SFC 22, 23 & 24: PENGALAMAN SUSAH AJAR DIRI UNTUK BANTU ORANG LAIN

Oleh: AMIRAH AUNI BINTI ALIMAR SHIDI

Ibu kepada lapan anak menjadi buntu apabila suami diberhentikan kerja dan mengakibatkan hilang sumber pendapatan. Siti Fatimah Bawa Maidin dari Seremban berkongsi kisah cabaran hidup kesan pandemik Covid-19 dalam program Soul Fitness Clinic Episod  9.

“Dalam tempoh tiga bulan, kami dalam keluarga besar sudah rasa terbeban dengan masalah kewangan. Ini termasuk sewa rumah, bil air dan elektrik tertunggak. Kami hidup ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

“Saya bersyukur kerana keluarga dan sahabat handai sudi menghulurkan bantuan. ALLAH Ar-Razzaq mencukupi rezeki hamba-Nya. Inilah menguatkan hati saya sekeluarga dengan menjaga hubungan ALLAH termasuk solat sunat dan zikir.”

Rezeki tidak salah alamat. Siti Fatimah mendapat pekerjaan yang boleh menampung kehidupan keluarga. Bagi beliau, pengalaman hidup dalam kesusahan menyedarkannya bahawa dalam rezeki kita, pasti terselit juga rezeki orang lain.

Orang ramai yang ingin membantu Siti Fatiman, boleh menyumbang terus ke akaun Maybank  155171155209.

 

PERLUKAN MODAL UNTUK MULA BERNIAGA

Ibu tunggal kepada seorang anak, bercerai muda ketika usianya 23 tahun. Tanpa pekerjaan dan sokongan orang terdekat, beliau rasa amat mencabar dari segi mental dan fizikal termasuk membesarkan anak yang berusia 8 tahun.

Orang yang dimaksudkan ialah Nor Atiqah Mohd Amir dari Kota Tinggi, Johor merupakan pemanggil Soul Fitness Clinic Episod 19.

Beliau kehilangan pekerjaan semenjak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ini menyebabkan bayaran sewa rumah tertunggak dan terpaksa memohon bantuan kewangan daripada keluarga terdekatnya.

<a href='https://www.freepik.com/photos/cleaning'>Cleaning photo created by master1305 - www.freepik.com</a>
Ambil upah kemas rumah orang untuk cari pendapatan. – Gambar hiasan. Sumber : Freepik

“Saya pernah mencari kerja di kedai makan dan mengambil upah mengemas rumah untuk mencari pendapatan.  Selain itu, saya berniaga kek batik. Namun disebabkan perniagaan secara dalam talian tiada sambutan,  saya terpaksa menjualnya secara offline sahaja.

“Sebanyak RM2,000 diperlukan untuk saya bagi modal berniaga, bayaran sewa rumah yang tertunggak, serta kelangsungan hidup bersama anak.”

Orang ramai boleh salurkan bantuan kepada Nor Atiqah ke akaun Public Bank 6485458021

 

ISLAM BERI KEKUATAN UNTUK HARUNGI UJIAN HIDUP

Nikmat beragama Islam menjadikan Herlin Hussen lebih kuat semangat dalam melalui mehnah dan tribulasi kehidupan hari ini. Beliau yang memilih Islam sejak tiga tahun lalu berasal dari Sabah merantau ke Kuala Lumpur untuk mencari rezeki.

Beliau bersama suami berniaga pakaian di pasar malam Cheras sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kini pendapatan mereka terjejas apabila perniagaan tersebut tidak beroperasi sepanjam musim PKP.

Pemanggil Soul Fitness Clinic sebagai suri rumah ini bergantung harap kepada suaminya yang kemudian bekerja sebagai pemandu Grab. Namun suaminya terpaksa membayar sewa kereta sebanyak RM50 setiap hari, selain menanggung bebanan hutang rumah sewa yang tertunggak berbulan-bulan.

“Saya dan suami berhasrat untuk berniaga makanan secara dalam talian sebagai inisiatif untuk keluar daripada kemelut kesusahan ini. Namun kami perlukan modal untuk memulakan perniagaan.”

