangan bolehlah menyalurkan ke akaun maybank 555108319734 atau boleh terus ke alamat Rumah Ngaji @ Rasah Kemayan, No. 82 Jalan 4/1, Rasah Kemayan, Seremban, Negeri Sembilan.Untuk maklumat lanjut, Sila hubungi:Puan Gharizah – 017-3512144    Puan Sophia – 012-3051307 Ustaz Nasri – 017-3529436

https://www.mingguanwanita.my/rumah-ngaji-percuma-bantu-oku-membaca-hafal-al-quran/

Comments on Verse

Enter your email to receive a password reset link.

Terima Kasih

Mesej Anda telah berjaya di hantar

  1. WUIF memberikan ruang penyertaan kepada Sahabah AlQuran (SAQ) bersama menghadiri aktiviti-aktiviti di bawah anjuran WUIF.
  2. Kebenaran menyertai aktiviti WUIF adalah tertakluk kepada syarat bahawa SAQ tidak membawa agenda dan unsur-unsur yang menyentuh sensitviti masyarakat.
  3. WUIF tidak memberi jaminan bahawa sebarang penyertaaan SAQ bersamanya dalam apa-apa aktiviti akan mendapat sebarang liputan secara peribadi sama ada kepada individu mahupun kumpulan tertentu.
  4. WUIF akan berusaha memberi sokongan berupa bentuk placard, bookmark sama ada melalui softcopy ataupun bahan bercetak    sekiranya sesuai dan stok bahan-bahan publisiti tersedia semasa program-program yang dijalankan oleh pihak SAQ.
  5. WUIF mempunyai hak untuk berkongsi gambar-gambar SAQ yang menyertai aktiviti atau program bersama WUIF di mana-mana saluran media yang bersesuaian, yang WUIF mempunyai akses terhadapnya.
  6. Penyertaan wakil pihak WUIF dalam sebarang aktiviti SAQ (sekiranya berkaitan) adalah tertakluk kepada kesesuaian masa dan kelapangan wakil-wakil tersebut.
  7. Pihak WUIF mempunyai budibicara untuk berkongsi dengan mana-mana saluran media yang bersesuaian bahan-bahan serta perkongsian oleh SAQ di mana-mana saluran media.
  8. SAQ bersetuju akan menjalankan jalinan kerjasama dengan WUIF dengan membawa prinsip, visi dan misi yang berteraskan panduan al-Quran dan As-Sunnah.
  9. SAQ akan memberikan maklumbalas dan laporan kepada pihak WUIF      berdasarkan sebarang aktiviti dan/atau dapatan dari eksperimen sosial (jika berkaitan) yang dijalankan bertujuan membantumempertingkatkan kualiti penyampaian al-Quran kepada orang awam.
  10. SAQ akan sentiasa menjaga nama baik WUIF dalam setiap aktiviti yang dijalankan di samping berusaha mempamerkan nilai al-Quran di dalam setiap program dan/atau aktiviti yang dijalankan.
  11. SAQ bersedia menyelia dan bertanggungjawab terhadap setiap aktiviti yang dijalankan sama ada dengan atau tanpa kehadiran wakil daripada pihak WUIF.
  12. SAQ akan menjalankan aktivitinya tertakluk kepada kebenaran dan penambahbaikan yang akan dicadangkan oleh WUIF dari semasa ke semasa.
  13. SAQ tidak akan menggunakan bahan serta material yang dihasilkan oleh WUIF untuk sebarang tujuan komersil tanpa persetujuan dan/atau kelulusan pihak WUIF.
  14. SAQ hendaklah menghormati sebarang perjanjian dan/ atau persetujuan yang telah dijalinkan oleh WUIF dengan mana-mana pihak.
  15. SAQ bersedia untuk berbincang dan bekerjasama dengan WUIF pada bila-bila masa demi Misi MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah melalui berinteraksi dengan al-Quran Baca, Faham dan Amal.
  16. Selain daripada pautan sebagai rujukan dan panduan penganjuran program tahunan SAQ bersama WUIF, SAQ turut digalakkan untuk mendapatkan nasihat serta panduan sebelum menggunapakai nama-nama program yang dianjurkan oleh WUIF, supaya objektif perlaksanaan program oleh SAQ dapat dicapai secara optimum.
  17. Dalam keadaan di mana akad tersebut diingkari, pihak WUIF berhak meneruskan dengan tindakan-tindakan yang sewajarnya yang tidak terkecuali tindakan undang-undang bagi menghalang pengingkaran tersebut dari berterusan.
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x