World #QuranHour: Perak sedia

World #QuranHour: Perak sedia

Kerjasama erat antara jabatan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini diyakini mampu melonjakkan jumlah penyertaan pada World #QuranHour yang berlangsung secara serentak di seluruh dunia, 7 Jun depan. Penyelaras Rumah Ngaji Perak, Noor Mazlina Noor Shah berkata, jika tahun lalu, negeri ini merekodkan penyertaan hampir 20,000 peserta, tahun ini pihak Sekretariat World…

Rumah Ngaji Perak platform hidupkan al-Quran

Rumah Ngaji Perak platform hidupkan al-Quran

KUALA KANGSAR – Bertugas sebagai pegawai kerajaan, membuatkan beliau terlalu sibuk dengan dunia pekerjaan sehingga tiada masa mengikuti kelas pengajian agama. Selepas bersara awal pada 2010, beliau memanfaatkan sepenuh masa untuk mendekatkan diri di jalan ALLAH SWT. Orang yang dimaksudkan ialah Penggerak Rumah Ngaji Perak, Noor Mazlina Noor Shah atau lebih mesra dengan panggilan Lily….

Kemeriahan kenduri di Rumah Ngaji PP

Kemeriahan kenduri di Rumah Ngaji PP

KEPALA BATAS – Seramai 330 ahli Rumah Ngaji Pulau Pinang menyertai Kenduri Rumah Ngaji Pulau Pinang yang diadakan di sebuah hotel di sini pada Jumaat. Penyelaras Rumah Ngaji Pulau Pinang, Zaiton@Zariyah Abdullah berkata, ahli yang hadir terdiri daripada 82 Rumah Ngaji di seluruh Pulau Pinang. “Menurutnya, pelbagai aktiviti yang diadakan dalam program berkenaan antaranya khatam…

Perasmian Sudut IQRA (Rumah Ngaji@ UiTM PP)

Pada 30 Julai 2024, bertempat di ruang LCE PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang telah diadakan majlis sambutan Maal Hijrah dan majlis perasmian Sudut IQRA (Rumah Ngaji@PTAR) UiTM Cawangan Pulau Pinang. Acara petang itu telah dimulai dengan bacaan Surah Al-Mukminun ayat 1 hingga 10 yang dipimpin oleh Ustaz Mohd Fauzan Md Nor, Pegawai UHEI UiTM Cawangan Pulau Pinang….

Pengiktirafan buat Rumah Ngaji Malaysia

IPOH – Penerima Anugerah Siti Khadijah Sempena Sambutan Kemuncak Maal Hijrah Negeri Perak Tahun 1446H menyifatkan ia sebagai pengiktirafan buat semua Rumah Ngaji di seluruh negara. Pengerusi Rumah Ngaji Perak yang pertama, Noor Mazlina Noor Shah berkata, anugerah tersebut merupakan tertinggi yang pernah diterimanya sejak menerajui Rumah Ngaji Perak pada tahun 2014. Menurutnya, ia merupakan…

Rumah Ngaji OKU

Rumah Ngaji OKU

Selepas menghubungi Penyelaras & Penggerak Rumah Ngaji Negeri Sembilan, Puan Gharizah Hashim, bagi mendapatkan penerangan lanjut mengenai Rumah Ngaji OKU pertama di negeri tersebut, wanita ini menyambut panggilan daripada penulis dengan nada cukup ceria. Malah dirinya juga menerangkan, Rumah Ngaji Negeri Sembilan dengan kerjasama Yayasan Faqeh telah memperkenalkan Rumah Ngaji istimewa untuk OKU masalah pembelajaran….

Pelancaran Rumah Ngaji Felcra Seberang Perak

Pelancaran Rumah Ngaji Felcra Seberang Perak

PASIR SALAK – Jumlah Rumah Ngaji di Perak terus bertambah dengan pelancaran Rumah Ngaji Felcra Seberang Perak di sini pada Ahad. Melalui pelancaran berkenaan menjadikan jumlah keseluruhan Rumah Ngaji di Perak sebanyak 148 buah. “Saya menyambut baik usaha menganjurkan program ini bagi menyuburkan minat membaca al-Quran, memupuk nilai-nilai cara hidup islam yang mendalam dalam kalangan…

Rai ulang tahun ke-30 Masjid serentak dengan MQH

SHAH ALAM – RumahNgaji Pulau Pinang akan mengadakan program Malaysia #QuranHour pada 1 September ini bersempena sambutan ulang tahun ke-30 Masjid Jamiul Shariff, Pokok Machang di Tasek Gelugor. Penyelarasnya, Zaiton@Zariyah Abdullah berkata, dijangka seramai 500 peserta akan mengikuti program berkenaan dan terbuka kepada orang ramai untuk turut sama hadir ke masjid. “Kami satukan sahaja dengan…

Sasar 10,000 peserta baca al-Quran

SHAH ALAM – Rumah Ngaji Negeri Sembilan menganggarkan seramai 10,000 peserta yang akan mengikuti program Malaysia #QuranHour anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) pada 30 Ogos ini. Penyelarasnya, Gharizah Hashim berkata, mereka yang berumur 12 hingga lebih 80 akan menyertai program itu di beberapa lokasi terpilih yang berhampiran. “Menurutnya, lokasi utama di Negeri Sembilan akan…

Rumah Ngaji imbau alam persekolahan

KAMPAR – Seramai 54 peserta Rumah Ngaji Pertubuhan Halaqah Mukminah di sini memilih memakai seragam sekolah bagi mengimbau kembali kenangan yang telah lama ditinggalkan. Pengerusinya, Rashidah Mat Ali berkata, tema itu dipilih bagi mengeratkan silaturrahim dalam kalangan ahli disamping aktiviti menyemarakkan majlis ilmu yang saban minggu dilaksanakan. “Selepas 15 tahun pertubuhan kami diwujudkan, inilah pertama…