Jom kenal 99 Nama ALLAH, sehari satu nama: Asmaul Husna

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya bagi ALLAH SWT, sembilan puluh sembilan, seratus kecuali satu, barangsiapa yang menghafalnya akan masuk syurga”. (Riwayat Imam Al-Bukhari)
Sebagai seorang Muslim yang beriman, kita perlu yakin sepenuh hati bahawa ALLAH SWT memiliki segala sifat kesempurnaan yang mutlak dan langsung tidak terpalit dengan sebarang kekurangan. Ini adalah asas utama dalam akidah dan tauhid kita.
ALLAH SWT berfirman: “Dan ALLAH memiliki Asmaul Husna (nama-nama terbaik), maka mohonlah kepada-Nya dengan menyebut Asmaul Husna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyalahertikan nama-nama-Nya. Mereka kelak akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka lakukan.” (Surah al-A’raf, 7:180)

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah

Nama ALLAH adalah nama paling agung, nama bagi Zat Ilahi yang suci dan wujud-Nya adalah hakiki. Dialah satu-satunya yang layak menerima segala pujian dan sanjungan. Dialah Tuhan seluruh alam.

ALLAH SWT berfirman: “Sesungguhnya, jika engkau (Muhammad) bertanyakan kepada mereka, “Siapakah yang mencipta lagit dan bumi?” Tentu mereka menjawab, “ALLAH.” Katakanlah, “Segala puji bagi ALLAH,” tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui. Milik ALLHA apa yang ada di langit dan di bumi. Sesungguhnya ALLAH, Dialah yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.” (Surah Luqman, 31: 25-26)

Setiap nama lain yang dinisbahkan kepada ALLAH SWT membawa makna sifat-sifat tertentu, menjelaskan kebesaran dan kesempurnaan-Nya yang tiada batas. Oleh itu, nama-nama ini sebagai sifat-sifat agung bagi ALLAH, membantu kita memahami sedikit sebanyak tentang sifat-sifat yang ada pada Zat Ilahi yang Maha Agung ini

Mengapa perlu kenal Asmaul Husna – 99 nama ALLAH?
1. Mengenali ALLAH lebih dekat
2. Meningkatkan rasa cinta dan takwa
3. Memperbaiki akhlak dan tindakan seharian
4. Membantu dalam doa dan ibadah
5. Meningkatkan kesabaran dalam menghadapi ujian
6. Menambah keyakinan dalam setiap keadaan
7. Meningkatkan doa dan tawakal
8. Menjadi lebih bersyukur dan berdoa
9. Mendapat keberkatan dan perlindungan ALLAH

Comments on Verse

Enter your email to receive a password reset link.

Terima Kasih

Mesej Anda telah berjaya di hantar

  1. WUIF memberikan ruang penyertaan kepada Sahabah AlQuran (SAQ) bersama menghadiri aktiviti-aktiviti di bawah anjuran WUIF.
  2. Kebenaran menyertai aktiviti WUIF adalah tertakluk kepada syarat bahawa SAQ tidak membawa agenda dan unsur-unsur yang menyentuh sensitviti masyarakat.
  3. WUIF tidak memberi jaminan bahawa sebarang penyertaaan SAQ bersamanya dalam apa-apa aktiviti akan mendapat sebarang liputan secara peribadi sama ada kepada individu mahupun kumpulan tertentu.
  4. WUIF akan berusaha memberi sokongan berupa bentuk placard, bookmark sama ada melalui softcopy ataupun bahan bercetak    sekiranya sesuai dan stok bahan-bahan publisiti tersedia semasa program-program yang dijalankan oleh pihak SAQ.
  5. WUIF mempunyai hak untuk berkongsi gambar-gambar SAQ yang menyertai aktiviti atau program bersama WUIF di mana-mana saluran media yang bersesuaian, yang WUIF mempunyai akses terhadapnya.
  6. Penyertaan wakil pihak WUIF dalam sebarang aktiviti SAQ (sekiranya berkaitan) adalah tertakluk kepada kesesuaian masa dan kelapangan wakil-wakil tersebut.
  7. Pihak WUIF mempunyai budibicara untuk berkongsi dengan mana-mana saluran media yang bersesuaian bahan-bahan serta perkongsian oleh SAQ di mana-mana saluran media.
  8. SAQ bersetuju akan menjalankan jalinan kerjasama dengan WUIF dengan membawa prinsip, visi dan misi yang berteraskan panduan al-Quran dan As-Sunnah.
  9. SAQ akan memberikan maklumbalas dan laporan kepada pihak WUIF      berdasarkan sebarang aktiviti dan/atau dapatan dari eksperimen sosial (jika berkaitan) yang dijalankan bertujuan membantumempertingkatkan kualiti penyampaian al-Quran kepada orang awam.
  10. SAQ akan sentiasa menjaga nama baik WUIF dalam setiap aktiviti yang dijalankan di samping berusaha mempamerkan nilai al-Quran di dalam setiap program dan/atau aktiviti yang dijalankan.
  11. SAQ bersedia menyelia dan bertanggungjawab terhadap setiap aktiviti yang dijalankan sama ada dengan atau tanpa kehadiran wakil daripada pihak WUIF.
  12. SAQ akan menjalankan aktivitinya tertakluk kepada kebenaran dan penambahbaikan yang akan dicadangkan oleh WUIF dari semasa ke semasa.
  13. SAQ tidak akan menggunakan bahan serta material yang dihasilkan oleh WUIF untuk sebarang tujuan komersil tanpa persetujuan dan/atau kelulusan pihak WUIF.
  14. SAQ hendaklah menghormati sebarang perjanjian dan/ atau persetujuan yang telah dijalinkan oleh WUIF dengan mana-mana pihak.
  15. SAQ bersedia untuk berbincang dan bekerjasama dengan WUIF pada bila-bila masa demi Misi MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah melalui berinteraksi dengan al-Quran Baca, Faham dan Amal.
  16. Selain daripada pautan sebagai rujukan dan panduan penganjuran program tahunan SAQ bersama WUIF, SAQ turut digalakkan untuk mendapatkan nasihat serta panduan sebelum menggunapakai nama-nama program yang dianjurkan oleh WUIF, supaya objektif perlaksanaan program oleh SAQ dapat dicapai secara optimum.
  17. Dalam keadaan di mana akad tersebut diingkari, pihak WUIF berhak meneruskan dengan tindakan-tindakan yang sewajarnya yang tidak terkecuali tindakan undang-undang bagi menghalang pengingkaran tersebut dari berterusan.
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x