Wellness QuranHour: Al-Quran & Sunnah dalam Kesihatan

Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) terus mengorak langkah dalam membumikan Al-Quran dan Sunnah melalui program Wellness #QuranHour di Masjid Darul Ehsan, SS 15, Subang Jaya pada pukul 9.30 pagi – 11 pagi, 21 September 2024.

Dalam misi menuju visi 1500 Hijrah, “MengQurankan Bangsa, MengIkhlaskan Ummah,” WUIF, penganjur kempen #QuranHour yang mencapai 7.44 bilion capaian di media sosial dan dianjurkan di lebih 5000 lokasi di Malaysia serta 313 lokasi di 76 buah negara, kini memfokus dalam bidang kesihatan dan kesejahteraan.

Barisan panelis Wellness #QuranHour. Dari kiri, Tuan Haji Fazrul, Prof Aziz, Ustaz Safri dan Qari Ustaz Ahmad Tirmizi Ali.

Ketua Pegawai Eksekutif WUIF, Marhaini Yusoff berkata, Wellness #QuranHour diadakan dengan kerjasama pakar dan pengamal kesihatan untuk membumikan al-Quran dan Hadis dalam kehidupan seharian, khususnya dalam usaha mencegah penyakit kronik.

Program ini berasaskan Wellness Model A-Dynamic, yang bertunjangkan Tauhid sebagai inti utama dan berpandukan Nilai Halalan Thoyyiban serta Amalan Sunnah. Model ini diharap dapat menjadi panduan dalam membentuk kerangka pemikiran masyarakat untuk mengamalkan gaya hidup sihat yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah.

WUIF berkolaborasi dengan Neo Medicare, Jabatan Agama Islam Selangor, Masjid Darul Ehsan, Karya Bestari, dan Sinar Karangkraf dalam menjayakan Wellness #QuranHour. Neo Medicare berkongsi pendekatan rawatan integratif yang terbukti selama 11 tahun.

“Komitmen WUIF dalam membumikan ayat-ayat al-Quran melalui Baca, Faham dan Amal ini, Wellness #QuranHour mengajak lebih ramai pakar dan pengamal kesihatan untuk bergabung dalam usaha merujuk kepada al-Quran dan Sunnah dalam kajian kesejahteraan, demi membentuk warga yang kuat dari segi fizikal, minda, dan jiwa.

“Sebagai langkah permulaan, program ini memberi fokus kepada kesedaran pemakanan kepada masyarakat, dengan kerjasama pihak masjid seperti Masjid Darul Ehsan, SS 15, Subang Jaya.

“Inisiatif “Reset Pemakanan” ini bertujuan mendidik masyarakat tentang amalan Sunnah dalam pemakanan yang diamalkan oleh Baginda Rasulullah SAW, termasuk dari segi nutrisi dan waktu makan.”

Peserta berpeluang mengikuti bacaan ayat al-Quran pilihan yang dibimbing oleh Qari Ustaz Ahmad Tirmzi Ali.

Tambah beliau, WUIF juga berharap peserta penggerak masjid dan para jemaah akan lebih sedar terhadap jenis makanan yang baik (thoyyib) dan mengubah amalan makan malam yang tidak menepati waktu sesuai, yang boleh menjejaskan kesihatan. Dengan kesedaran dan amalan yang lebih baik, kita mampu memperkasakan kesejahteraan ummah secara holistik.

Program Wellness #QuranHour dimulakan dengan bacaan al-Quran yang dibimbing oleh Qari Ustaz Ahmad Tirmizi Ali, diikuti sesi tadabbur yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Penyelidik WUIF merangkap Pentadabbur My #QuranTime, Fazrul Ismail.

Forum bertajuk “Amalan Sunnah: Cegah Penyakit” menampilkan barisan panelis jemputan, termasuk Pengasas dan Pengarah Perubatan Neo Medicare, Prof. Ab Aziz Al-Safi Ismail, dan Ketua Unit Penyelidikan & Pembangunan WUIF, Ustaz Safri Muhammad Zein sebagai pentadabbur, dengan Fazrul bertindak sebagai moderator.

Barisan panelis Wellness #QuranHour bersama pihak Pengurusan Masjid Darul Ehsan, SS15, Subang Jaya

Wellness QuranHour yang dihoskan oleh Daie Muda Yadim Lutfil Hadi Rosman Irzam, diakhiri dengan bacaan doa oleh Imam Masjid Darul Ehsan, Ustaz Mohammad Imran Nasohah.

Peserta juga berpeluang untuk reset gaya hidup dan pemakanan bersama pakar serta mengikuti pemeriksaan kesihatan percuma oleh Neo Medicare, termasuk analisis darah kapilari untuk mengesan awal penyakit seperti kardiovaskular dan buah pinggang kronik.

