PENGUKUHAN TAJWID JADI TERAPI WANITA DALAM HADAPI CABARAN KEHIDUPAN

Oleh: FIFFY NUR ADILA BINTI MOHAMED FEROZ

Al-Quran adalah kitab panduan buat seluruh umat manusia yang mengandungi pelbagai solusi terhadap permasalahan hidup. Kalam ALLAH juga menjadi penyembuh kepada penyakit hati dan tekanan yang dihadapi oleh masyarakat.

TickTalk TV mengambil inisiatif untuk mewujudkan platform untuk wanita berinteraksi dengan al-Quran melalui program Terapi al-Quran bermula 25 Julai 2021. Program tersebut mensasarkan golongan Hawa yang tekanan dan kemurungan ketika menghadapi pelbagai ujian dan cabaran hidup.

Pengisian Terapi Al-Quran adalah memfokuskan segmen Tarbiah Tajwid, Tasbih & Istighfar serta menelusuri kisah tokoh wanita Islam yang telah dijanjikan syurga oleh ALLAH SWT.

Tanggal 8 Ogos 2021, TickTalk TV dengan kerjasama Unit Kaunseling, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mengadakan program Terapi al-Quran dengan membawa perbincangan kepada “Tajwid as the Therapy of the the Heart & The Amazing Khadijah binti Khuwailid” dengan menampilkan Ketua Pegawai Latihan Brainjeem merangkap Pembimbing Program Terapi al-quran, Ustazah Nurliyana Baudin .

Program ini diadakan bersempena dengan “IIUM Grand Mental Health Month Programme 2021” sebagai usaha dalam mewujudkan sistem sokongan yang baik dan bermanfaat bagi menangani masalah kesihatan mental.

Sesi yang dijalankan selama sejam ini bermula pada 8.30 malam, menggunakan platform Facebook CCSC IIUM dan TickTalk TV sebagai medium utama.

Ketua Pegawai Latihan Brainjeem, Ustazah Nurliyana Baudin yang berkongsi ilmu berkata, signifikasi pengukuhan tajwid mampu menjadi terapi kepada jiwa wanita. Dengan penguasaan tajwid, ia dapat mengaktifkan kepekaan otak kanan dan kiri, sekaligus mempercepatkan pemprosesan maklumat.

“Kepekaan yang lahir daripada otak dapat membantu manusia mempersiapkan diri dengan apa yang bakal dihadapi dalam kehidupan seharian.  Perkara ini sedikit sebanyak akan menjadi terapi kepada wanita agar lebih bersedia dalam menghadapi cabaran kehidupan,” tambahnya.

Beliau turut berkongsi kisah Khadijah binti Khuwailid, isteri kepada Rasulullah SAW yang menjadi inspirasi wanita di luar sana dengan sikapnya yang sangat cekal dan tabah dalam menghadapi segala ujian dan dugaan daripada ALLAH SWT.

“Khadijah RA mencapai tahap kepuasan dan kejayaan tertinggi setelah memeluk Islam melalui solat dan sabar. Ini membuktikan kedua-dua aspek ini sangat penting untuk mendorong wanita ke arah lebih baik dan mampu menghadapi liku-liku kehidupan dengan tenang.”

Impak terhadap program ini dapat dilihat melalui maklum balas yang sangat positif hasil perkongsian daripada Ustazah Nurliyana Baudin, sehingga ada kalangan peserta yang ingin mengikuti kelas tajwid yang telah dikendalikan oleh Ustazah Nurliyana secara peribadi.

 

 

 

Terima Kasih

Mesej Anda telah berjaya di hantar

  1. WUIF memberikan ruang penyertaan kepada Sahabah AlQuran (SAQ) bersama menghadiri aktiviti-aktiviti di bawah anjuran WUIF.
  2. Kebenaran menyertai aktiviti WUIF adalah tertakluk kepada syarat bahawa SAQ tidak membawa agenda dan unsur-unsur yang menyentuh sensitviti masyarakat.
  3. WUIF tidak memberi jaminan bahawa sebarang penyertaaan SAQ bersamanya dalam apa-apa aktiviti akan mendapat sebarang liputan secara peribadi sama ada kepada individu mahupun kumpulan tertentu.
  4. WUIF akan berusaha memberi sokongan berupa bentuk placard, bookmark sama ada melalui softcopy ataupun bahan bercetak    sekiranya sesuai dan stok bahan-bahan publisiti tersedia semasa program-program yang dijalankan oleh pihak SAQ.
  5. WUIF mempunyai hak untuk berkongsi gambar-gambar SAQ yang menyertai aktiviti atau program bersama WUIF di mana-mana saluran media yang bersesuaian, yang WUIF mempunyai akses terhadapnya.
  6. Penyertaan wakil pihak WUIF dalam sebarang aktiviti SAQ (sekiranya berkaitan) adalah tertakluk kepada kesesuaian masa dan kelapangan wakil-wakil tersebut.
  7. Pihak WUIF mempunyai budibicara untuk berkongsi dengan mana-mana saluran media yang bersesuaian bahan-bahan serta perkongsian oleh SAQ di mana-mana saluran media.
  8. SAQ bersetuju akan menjalankan jalinan kerjasama dengan WUIF dengan membawa prinsip, visi dan misi yang berteraskan panduan al-Quran dan As-Sunnah.
  9. SAQ akan memberikan maklumbalas dan laporan kepada pihak WUIF      berdasarkan sebarang aktiviti dan/atau dapatan dari eksperimen sosial (jika berkaitan) yang dijalankan bertujuan membantumempertingkatkan kualiti penyampaian al-Quran kepada orang awam.
  10. SAQ akan sentiasa menjaga nama baik WUIF dalam setiap aktiviti yang dijalankan di samping berusaha mempamerkan nilai al-Quran di dalam setiap program dan/atau aktiviti yang dijalankan.
  11. SAQ bersedia menyelia dan bertanggungjawab terhadap setiap aktiviti yang dijalankan sama ada dengan atau tanpa kehadiran wakil daripada pihak WUIF.
  12. SAQ akan menjalankan aktivitinya tertakluk kepada kebenaran dan penambahbaikan yang akan dicadangkan oleh WUIF dari semasa ke semasa.
  13. SAQ tidak akan menggunakan bahan serta material yang dihasilkan oleh WUIF untuk sebarang tujuan komersil tanpa persetujuan dan/atau kelulusan pihak WUIF.
  14. SAQ hendaklah menghormati sebarang perjanjian dan/ atau persetujuan yang telah dijalinkan oleh WUIF dengan mana-mana pihak.
  15. SAQ bersedia untuk berbincang dan bekerjasama dengan WUIF pada bila-bila masa demi Misi MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah melalui berinteraksi dengan al-Quran Baca, Faham dan Amal.
  16. Selain daripada pautan sebagai rujukan dan panduan penganjuran program tahunan SAQ bersama WUIF, SAQ turut digalakkan untuk mendapatkan nasihat serta panduan sebelum menggunapakai nama-nama program yang dianjurkan oleh WUIF, supaya objektif perlaksanaan program oleh SAQ dapat dicapai secara optimum.
  17. Dalam keadaan di mana akad tersebut diingkari, pihak WUIF berhak meneruskan dengan tindakan-tindakan yang sewajarnya yang tidak terkecuali tindakan undang-undang bagi menghalang pengingkaran tersebut dari berterusan.