Rumah Ngaji Perak alun al-Insan untuk Gaza

IPOH – Alunan bacaan Surah Al-Insan oleh seorang warga Gaza, Mohamad Wael Alzard, 22, bergema di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz di sini sempena program #QuranHour For Gaza anjuran Rumah Ngaji Negeri Perak pada Sabtu.

Penganjuran program yang disertai kira-kira 400 peserta Rumah Ngaji Negeri Perak di tengah-tengah pusat rekreasi nyata mencuri tumpuan ketika orang ramai sedang bersenam dan beriadah seawal jam 8 pagi.

Sebahagian peserta berarak sambil berselawat sempena program #QuranHour For Gaza anjuran Rumah Ngaji Negeri Perak di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz di sini pada Sabtu.

Program dimulai dengan perarakan ahli Rumah Ngaji mengelilingi di taman rekreasi berkenaan bersama alunan selawat beserta sorakan bebaskan Palestin diikuti bacaan doa, deklamasi sajak, bacaan dan tadabbur Surah Al-Insan oleh Pensyarah Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Dr Mohd Syafiq Sahimi.

Mohd Shafiq menyampaikan tadabbur Surah Al-Insan sempena program #QuranHour For Gaza anjuran Rumah Ngaji Negeri Perak di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz di sini pada Sabtu.

Penasihat Rumah Ngaji Perak, Datuk Normah Hanum Ibrahim yang ditemui menjelaskan, program berkenaan dilaksanakan sebagai usaha pihaknya memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang perjuangan membebaskan Palestin.

Menurutnya, selain itu juga, penerapan nilai-nilai di dalam al-Quran turut disertakan melalui pembacaan dan penghayatan Surah Al-Insan kepada semua yang hadir pada program tersebut.

Normah Hanum menyampaikan ucapan sempena program #QuranHour For Gaza anjuran Rumah Ngaji Negeri Perak di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz di sini pada Sabtu.

“Tujuan Rumah Ngaji Perak anjurkan program ini nak beri satu kelainan bahawa kita mengharapkan masyarakat sedar terutama yang hadir dan ahli Rumah Ngaji untuk menunjukkan solidariti kepada rakyat Palestin.

“Walaupun kami kumpulan yang kecil, sekurang-kurangnya orang tahu apa yang kami lakukan. Program ini tidak akan terhenti di sini dan kita akan terus meniup semangat ahli-ahli Rumah Ngaji untuk bersama-sama dalam perjuangan ini,” katanya kepada Sinar Harian selepas program berkenaan.

Mohamad ketika mengalunkan bacaan Surah Al-Insan sempena program #QuranHour For Gaza anjuran Rumah Ngaji Negeri Perak di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz di sini pada Sabtu.

Normah Hanum berkata, pihaknya mengharapkan semua penggerak Rumah Ngaji di negeri ini terus melaksanakan program #QuranHour For Gaza di tempat masing-masing agar semangat untuk membela Palestin tidak terhenti.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Rumah Ngaji Perak, Robaatun Hadayiah Harun berkata, penganjuran program itu dilaksanakan susulan #QuranHour For Gaza yang diadakan di Kompleks Kumpulan Karangkraf di Shah Alam pada 22 Oktober lalu.

Katanya, Rumah Ngaji Perak memilih Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz sebagai lokasi utama bertujuan membolehkan lebih ramai masyarakat menyertai program berkenaan.

Pada majlis sama turut diadakan kutipan sumbangan untuk Palestin yang bukan sekadar wang ringgit tetapi ada dalam kalangan ahli Rumah Ngaji menyerahkan barang kemas sebagai usaha membantu masyarakat di negara tersebut.

kredit: Saifullah Ahmad

 

 

 

 

Comments on Verse

Enter your email to receive a password reset link.

Terima Kasih

Mesej Anda telah berjaya di hantar

  1. WUIF memberikan ruang penyertaan kepada Sahabah AlQuran (SAQ) bersama menghadiri aktiviti-aktiviti di bawah anjuran WUIF.
  2. Kebenaran menyertai aktiviti WUIF adalah tertakluk kepada syarat bahawa SAQ tidak membawa agenda dan unsur-unsur yang menyentuh sensitviti masyarakat.
  3. WUIF tidak memberi jaminan bahawa sebarang penyertaaan SAQ bersamanya dalam apa-apa aktiviti akan mendapat sebarang liputan secara peribadi sama ada kepada individu mahupun kumpulan tertentu.
  4. WUIF akan berusaha memberi sokongan berupa bentuk placard, bookmark sama ada melalui softcopy ataupun bahan bercetak    sekiranya sesuai dan stok bahan-bahan publisiti tersedia semasa program-program yang dijalankan oleh pihak SAQ.
  5. WUIF mempunyai hak untuk berkongsi gambar-gambar SAQ yang menyertai aktiviti atau program bersama WUIF di mana-mana saluran media yang bersesuaian, yang WUIF mempunyai akses terhadapnya.
  6. Penyertaan wakil pihak WUIF dalam sebarang aktiviti SAQ (sekiranya berkaitan) adalah tertakluk kepada kesesuaian masa dan kelapangan wakil-wakil tersebut.
  7. Pihak WUIF mempunyai budibicara untuk berkongsi dengan mana-mana saluran media yang bersesuaian bahan-bahan serta perkongsian oleh SAQ di mana-mana saluran media.
  8. SAQ bersetuju akan menjalankan jalinan kerjasama dengan WUIF dengan membawa prinsip, visi dan misi yang berteraskan panduan al-Quran dan As-Sunnah.
  9. SAQ akan memberikan maklumbalas dan laporan kepada pihak WUIF      berdasarkan sebarang aktiviti dan/atau dapatan dari eksperimen sosial (jika berkaitan) yang dijalankan bertujuan membantumempertingkatkan kualiti penyampaian al-Quran kepada orang awam.
  10. SAQ akan sentiasa menjaga nama baik WUIF dalam setiap aktiviti yang dijalankan di samping berusaha mempamerkan nilai al-Quran di dalam setiap program dan/atau aktiviti yang dijalankan.
  11. SAQ bersedia menyelia dan bertanggungjawab terhadap setiap aktiviti yang dijalankan sama ada dengan atau tanpa kehadiran wakil daripada pihak WUIF.
  12. SAQ akan menjalankan aktivitinya tertakluk kepada kebenaran dan penambahbaikan yang akan dicadangkan oleh WUIF dari semasa ke semasa.
  13. SAQ tidak akan menggunakan bahan serta material yang dihasilkan oleh WUIF untuk sebarang tujuan komersil tanpa persetujuan dan/atau kelulusan pihak WUIF.
  14. SAQ hendaklah menghormati sebarang perjanjian dan/ atau persetujuan yang telah dijalinkan oleh WUIF dengan mana-mana pihak.
  15. SAQ bersedia untuk berbincang dan bekerjasama dengan WUIF pada bila-bila masa demi Misi MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah melalui berinteraksi dengan al-Quran Baca, Faham dan Amal.
  16. Selain daripada pautan sebagai rujukan dan panduan penganjuran program tahunan SAQ bersama WUIF, SAQ turut digalakkan untuk mendapatkan nasihat serta panduan sebelum menggunapakai nama-nama program yang dianjurkan oleh WUIF, supaya objektif perlaksanaan program oleh SAQ dapat dicapai secara optimum.
  17. Dalam keadaan di mana akad tersebut diingkari, pihak WUIF berhak meneruskan dengan tindakan-tindakan yang sewajarnya yang tidak terkecuali tindakan undang-undang bagi menghalang pengingkaran tersebut dari berterusan.
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x