Wanita Kelantan #QuranHour dianjurkan September ini

TUMPAT – Persatuan Rumah Ngaji Negeri Kelantan (PRNNK) akan menganjurkan Wanita Kelantan #QuranHour pada 28 September ini dalam usaha memperkasa golongan itu untuk terus membudayakan al-Quran dalam kehidupan.Pengerusi PRNNK, Datuk Adnan Hashim, berkata, program bakal dilangsungkan di Masjid Muhammadi, Kota Bharu itu bertujuan melahirkan wanita yang mampu mendukung ketua keluarga mereka ke arah kebaikan.

Adnan

“Pada zaman ini, kita mahu sebuah institusi keluarga yang utuh dan wanita adalah individu paling penting serta rapat untuk membantu suami dalam menguruskan keluarga mengikut landasan syariat.

“Wanita dididik melalui pendekatan al-Quran yang lembut akan menghormati suami dan membantu melalui akhlak mulia dalam melayari bahtera rumah tangga mengikut syariat Islam,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui pada Program Malaysia #QuranHour peringkat negeri Kelantan di Masjid An-Nur Kota Kubang Labu, di sini, pada Jumaat.

“Mereka ini akan membantu mendidik individu-individu mengaji dan kembali pada al-Quran dalam kehidupan,” katanya.

Sebahagian yang hadir pada Malaysia #QuranHour peringkat negeri Kelantan 2024 di Masjid An-Nur Kota Kubang Labu di Tumpat.
Sebahagian yang hadir pada Malaysia #QuranHour peringkat negeri Kelantan 2024 di Masjid An-Nur Kota Kubang Labu di Tumpat.

 

Dalam pada itu, pada Program Malaysia #QuranHour peringkat negeri Kelantan 2024 itu bergema solidariti mengaji melalui bacaan Surah 62: al -Jumu’ah Ayat 1 – 11 secara beramai-ramai melibatkan penyertaan lebih 1,000 peserta diketuai Imam Tua Masjid An-Nur, Wan Fakhrulrazi Wan Mahmood dan tadabbur oleh Penasihat PRNNK, Profesor Madya Dr Azhar Muhammad.

Program berlangsung dengan tema Jiwa Merdeka: Memaknai Rukun Negara.

Turut diadakan Program Borak-borak Santai Malaysia #QuranHour serta Pesanan Ulama oleh Timbalan Mufti Kelantan, Datuk Nik Abdul Kadir Nik Mohamad.

Adnan (dua dari kanan) bersama Dr Azhar (kanan) dan Nik Abdul Kadir (tengah) yang hadir menyertai Malaysia #QuranHour di Kelantan.

Adnan (dua dari kanan) bersama Dr Azhar (kanan) dan Nik Abdul Kadir (tengah) yang hadir menyertai Malaysia #QuranHour di Kelantan.

Tambah Adnan, keluarga mawaddah akan terbina melalui isi rumah yang mendekatkan diri dengan al-Quran dan bertakwa kepada ALLAH SWT.

Comments on Verse

Enter your email to receive a password reset link.

Terima Kasih

Mesej Anda telah berjaya di hantar

  1. WUIF memberikan ruang penyertaan kepada Sahabah AlQuran (SAQ) bersama menghadiri aktiviti-aktiviti di bawah anjuran WUIF.
  2. Kebenaran menyertai aktiviti WUIF adalah tertakluk kepada syarat bahawa SAQ tidak membawa agenda dan unsur-unsur yang menyentuh sensitviti masyarakat.
  3. WUIF tidak memberi jaminan bahawa sebarang penyertaaan SAQ bersamanya dalam apa-apa aktiviti akan mendapat sebarang liputan secara peribadi sama ada kepada individu mahupun kumpulan tertentu.
  4. WUIF akan berusaha memberi sokongan berupa bentuk placard, bookmark sama ada melalui softcopy ataupun bahan bercetak    sekiranya sesuai dan stok bahan-bahan publisiti tersedia semasa program-program yang dijalankan oleh pihak SAQ.
  5. WUIF mempunyai hak untuk berkongsi gambar-gambar SAQ yang menyertai aktiviti atau program bersama WUIF di mana-mana saluran media yang bersesuaian, yang WUIF mempunyai akses terhadapnya.
  6. Penyertaan wakil pihak WUIF dalam sebarang aktiviti SAQ (sekiranya berkaitan) adalah tertakluk kepada kesesuaian masa dan kelapangan wakil-wakil tersebut.
  7. Pihak WUIF mempunyai budibicara untuk berkongsi dengan mana-mana saluran media yang bersesuaian bahan-bahan serta perkongsian oleh SAQ di mana-mana saluran media.
  8. SAQ bersetuju akan menjalankan jalinan kerjasama dengan WUIF dengan membawa prinsip, visi dan misi yang berteraskan panduan al-Quran dan As-Sunnah.
  9. SAQ akan memberikan maklumbalas dan laporan kepada pihak WUIF      berdasarkan sebarang aktiviti dan/atau dapatan dari eksperimen sosial (jika berkaitan) yang dijalankan bertujuan membantumempertingkatkan kualiti penyampaian al-Quran kepada orang awam.
  10. SAQ akan sentiasa menjaga nama baik WUIF dalam setiap aktiviti yang dijalankan di samping berusaha mempamerkan nilai al-Quran di dalam setiap program dan/atau aktiviti yang dijalankan.
  11. SAQ bersedia menyelia dan bertanggungjawab terhadap setiap aktiviti yang dijalankan sama ada dengan atau tanpa kehadiran wakil daripada pihak WUIF.
  12. SAQ akan menjalankan aktivitinya tertakluk kepada kebenaran dan penambahbaikan yang akan dicadangkan oleh WUIF dari semasa ke semasa.
  13. SAQ tidak akan menggunakan bahan serta material yang dihasilkan oleh WUIF untuk sebarang tujuan komersil tanpa persetujuan dan/atau kelulusan pihak WUIF.
  14. SAQ hendaklah menghormati sebarang perjanjian dan/ atau persetujuan yang telah dijalinkan oleh WUIF dengan mana-mana pihak.
  15. SAQ bersedia untuk berbincang dan bekerjasama dengan WUIF pada bila-bila masa demi Misi MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah melalui berinteraksi dengan al-Quran Baca, Faham dan Amal.
  16. Selain daripada pautan sebagai rujukan dan panduan penganjuran program tahunan SAQ bersama WUIF, SAQ turut digalakkan untuk mendapatkan nasihat serta panduan sebelum menggunapakai nama-nama program yang dianjurkan oleh WUIF, supaya objektif perlaksanaan program oleh SAQ dapat dicapai secara optimum.
  17. Dalam keadaan di mana akad tersebut diingkari, pihak WUIF berhak meneruskan dengan tindakan-tindakan yang sewajarnya yang tidak terkecuali tindakan undang-undang bagi menghalang pengingkaran tersebut dari berterusan.
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x