“TAK PERLU MENGADU KEPADA MANUSIA”

Penulis: NURUL AZWA ABU BAKAR 

“Al-Quran ada jawapan tiap persoalan, buka dan baca” –  Dr Nurhidayah

Tiap orang pastinya akan melalui saat-saat yang mereka akan diuji dengan pelbagai ujian hidup. Tidak kira dari segi peribadi, kerjaya dan sebagainya.

Perkongsian daripada Dr Nurhidayah Roslan ini pastinya sedikit sebanyak membuka mata kita betapa besarnya mukjizat al-Quran bagi mereka yang telah benar-benar memahaminya.

Dr Nurhidayah

“Walaupun berkelulusan di dalam bidang Kejuruteraan Genetik Dan Sains Biomolekul, saya memilih untuk menjalankan bisnes bersama suami. Sebenarnya dunia perniagaan sangat dekat dengan jiwa saya dan sejak zaman belajar lagi saya sudah mula meniaga.

“Apabila menjalankan bisnes sendiri, saya sangat cepat stres kerana saya seorang yang memiliki ekspektasi yang sangat tinggi dalam tiap apa yang saya lakukan. Apabila tak mampu capai, saya akan rasa ‘down’ dan tertekan,” ujar Dr Nurhidayah membuka bicara.

Kawan saran buka al-Quran

Jika dahulu, al-Quran sekadar dibaca saja. Akuinya, seorang rakannya pernah menyarankan supaya apa saja masalah yang dihadapi, bukalah al-Quran.

“Pada ketika itu saya tidak berapa nak faham sangat. Sehinggalah pada satu ketika, saya berada dalam satu situasi di persimpangan dilema. Saya rasa sangat sedih, down dan rasa tak ada manusia yang boleh bantu saya.

“Akhirnya saat itu, selepas saya mengadu pada ALLAH; saya buka al-Quran dan mata saya terpaku pada satu ayat yang lebih kurang maksudnya: “Bukan manusia yang buat pilihan tapi Allah yang rancang”.

“Bermakna, apa yang terjadi, kita tak boleh salahkan orang lain. Saya kena ikut saja apa yang ALLAH rancang dan tidak boleh salahkan orang lain. Akhirnya timbul rasa reda dan tenang dalam diri,” jelasnya.

Menurut Dr Nurhidayah lagi, ini juga menjadi titik tolak untuk dirinya dan membawa perubahan besar pada hidupnya secara keseluruhan.

 Sebelum kongsi di media sosial, buka al-Quran

Tambah Dr Nurhidayah, kadangkala bila diri jadi mangsa fitnah dan rasa sakit hati, pasti tercetus rasa hendak berkongsi di media sosial untuk memalukan orang itu.

“Bila saya faham al-Quran, saya sudah tiada perasaan itu. Sebelum buka media sosial, mengadulah dulu pada ALLAH dan buka al-Quran. Pasti akan hadir rasa tenang dan reda. Kita juga akan ada perasaan takkan salahkan orang lain atas apa juga yang berlaku.

Keluarga bahagia bersama al-Quran.

“Dahulu, saya seorang yang cepat stres dan panas baran. Sikap ini jugas sebenarnya memberi kesan terhadap hubungan saya dengan suami dan anak-anak. Asyik panas dan tegang saja bila mereka tak dapat buat seperti yang saya inginkan.

“Bila saya rasakan segalanya ALLAH yang rancang, saya lebih tenang untuk terima kekurangan orang lain dan tak salahkan orang lain. Akhirnya, Subhanallah, banyak perkara baik berlaku. Jika di musim PKP ini, ramai yang terkesan terutama yang menjalankan bisnes.

“Namun Alhamdulillah, ALLAH takdirkan banyak peluang di luar kebiasaan untuk diri saya. Rezeki datang daripada pelbagai arah dan tanpa diduga. Syukur, alhamdulillah,” kongsinya penuh kesyukuran.

Didik anak

Hubungan dengan anak-anak juga semakin baik malah anak sulungnya pernah mengatakan yang kini dirinya sudah jauh berubah.Tiada lagi panas baran dan marah-marah.

“Bila anak suarakan tentang perubahan diri saya, maka saya terangkan puncanya bagaimana saya lebih tenang iaitu al-Quran. Saya ajar anak-anak yang berusia 11, 9 dan 7 tahun untuk sayang dan hormat al-Quran. Mereka akan mengaji setiap hari dan membaca tafsir al-Quran. Saya ingin jiwa mereka penuh dengan al-Quran.

Suami Dr Nurhidayah mendidik anak bersahabat dengan al-Quran.

“Al- Quran adalah satu budaya hidup. Bukan bulan Ramadan saja kita  membaca al-Quran. Ia perlu dijadikan sebagai panduan hidup. Kalau rasa sedih, nak jawapan dan panduan, bukalah al-Quran sebab al-Quran adalah mukjizat nabi untuk kita. Ia relevan sepanjang zaman. Apa lagi kita nak pertikaikan?

