Tabung Gerakan Al-Quran: Dari ummah untuk ummah

“Ustaz, boleh saya wakaf untuk keluarga dan arwah ibu bapa saya? Tapi bayaran tidak banyak?”

“Saya mahu infakkan sejumlah wang arwah makcik saya untuk WUIF. Bagaimana ya?”

“Saya tak perlu resit bukti pembayaran. Cuma harap wakaf saya ini dapat ganjaran di akhirat.”

Ini antara hasrat dan harapan yang sering diluahkan oleh pewakaf serta penginfak kepada Tabung Gerakan al-Quran, sebuah inisiatif di bawah kelolaan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF). Ia menjadi platform kepada umat Islam yang ingin menyumbangkan harta mereka dalam bentuk wakaf dan infak, dengan tujuan memartabatkan Al-Quran sebagai panduan hidup dan memperluaskan amal jariah.

Dalam banyak tabung yang wujud hari ini, bukan mudah untuk orang ramai yakin bahawa wang wakaf mereka akan sampai ke tangan penerima yang benar. Namun, WUIF telah berusaha membina kepercayaan dan keyakinan masyarakat melalui pelaksanaan program-program wakaf dan infak yang telus.

Rasulullah SAW bersabda: “Apabila matinya seseorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkannya dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kepada kedua ibubapanya.” (Riwayat Muslim)

Wakaf adalah ibadah yang memerlukan pengorbanan harta yang dimiliki untuk kegunaan umat Islam dengan niat untuk mendekatkan diri kepada ALLAH SWT. Selain itu ALLAH SWT telah menjanjikan ganjaran berlipat ganda kepada mereka yang dikehendaki-Nya.

ALLAH SWT berfirman: “Perumpamaan bagi orang yang mendermakan hartanya di jalan ALLAH seperti sebutir biji. ALLAH melipatgandakan bagi sesia yang Dia kehendaki, dan ALLAH Maha Luas, lagi Maha Mengetahui.” (Surah Al-Baqarah: 261)

Jenis wakaf di WUIF

Sementara itu, WUIF sebagai badan bukan berasaskan keuntungan (NGO) komited dalam menyampai misi dakwah, menyebarluaskan pemahaman al-Quran dan Hadis di dalam dan luar negara. Untuk mendanai inisiatif tersebut, beberapa fasa wakaf al-Quran telah digerakkan iaitu:

Fasa 1 – Bayaran RM45 senaskhah al-Quran menggunakan akaun Maybank Islamic – 5642 7651 6031. Wakaf al-Quran tersebut diuruskan oleh pihak WUIF kepada penerima wakaf yang terdiri daripada pihak hospital, pusat kesihatan dan pusat kuarantin di seluruh Malaysia.

Fasa 2 – Bayaran RM40 senaskhah al-Quran dengan menggunakan akaun yang sama di atas untuk disalurkan kepada barisan hadapan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan.

Fasa 3 – Projek Wakaf al-Quran untuk Ummah atas akaun Maybank Islamic – 5642 7652 8561 atas nama Warisan Ummah Ikhlas Foundation membuka peluang untuk berwakaf satu set al-Quran – 7 jenis al-Quran – RM500. Orang ramai juga boleh berwakaf serendah RM10 untuk 1 bahagian. Apabila kutipan cukup RM500, baru satu set al-Quran tersebut diagihkan kepada penerima wakaf.

Projek Wakaf Al-Quran untuk Ummah digerakkan sepanjang tahun untuk pusat komuniti dan pelbagai organisasi.
   Projek Wakaf Al-Quran untuk Ummah digerakkan sepanjang tahun untuk pusat komuniti dan organisasi.

Projek wakaf fasa 3 ini digerakkan sepanjang tahun untuk pusat tumpuan komuniti dan orang ramai, kolej, universiti, sekolah, pusat tahfiz, rumah anak yatim dan kebajikan, rumah orang tua, penjara, Rumah Ngaji dan lokasi yang memerlukan.

Set Wakaf Al-Quran untuk Ummah mengandungi 7 jenis al-Quran terbitan Karya Bestari.

Untuk berwakaf dan berinfak Al-Quran untuk Ummah, sila salurkan kepada WAKAF UMMAH melalui Maybank Islamic di nombor akaun 5642 7652 8561. Boleh infak serendah RM10/ 1 Bahagian hingga RM500/ 1 set (7 jenis Al-Quran);

Satu set Al-Quran untuk Ummah (RM500) adalah:

  1. Amazing Perjilid RM 199 – A4 sekotak
  2. Riyadh Perjuzuk RM 85 – B5 sekotak
  3. The Noble English RM 45 – A5 kulit keras
  4. Muslimah RM 45 – A5 kulit keras
  5. Haramain RM 70 – A4 kulit keras
  6. Multazam RM 70 – A4 kulit keras
  7. Mushaf Ibtida RM 55 – A4 kulit keras

Fasa 4 – Tabung Gerakan Al-Quran membawa Misi MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah  untuk membangunkan Lembah Al-Quran (Quranic Valley) Menuju 1500H. Ia diperkenalkan melalui program My #QuranTime 1.0 di TV AlHijrah.

Tabung Gerakan Al-Quran membawa misi MengQurankan Bangsa Mengikhlaskan Ummah.