Peserta Wellness #QuranHour mengambil peluang untuk melakukan pemeriksaan percuma anjuran Neo Medicare.

Program Wellness QuranHour dijangka menjadi satu platform untuk menggalakkan kesejahteraan holistik, di mana aspek kesihatan fizikal, mental, emosi dan rohani semuanya berpandukan kepada ajaran al-Quran dan Sunnah dengan gabungan golongan profesional yang pakar dalam bidang masing-masing.

Sebelum ini, WUIF menganjurkan Seminar Soul Fitness & Wellnness Breakaway di Cherengin Hills Convention & Spa Resort Janda Baik, Pahang, 28 September 2023.

Comments on Verse

Enter your email to receive a password reset link.

Terima Kasih

Mesej Anda telah berjaya di hantar

  1. WUIF memberikan ruang penyertaan kepada Sahabah AlQuran (SAQ) bersama menghadiri aktiviti-aktiviti di bawah anjuran WUIF.
  2. Kebenaran menyertai aktiviti WUIF adalah tertakluk kepada syarat bahawa SAQ tidak membawa agenda dan unsur-unsur yang menyentuh sensitviti masyarakat.
  3. WUIF tidak memberi jaminan bahawa sebarang penyertaaan SAQ bersamanya dalam apa-apa aktiviti akan mendapat sebarang liputan secara peribadi sama ada kepada individu mahupun kumpulan tertentu.
  4. WUIF akan berusaha memberi sokongan berupa bentuk placard, bookmark sama ada melalui softcopy ataupun bahan bercetak    sekiranya sesuai dan stok bahan-bahan publisiti tersedia semasa program-program yang dijalankan oleh pihak SAQ.
  5. WUIF mempunyai hak untuk berkongsi gambar-gambar SAQ yang menyertai aktiviti atau program bersama WUIF di mana-mana saluran media yang bersesuaian, yang WUIF mempunyai akses terhadapnya.
  6. Penyertaan wakil pihak WUIF dalam sebarang aktiviti SAQ (sekiranya berkaitan) adalah tertakluk kepada kesesuaian masa dan kelapangan wakil-wakil tersebut.
  7. Pihak WUIF mempunyai budibicara untuk berkongsi dengan mana-mana saluran media yang bersesuaian bahan-bahan serta perkongsian oleh SAQ di mana-mana saluran media.
  8. SAQ bersetuju akan menjalankan jalinan kerjasama dengan WUIF dengan membawa prinsip, visi dan misi yang berteraskan panduan al-Quran dan As-Sunnah.
  9. SAQ akan memberikan maklumbalas dan laporan kepada pihak WUIF      berdasarkan sebarang aktiviti dan/atau dapatan dari eksperimen sosial (jika berkaitan) yang dijalankan bertujuan membantumempertingkatkan kualiti penyampaian al-Quran kepada orang awam.
  10. SAQ akan sentiasa menjaga nama baik WUIF dalam setiap aktiviti yang dijalankan di samping berusaha mempamerkan nilai al-Quran di dalam setiap program dan/atau aktiviti yang dijalankan.
  11. SAQ bersedia menyelia dan bertanggungjawab terhadap setiap aktiviti yang dijalankan sama ada dengan atau tanpa kehadiran wakil daripada pihak WUIF.
  12. SAQ akan menjalankan aktivitinya tertakluk kepada kebenaran dan penambahbaikan yang akan dicadangkan oleh WUIF dari semasa ke semasa.
  13. SAQ tidak akan menggunakan bahan serta material yang dihasilkan oleh WUIF untuk sebarang tujuan komersil tanpa persetujuan dan/atau kelulusan pihak WUIF.
  14. SAQ hendaklah menghormati sebarang perjanjian dan/ atau persetujuan yang telah dijalinkan oleh WUIF dengan mana-mana pihak.
  15. SAQ bersedia untuk berbincang dan bekerjasama dengan WUIF pada bila-bila masa demi Misi MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah melalui berinteraksi dengan al-Quran Baca, Faham dan Amal.
  16. Selain daripada pautan sebagai rujukan dan panduan penganjuran program tahunan SAQ bersama WUIF, SAQ turut digalakkan untuk mendapatkan nasihat serta panduan sebelum menggunapakai nama-nama program yang dianjurkan oleh WUIF, supaya objektif perlaksanaan program oleh SAQ dapat dicapai secara optimum.
  17. Dalam keadaan di mana akad tersebut diingkari, pihak WUIF berhak meneruskan dengan tindakan-tindakan yang sewajarnya yang tidak terkecuali tindakan undang-undang bagi menghalang pengingkaran tersebut dari berterusan.
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x