VIDEO POLITENESS ANGKAT NILAI KESANTUNAN

Video pendek “Politeness” dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori Video Terbaik Pilihan Juri dan Pengarah Terbaik bagi Pertandingan Video Pendek Reboot Politeness sempena kempen Reboot Malaysia & Global Harmony, 23 Mac 2020.

Pemenangnya, Izzat Hamzah, 23, pelajar dalam jurusan Pendidikan Islam dari Universiti IslamAntarabangsa Malaysa (UIAM) Gombak bersama pasukannya, Ashraf Zulkifly, 22, Nabil Nukman, 22, Izzhakimi Ibrisam, 22, berjaya meraih RM1,000 dan RM500 bagi kedua-dua kategori.

Sementara itu, pemenang Video Paling Interaktif yang berjaya mencuri hati netizan adalah video pendek “Warkah Ibu” oleh pelajar UIAM Pagoh, Muhammad Firdaus Jamaludin, 20. Beliau bersama pasukannya terdiri daripada Nur Rosdiana Mohd Hanif, Muhammad Irfan Danial Romzi dan Khalish Diyana Mohamed menerima RM700 atas kemenangan tersebut.

Pengurus Perhubungan Strategik Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) merangkap Pengarah Projek, Nurhayati Nordin berkata, pertandingan video pendek anjuran WUIF dan UIAM Pagoh ini dilaksanakan bersama Seminar Reboot Politeness Towards Malaysia & Global Harmony di Hub Pendidikan Tinggi, Pagoh pada 23 November 2019.

Nurhayati

Kedua-dua inisiatif tersebut menuju ke arah World #QuranHour dan Malaysia #QuranHour tahun ini. Tema #QuranHour tahun ini membawa Surah Ar-Rahman dan Surah al-Kahf ayat 19 yang menunjukkan nilai kesantunan termasuk sifat lemah lembut, berbuat baik, belas kasihan dan berhemah.

“Pertandingan video tersebut mensasarkan golongan mahasiswa di institusi pengajian tinggi awam dan swasta bagi menghidupkan dan membangkitkan semula usaha mencapai keharmonian di dalam negara ini dan di peringkat global.

“Ia bertujuan mendapat maklumbalas dan kreativiti pelajar untuk menyampaikan mesej nilai-nilai kesantunan dengan berpandukan al-Quran melalui medium video. Nilai kesantunan yang telah ditonjolkan oleh peserta tersebut antaranya kepada ibu, orang kurang upaya dan masyarakat.

“Pihak WUIF percaya video tersebut boleh menjadi contoh kepada remaja dan orang ramai untuk mengembalikan kesantunan dalam diri, keluarga, masyarakat dan negara. Seterusnya, mereka  menjadi asest penting dalam pembangunan negara berbudi dan penyayang.”

 

 

Pemilihan video dinilai oleh juri yang terdiri daripada Ketua Penerbitan TV, Astro Ideaktif, Fadzliniza Zakaria, Pengarah Kreatif Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd, Nor Azam Syah Razmi, dan Ketua Unit Media Sosial Sinar Harian, Taufik Asmady Abdul Aziz pada 12 Februari lalu. Pihak penganjur turut memuatnaik video yang terpilih ke FB Quran Hour untuk dikongsikan di FB Quran Hour untuk diviralkan 19 Februari lalu.

Bagi Izzat, persoalan diri “adakah perbuatan aku memberi kesan kepada orang lain?” menjadi pencetus idea dalam menghasilkan video “Politeness”.

 

Izzat

“Kita hidup dalam keluarga, berjiran dan bermasyarakat perlu ada kesedaran diri untuk bersikap toleransi dan sopan santun. Jangan fikirkan diri sendiri kerana setiap perbuatan kita pasti memberi kesan dengan orang sekeliling.”

Sementara itu Muhammad Firdaus berkata video Warkah Ibu memberi mesej agar anak tidak melupakan ibu bapa walaupun di manapun berada.

 

Muhammad Firdaus

“Sebilangan golongan pelajar hanya menghubungi bapa mereka apabila memerlukan kewangan.  Kita hendaklah rajin bertanya khabar dan pulang untuk bertemu ibu bapa selagi mereka masih ada di dunia ini,” katanya.