“Kalau kita anggap al-Quran sebagai sebuah kitab yang kita baca saja, maka setakat itu sajalah. Sebaliknya kalau kita faham al-Quran sebagai panduan, impaknya cukup luar biasa bagi kita. Akan ada ada jawapan untuk tiap persoalan dalam hidup. Bila buka al-Quran pasti ada jawapan yang ALLAH bagi,” tegas beliau.

Akan ikut serta World #QuranHour

Dr Nurhidayah berkata, besar hikmah tersirat bila mengadakan World Quran Hour pada tempoh PKP ini.

“Semua orang sedang duduk di rumah bersama keluarga, jadi lebih memudahkan untuk turut serta dengan program ini. Pasti lebih bermakna andai dapat membaca al-Quran bersama keluarga.

“Insya-ALLAH, saya sekeluarga akan turut serta dalam program World Quran Hour tanggal 13 Mei ini. Pada masa yang sama, marilah kita sebarkan kasih sayang pada seluruh umat Islam. Sayang tanpa syarat, sayang tanpa batasan. Itulah akhlak Rasulullah SAW,”akhiri Dr Nurhidayah menutup bicara.

World Quran Hour akan diadakan pada 13 Mei ini bermula jam 12 tengah hari. Ayuh semua! Kita gemakan alunan Al-Quran ke seluruh dunia.

Terima Kasih

Mesej Anda telah berjaya di hantar

  1. WUIF memberikan ruang penyertaan kepada Sahabah AlQuran (SAQ) bersama menghadiri aktiviti-aktiviti di bawah anjuran WUIF.
  2. Kebenaran menyertai aktiviti WUIF adalah tertakluk kepada syarat bahawa SAQ tidak membawa agenda dan unsur-unsur yang menyentuh sensitviti masyarakat.
  3. WUIF tidak memberi jaminan bahawa sebarang penyertaaan SAQ bersamanya dalam apa-apa aktiviti akan mendapat sebarang liputan secara peribadi sama ada kepada individu mahupun kumpulan tertentu.
  4. WUIF akan berusaha memberi sokongan berupa bentuk placard, bookmark sama ada melalui softcopy ataupun bahan bercetak    sekiranya sesuai dan stok bahan-bahan publisiti tersedia semasa program-program yang dijalankan oleh pihak SAQ.
  5. WUIF mempunyai hak untuk berkongsi gambar-gambar SAQ yang menyertai aktiviti atau program bersama WUIF di mana-mana saluran media yang bersesuaian, yang WUIF mempunyai akses terhadapnya.
  6. Penyertaan wakil pihak WUIF dalam sebarang aktiviti SAQ (sekiranya berkaitan) adalah tertakluk kepada kesesuaian masa dan kelapangan wakil-wakil tersebut.
  7. Pihak WUIF mempunyai budibicara untuk berkongsi dengan mana-mana saluran media yang bersesuaian bahan-bahan serta perkongsian oleh SAQ di mana-mana saluran media.
  8. SAQ bersetuju akan menjalankan jalinan kerjasama dengan WUIF dengan membawa prinsip, visi dan misi yang berteraskan panduan al-Quran dan As-Sunnah.
  9. SAQ akan memberikan maklumbalas dan laporan kepada pihak WUIF      berdasarkan sebarang aktiviti dan/atau dapatan dari eksperimen sosial (jika berkaitan) yang dijalankan bertujuan membantumempertingkatkan kualiti penyampaian al-Quran kepada orang awam.
  10. SAQ akan sentiasa menjaga nama baik WUIF dalam setiap aktiviti yang dijalankan di samping berusaha mempamerkan nilai al-Quran di dalam setiap program dan/atau aktiviti yang dijalankan.
  11. SAQ bersedia menyelia dan bertanggungjawab terhadap setiap aktiviti yang dijalankan sama ada dengan atau tanpa kehadiran wakil daripada pihak WUIF.
  12. SAQ akan menjalankan aktivitinya tertakluk kepada kebenaran dan penambahbaikan yang akan dicadangkan oleh WUIF dari semasa ke semasa.
  13. SAQ tidak akan menggunakan bahan serta material yang dihasilkan oleh WUIF untuk sebarang tujuan komersil tanpa persetujuan dan/atau kelulusan pihak WUIF.
  14. SAQ hendaklah menghormati sebarang perjanjian dan/ atau persetujuan yang telah dijalinkan oleh WUIF dengan mana-mana pihak.
  15. SAQ bersedia untuk berbincang dan bekerjasama dengan WUIF pada bila-bila masa demi Misi MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah melalui berinteraksi dengan al-Quran Baca, Faham dan Amal.
  16. Selain daripada pautan sebagai rujukan dan panduan penganjuran program tahunan SAQ bersama WUIF, SAQ turut digalakkan untuk mendapatkan nasihat serta panduan sebelum menggunapakai nama-nama program yang dianjurkan oleh WUIF, supaya objektif perlaksanaan program oleh SAQ dapat dicapai secara optimum.
  17. Dalam keadaan di mana akad tersebut diingkari, pihak WUIF berhak meneruskan dengan tindakan-tindakan yang sewajarnya yang tidak terkecuali tindakan undang-undang bagi menghalang pengingkaran tersebut dari berterusan.