Jenis wakaf yang diperlukan adalah dana untuk menghasilkan program TV dan Digital melalui Wakaf Media, Infak dan Wakaf meliputi wakaf tunai, profesionalisme, wakaf Al-Quran dan aset.

WUIF sebagai Lembah Al-Quran (Quranic Valley) akan menjadi platform untuk mengangkat isi al-Quran dan Hadis melalui R&D daripada kalangan asatizah, qari, pentadabbur, pakar-pakar al-Quran dan Hadis, cendekiawan, pemimpin dan dan ummah.

Matlamat Quranic Valley adalah bagi membina Khazanah Untuk Ummah dari Pengkajian al-Quran melalui:

▪Buku-buku

▪Wacana ilmiah

▪Pengukuhan isi kandungan al-Quran di saluran media, TV dan Platform Digital

▪Bina Ekosistem Islam

▪Pemberdayaan Sahabah al-Quran dari pelbagai lingkungan masyarakat

▪Pelaksanaan Kempen #SavingFamilies, #SavingLegacy, #SavingTheNation

Terima kasih kepada semua pewakaf dan penginfak. Semoga ALLAH SWT menerima dan memberkati segala usaha dan amal kepada para pewakaf dan petugas yang sentiasa komited untuk menjalankan amanah untuk disampaikan kepada penerima wakaf.

Mudah-mudah ALLAH SWT melimpahluahkan rezeki yang halal dan memberi kejayaan serta kebahagian hidup di dunia dan di akhirat kepada kita semua Amin.

Comments on Verse

Enter your email to receive a password reset link.

Terima Kasih

Mesej Anda telah berjaya di hantar

  1. WUIF memberikan ruang penyertaan kepada Sahabah AlQuran (SAQ) bersama menghadiri aktiviti-aktiviti di bawah anjuran WUIF.
  2. Kebenaran menyertai aktiviti WUIF adalah tertakluk kepada syarat bahawa SAQ tidak membawa agenda dan unsur-unsur yang menyentuh sensitviti masyarakat.
  3. WUIF tidak memberi jaminan bahawa sebarang penyertaaan SAQ bersamanya dalam apa-apa aktiviti akan mendapat sebarang liputan secara peribadi sama ada kepada individu mahupun kumpulan tertentu.
  4. WUIF akan berusaha memberi sokongan berupa bentuk placard, bookmark sama ada melalui softcopy ataupun bahan bercetak    sekiranya sesuai dan stok bahan-bahan publisiti tersedia semasa program-program yang dijalankan oleh pihak SAQ.
  5. WUIF mempunyai hak untuk berkongsi gambar-gambar SAQ yang menyertai aktiviti atau program bersama WUIF di mana-mana saluran media yang bersesuaian, yang WUIF mempunyai akses terhadapnya.
  6. Penyertaan wakil pihak WUIF dalam sebarang aktiviti SAQ (sekiranya berkaitan) adalah tertakluk kepada kesesuaian masa dan kelapangan wakil-wakil tersebut.
  7. Pihak WUIF mempunyai budibicara untuk berkongsi dengan mana-mana saluran media yang bersesuaian bahan-bahan serta perkongsian oleh SAQ di mana-mana saluran media.
  8. SAQ bersetuju akan menjalankan jalinan kerjasama dengan WUIF dengan membawa prinsip, visi dan misi yang berteraskan panduan al-Quran dan As-Sunnah.
  9. SAQ akan memberikan maklumbalas dan laporan kepada pihak WUIF      berdasarkan sebarang aktiviti dan/atau dapatan dari eksperimen sosial (jika berkaitan) yang dijalankan bertujuan membantumempertingkatkan kualiti penyampaian al-Quran kepada orang awam.
  10. SAQ akan sentiasa menjaga nama baik WUIF dalam setiap aktiviti yang dijalankan di samping berusaha mempamerkan nilai al-Quran di dalam setiap program dan/atau aktiviti yang dijalankan.
  11. SAQ bersedia menyelia dan bertanggungjawab terhadap setiap aktiviti yang dijalankan sama ada dengan atau tanpa kehadiran wakil daripada pihak WUIF.
  12. SAQ akan menjalankan aktivitinya tertakluk kepada kebenaran dan penambahbaikan yang akan dicadangkan oleh WUIF dari semasa ke semasa.
  13. SAQ tidak akan menggunakan bahan serta material yang dihasilkan oleh WUIF untuk sebarang tujuan komersil tanpa persetujuan dan/atau kelulusan pihak WUIF.
  14. SAQ hendaklah menghormati sebarang perjanjian dan/ atau persetujuan yang telah dijalinkan oleh WUIF dengan mana-mana pihak.
  15. SAQ bersedia untuk berbincang dan bekerjasama dengan WUIF pada bila-bila masa demi Misi MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah melalui berinteraksi dengan al-Quran Baca, Faham dan Amal.
  16. Selain daripada pautan sebagai rujukan dan panduan penganjuran program tahunan SAQ bersama WUIF, SAQ turut digalakkan untuk mendapatkan nasihat serta panduan sebelum menggunapakai nama-nama program yang dianjurkan oleh WUIF, supaya objektif perlaksanaan program oleh SAQ dapat dicapai secara optimum.
  17. Dalam keadaan di mana akad tersebut diingkari, pihak WUIF berhak meneruskan dengan tindakan-tindakan yang sewajarnya yang tidak terkecuali tindakan undang-undang bagi menghalang pengingkaran tersebut dari berterusan.
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x