Untuk menonton pilihan video peserta bagi Pertandingan Video Pendek Reboot Politeness, sila layari di https://www.facebook.com/WorldQuranHour/videos.

 

Terima Kasih

Mesej Anda telah berjaya di hantar

  1. WUIF memberikan ruang penyertaan kepada Sahabah AlQuran (SAQ) bersama menghadiri aktiviti-aktiviti di bawah anjuran WUIF.
  2. Kebenaran menyertai aktiviti WUIF adalah tertakluk kepada syarat bahawa SAQ tidak membawa agenda dan unsur-unsur yang menyentuh sensitviti masyarakat.
  3. WUIF tidak memberi jaminan bahawa sebarang penyertaaan SAQ bersamanya dalam apa-apa aktiviti akan mendapat sebarang liputan secara peribadi sama ada kepada individu mahupun kumpulan tertentu.
  4. WUIF akan berusaha memberi sokongan berupa bentuk placard, bookmark sama ada melalui softcopy ataupun bahan bercetak    sekiranya sesuai dan stok bahan-bahan publisiti tersedia semasa program-program yang dijalankan oleh pihak SAQ.
  5. WUIF mempunyai hak untuk berkongsi gambar-gambar SAQ yang menyertai aktiviti atau program bersama WUIF di mana-mana saluran media yang bersesuaian, yang WUIF mempunyai akses terhadapnya.
  6. Penyertaan wakil pihak WUIF dalam sebarang aktiviti SAQ (sekiranya berkaitan) adalah tertakluk kepada kesesuaian masa dan kelapangan wakil-wakil tersebut.
  7. Pihak WUIF mempunyai budibicara untuk berkongsi dengan mana-mana saluran media yang bersesuaian bahan-bahan serta perkongsian oleh SAQ di mana-mana saluran media.
  8. SAQ bersetuju akan menjalankan jalinan kerjasama dengan WUIF dengan membawa prinsip, visi dan misi yang berteraskan panduan al-Quran dan As-Sunnah.
  9. SAQ akan memberikan maklumbalas dan laporan kepada pihak WUIF      berdasarkan sebarang aktiviti dan/atau dapatan dari eksperimen sosial (jika berkaitan) yang dijalankan bertujuan membantumempertingkatkan kualiti penyampaian al-Quran kepada orang awam.
  10. SAQ akan sentiasa menjaga nama baik WUIF dalam setiap aktiviti yang dijalankan di samping berusaha mempamerkan nilai al-Quran di dalam setiap program dan/atau aktiviti yang dijalankan.
  11. SAQ bersedia menyelia dan bertanggungjawab terhadap setiap aktiviti yang dijalankan sama ada dengan atau tanpa kehadiran wakil daripada pihak WUIF.
  12. SAQ akan menjalankan aktivitinya tertakluk kepada kebenaran dan penambahbaikan yang akan dicadangkan oleh WUIF dari semasa ke semasa.
  13. SAQ tidak akan menggunakan bahan serta material yang dihasilkan oleh WUIF untuk sebarang tujuan komersil tanpa persetujuan dan/atau kelulusan pihak WUIF.
  14. SAQ hendaklah menghormati sebarang perjanjian dan/ atau persetujuan yang telah dijalinkan oleh WUIF dengan mana-mana pihak.
  15. SAQ bersedia untuk berbincang dan bekerjasama dengan WUIF pada bila-bila masa demi Misi MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah melalui berinteraksi dengan al-Quran Baca, Faham dan Amal.
  16. Selain daripada pautan sebagai rujukan dan panduan penganjuran program tahunan SAQ bersama WUIF, SAQ turut digalakkan untuk mendapatkan nasihat serta panduan sebelum menggunapakai nama-nama program yang dianjurkan oleh WUIF, supaya objektif perlaksanaan program oleh SAQ dapat dicapai secara optimum.
  17. Dalam keadaan di mana akad tersebut diingkari, pihak WUIF berhak meneruskan dengan tindakan-tindakan yang sewajarnya yang tidak terkecuali tindakan undang-undang bagi menghalang pengingkaran tersebut dari berterusan.