KISAH MYQT0008
Pada mulanya saya agak keberatan untuk berkongsi kisah ini apabila menerima pesanan ringkas daripada salah seorang staf Warisan Ummah Ikhlas (WUI). Dia memujuk dan akhirnya saya bersetuju kerana ALLAH SWT.
Ini bukanlah kali pertama saya turut sama dalam program Wakaf al-Quran anjuran WUI. Saya ajak semua adik-beradik, ibu dan ayah, dan juga rakan-rakan sekerja untuk berwakaf.
Mulanya ayah buat endah tak endah, tapi saya wakafkan juga bagi pihaknya. Alhamdulillah akhirnya ayah saya beritahu yang dia juga telah berwakaf untuk dirinya dan mak.
Saya ibu tunggal bersama dua anak. Sejak suami meninggal 26 tahun lalu saya hanya tumpukan perhatian membesarkan anak-anak.
Itulah fokus utama kerana saya bimbang kesibukan kerja membuatkan mereka terabai. Alhamdulillah, saya dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai ibu dan ayah buat mereka berdua.
Semakin meningkat usia saya tersedar saya masih ketinggalan dalam ilmu agama kerana disibukkan dengan tugas di pejabat. Saban hari saya berdoa supaya saya dapat berpindah berhampiran dengan tempat kerja.
Niat dan harapan hanya satu. Kalau dapat tinggal berhampiran pejabat, saya akan punya masa dan tenaga untuk belajar mengaji.
Akhirnya doa saya diperkenankan dan saya dapat belajar mengaji pada 2014. Saat saya dihubungi saya masih baca dalam proses belajar dan belum khatam.
Bukan mudah untuk istiqomah belajar, banyak dugaan dan ujian. Tambahan pula dalam musim PKP kelas mengaji terganggu. Saya cadangkan guru ngaji buat kelas online tapi dia tak pandai. Jadi saya minta anak-anak membantu.
Saya berdoa dengan saya berwakaf ini, ALLAH mempermudahkan pengajian saya. Mereka yang membaca al-Quran wakaf ini turut mendoakan orang macam saya yang masih belajar mengaji terus istiqomah dan tidak berputus asa.
Daripada
AJ
Ampang
*********************************************************************
P/S: Jika ada berminat untuk berkongsi kisah inspirasi berwakaf dan mencari keredaan ALLAH, boleh emelkan nukilan anda kepada sahabahalquran@gmail.com WhatsApp nukilan anda di 019 380 3635.
Misi MENGQURANKAN BANGSA, MENGIKHLASKAN UMMAH
#WakafQuran
#QuranCorner
#TroliIbadah