DOAKAN SAYA KHATAM QURAN

KISAH MYQT0008

Pada mulanya saya agak keberatan untuk berkongsi kisah ini apabila menerima pesanan ringkas daripada salah seorang staf Warisan Ummah Ikhlas (WUI). Dia memujuk dan akhirnya saya bersetuju kerana ALLAH SWT.

Ini bukanlah kali pertama saya turut sama dalam program Wakaf al-Quran anjuran WUI. Saya ajak semua adik-beradik, ibu dan ayah, dan juga rakan-rakan sekerja untuk berwakaf.

Mulanya ayah buat endah tak endah, tapi saya wakafkan juga bagi pihaknya. Alhamdulillah akhirnya ayah saya beritahu yang dia juga telah berwakaf untuk dirinya dan mak.

Saya ibu tunggal bersama dua anak. Sejak suami meninggal 26 tahun lalu saya hanya tumpukan perhatian membesarkan anak-anak.

Itulah fokus utama kerana saya bimbang kesibukan kerja membuatkan mereka terabai. Alhamdulillah, saya dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai ibu dan ayah buat mereka berdua.

Semakin meningkat usia saya tersedar saya masih ketinggalan dalam ilmu agama kerana disibukkan dengan tugas di pejabat. Saban hari saya berdoa supaya saya dapat berpindah berhampiran dengan tempat kerja.

Niat dan harapan hanya satu. Kalau dapat tinggal berhampiran pejabat, saya akan punya masa dan tenaga untuk belajar mengaji.

Akhirnya doa saya diperkenankan dan saya dapat belajar mengaji pada 2014. Saat saya dihubungi saya masih baca dalam proses belajar dan belum khatam.

Bukan mudah untuk istiqomah belajar, banyak dugaan dan ujian. Tambahan pula dalam musim PKP kelas mengaji terganggu. Saya cadangkan guru ngaji buat kelas online tapi dia tak pandai. Jadi saya minta anak-anak membantu.

Saya berdoa dengan saya berwakaf ini, ALLAH mempermudahkan pengajian saya. Mereka yang membaca al-Quran wakaf ini turut mendoakan orang macam saya yang masih belajar mengaji terus istiqomah dan tidak berputus asa.

Daripada

AJ

Ampang

*********************************************************************

P/S: Jika ada berminat untuk berkongsi kisah inspirasi berwakaf dan mencari keredaan ALLAH, boleh emelkan nukilan anda kepada sahabahalquran@gmail.com WhatsApp nukilan anda di 019 380 3635.

Misi MENGQURANKAN BANGSA, MENGIKHLASKAN UMMAH

#WakafQuran
#QuranCorner
#TroliIbadah

 

Terima Kasih

Mesej Anda telah berjaya di hantar

  1. WUIF memberikan ruang penyertaan kepada Sahabah AlQuran (SAQ) bersama menghadiri aktiviti-aktiviti di bawah anjuran WUIF.
  2. Kebenaran menyertai aktiviti WUIF adalah tertakluk kepada syarat bahawa SAQ tidak membawa agenda dan unsur-unsur yang menyentuh sensitviti masyarakat.
  3. WUIF tidak memberi jaminan bahawa sebarang penyertaaan SAQ bersamanya dalam apa-apa aktiviti akan mendapat sebarang liputan secara peribadi sama ada kepada individu mahupun kumpulan tertentu.
  4. WUIF akan berusaha memberi sokongan berupa bentuk placard, bookmark sama ada melalui softcopy ataupun bahan bercetak    sekiranya sesuai dan stok bahan-bahan publisiti tersedia semasa program-program yang dijalankan oleh pihak SAQ.
  5. WUIF mempunyai hak untuk berkongsi gambar-gambar SAQ yang menyertai aktiviti atau program bersama WUIF di mana-mana saluran media yang bersesuaian, yang WUIF mempunyai akses terhadapnya.
  6. Penyertaan wakil pihak WUIF dalam sebarang aktiviti SAQ (sekiranya berkaitan) adalah tertakluk kepada kesesuaian masa dan kelapangan wakil-wakil tersebut.
  7. Pihak WUIF mempunyai budibicara untuk berkongsi dengan mana-mana saluran media yang bersesuaian bahan-bahan serta perkongsian oleh SAQ di mana-mana saluran media.
  8. SAQ bersetuju akan menjalankan jalinan kerjasama dengan WUIF dengan membawa prinsip, visi dan misi yang berteraskan panduan al-Quran dan As-Sunnah.
  9. SAQ akan memberikan maklumbalas dan laporan kepada pihak WUIF      berdasarkan sebarang aktiviti dan/atau dapatan dari eksperimen sosial (jika berkaitan) yang dijalankan bertujuan membantumempertingkatkan kualiti penyampaian al-Quran kepada orang awam.
  10. SAQ akan sentiasa menjaga nama baik WUIF dalam setiap aktiviti yang dijalankan di samping berusaha mempamerkan nilai al-Quran di dalam setiap program dan/atau aktiviti yang dijalankan.
  11. SAQ bersedia menyelia dan bertanggungjawab terhadap setiap aktiviti yang dijalankan sama ada dengan atau tanpa kehadiran wakil daripada pihak WUIF.
  12. SAQ akan menjalankan aktivitinya tertakluk kepada kebenaran dan penambahbaikan yang akan dicadangkan oleh WUIF dari semasa ke semasa.
  13. SAQ tidak akan menggunakan bahan serta material yang dihasilkan oleh WUIF untuk sebarang tujuan komersil tanpa persetujuan dan/atau kelulusan pihak WUIF.
  14. SAQ hendaklah menghormati sebarang perjanjian dan/ atau persetujuan yang telah dijalinkan oleh WUIF dengan mana-mana pihak.
  15. SAQ bersedia untuk berbincang dan bekerjasama dengan WUIF pada bila-bila masa demi Misi MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah melalui berinteraksi dengan al-Quran Baca, Faham dan Amal.
  16. Selain daripada pautan sebagai rujukan dan panduan penganjuran program tahunan SAQ bersama WUIF, SAQ turut digalakkan untuk mendapatkan nasihat serta panduan sebelum menggunapakai nama-nama program yang dianjurkan oleh WUIF, supaya objektif perlaksanaan program oleh SAQ dapat dicapai secara optimum.
  17. Dalam keadaan di mana akad tersebut diingkari, pihak WUIF berhak meneruskan dengan tindakan-tindakan yang sewajarnya yang tidak terkecuali tindakan undang-undang bagi menghalang pengingkaran tersebut dari berterusan.