Antara amalan yang menjadi penguat mereka ketika kesusahan adalah menjaga solat dan membaca Surah Yassin pada setiap malam Jumaat.

Orang ramai yang ingin membantu meringankan beban Herlin, boleh salurkan sumbangan ke Bank Simpanan Nasional 1211829000353441.

 

 

 

 

 

Terima Kasih

Mesej Anda telah berjaya di hantar

  1. WUIF memberikan ruang penyertaan kepada Sahabah AlQuran (SAQ) bersama menghadiri aktiviti-aktiviti di bawah anjuran WUIF.
  2. Kebenaran menyertai aktiviti WUIF adalah tertakluk kepada syarat bahawa SAQ tidak membawa agenda dan unsur-unsur yang menyentuh sensitviti masyarakat.
  3. WUIF tidak memberi jaminan bahawa sebarang penyertaaan SAQ bersamanya dalam apa-apa aktiviti akan mendapat sebarang liputan secara peribadi sama ada kepada individu mahupun kumpulan tertentu.
  4. WUIF akan berusaha memberi sokongan berupa bentuk placard, bookmark sama ada melalui softcopy ataupun bahan bercetak    sekiranya sesuai dan stok bahan-bahan publisiti tersedia semasa program-program yang dijalankan oleh pihak SAQ.
  5. WUIF mempunyai hak untuk berkongsi gambar-gambar SAQ yang menyertai aktiviti atau program bersama WUIF di mana-mana saluran media yang bersesuaian, yang WUIF mempunyai akses terhadapnya.
  6. Penyertaan wakil pihak WUIF dalam sebarang aktiviti SAQ (sekiranya berkaitan) adalah tertakluk kepada kesesuaian masa dan kelapangan wakil-wakil tersebut.
  7. Pihak WUIF mempunyai budibicara untuk berkongsi dengan mana-mana saluran media yang bersesuaian bahan-bahan serta perkongsian oleh SAQ di mana-mana saluran media.
  8. SAQ bersetuju akan menjalankan jalinan kerjasama dengan WUIF dengan membawa prinsip, visi dan misi yang berteraskan panduan al-Quran dan As-Sunnah.
  9. SAQ akan memberikan maklumbalas dan laporan kepada pihak WUIF      berdasarkan sebarang aktiviti dan/atau dapatan dari eksperimen sosial (jika berkaitan) yang dijalankan bertujuan membantumempertingkatkan kualiti penyampaian al-Quran kepada orang awam.
  10. SAQ akan sentiasa menjaga nama baik WUIF dalam setiap aktiviti yang dijalankan di samping berusaha mempamerkan nilai al-Quran di dalam setiap program dan/atau aktiviti yang dijalankan.
  11. SAQ bersedia menyelia dan bertanggungjawab terhadap setiap aktiviti yang dijalankan sama ada dengan atau tanpa kehadiran wakil daripada pihak WUIF.
  12. SAQ akan menjalankan aktivitinya tertakluk kepada kebenaran dan penambahbaikan yang akan dicadangkan oleh WUIF dari semasa ke semasa.
  13. SAQ tidak akan menggunakan bahan serta material yang dihasilkan oleh WUIF untuk sebarang tujuan komersil tanpa persetujuan dan/atau kelulusan pihak WUIF.
  14. SAQ hendaklah menghormati sebarang perjanjian dan/ atau persetujuan yang telah dijalinkan oleh WUIF dengan mana-mana pihak.
  15. SAQ bersedia untuk berbincang dan bekerjasama dengan WUIF pada bila-bila masa demi Misi MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah melalui berinteraksi dengan al-Quran Baca, Faham dan Amal.
  16. Selain daripada pautan sebagai rujukan dan panduan penganjuran program tahunan SAQ bersama WUIF, SAQ turut digalakkan untuk mendapatkan nasihat serta panduan sebelum menggunapakai nama-nama program yang dianjurkan oleh WUIF, supaya objektif perlaksanaan program oleh SAQ dapat dicapai secara optimum.
  17. Dalam keadaan di mana akad tersebut diingkari, pihak WUIF berhak meneruskan dengan tindakan-tindakan yang sewajarnya yang tidak terkecuali tindakan undang-undang bagi menghalang pengingkaran tersebut dari berterusan.