LOCKDOWN HIDUPKAN MIHRAB DI RUMAH SIRI 1: TASBIH, MEMBINA KARAKTER HAMBA

Program Lockdown Hidupkan Mihrab di Rumah mengajak orang ramai untuk sebarkan kebaikan, rawat diri dan negara, hentikan keburukan dengan bertasbih dan beristighfar. Mihrab merupakan tempat istimewa bagi imam di masjid. Ia juga boleh diwujudkan di rumah atau di mana-mana sebagai tempat tumpuan ibadah.

Sepanjang tempoh tersebut, pentadabbur akan mengupas pengisian ayat terpilih daripada surah musabbihat. Terdapat tujuh surah yang dimulakan dengan tasbih  iaitu Surah Al-Isra’, Surah Al-Hadid, Surah Al-Hasyr, Surah Al-Saff, Surah Al-Jumuah, Surah Al-Taghabun dan Surah Al-A’la.

Program yang bersiaran di platform digital YouTube dan Facebook TickTalk, Quran Hour dan Sinar Harian ini dibarakan oleh team TickTalk bersama Lockdown Buddies di bawah Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, sempena Penguatkuasaan Perintah Berkurung  (PKP) 3.0 bermula 1 Jun hingga 14 Jun 2021 pada jam 8 malam hingga 9.30 malam.

Pada siri sulung Lockdown Hidupkan Mihrab di Rumah bertajuk “Tasbih, Membina Karakter Hamba” dimulakan dengan bimbingan bacaan Surah Al-Isra’ ayat 1 hingga 4, oleh Hos TickTalk TV, Halim Zainuddin. Ia diikuti dengan sesi ulasan sinopsis oleh Pentadabbur / Jurulatih Akademi Sinergi Ikhlas Sdn Bhd, Ustaz Muhammad Faiz Abdul Karim. Sesi pertama direhatkan seketika untuk memberi laluan solat Isyak. Kemudian pengisian tadabbur kedua diteruskan oleh Ketua Pegawai Penyelidik WUIF, Fazrul Ismail.

Ustaz Muhammad Faiz dalam perkongsiannya berkata: “Surah Al-Isra’ termasuk dalam tujuh surah musabbihat, iaitu surah yang bermula dengan tasbih. Dalam Surah Al-Isra’, ALLAH SWT memulakan dengan perkataan Subhana yang bermaksud Maha Suci.

Tiga perkataan yang difokuskan dalam ayat 1 iaitu Subhana (tasbih), abdihi (hamba-Nya) dan masjid. ALLAH memulakan perkataan tasbih dan ini menunjukkan karakter yang ada pada hamba-Nya yang bertasbih atau memuji ALLAH SWT. Kemudian, ALLAH menyatakan perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa.

Ketika malam Israk dan Mikraj, Nabi Muhammad SAW bergerak dari rumah Ummu Hani, berdekatan dengan Masjidil Aqsa. ALLAH SWT menyatakan hamba-Nya bergerak dari masjid ke masjid yang lain. ALLAH menyebut masjid kerana ia adalah tempat membina kekuatan.

Oleh sebab itu, kita perlu beri perhatian terhadap masjid. Tetapi sekarang semua masjid ditutup. Kita pula berada dalam keadaan yang lemah, tengah berkurung, dalaman emosi lemah, ada yang rasa stres.

Masjid pula ditutup sedangkan ia menjadi sumber kekuatan seorang hamba. Apa yang perlu kita lakukan adalah menghidupkan ‘masjid’ atau mihrab di rumah untuk mengumpulkan kekuatan dalaman dalam menghadapi situasi hari ini. Ia memerlukan kekuatan dari mihrab yang dihidupkan bersama keluarga. Inilah tempat atau sumber kekuatan karakter yang ALLAH sebut sebagai hamba-Nya.

Sebagai hamba ALLAH, dua karakter yang kita perlu diberi perhatian iaitu tasbih dan hidupkan mihrab di rumah. Maksudnya kita buat satu tempat khusus untuk bersolat bersama keluarga.

Mungkin ada orang kata rumahnya kecil sekakang kera. Mihrab tidak semestinya di sudut khusus. Ia mungkin boleh dibuat di mana-mana ruang yang besar seperti ruang tamu yang boleh disiapkan untuk dijadikan mihrab.

Kini seluruh keluarga ada di rumah tetapi sibuk urusan masing-masing. Anak di buat PdPDR, isteri buat kerja rumah manakala si suami bekerja dari rumah. Tetapi apabila azan berkumandang, masing-masing berkumpul di mihrab untuk beribadah.

Dalam tempoh 14 hari ini, kita bina kekuatan dalam keluarga. Dalam al-Quran, ALLAH mengajar bahawa sumber kekuatan dari masjid. Namun ia tidak semesti di masjid. Kita boleh dapat kekuatan dari rumah. Oleh itu, kita perlu hidupkan mihrab di rumah, sebagai tempat keluarga bersolat jemaah dan bersama membina kekuatan ketika lockdown di rumah.

Untuk menjadi hamba ALLAH, kita perlu sentiasa bertasbih dengan memuji dan mengingati ALLAH dalam apa jua keadaan kita. Ayat 2 dalam Surah Al- Isra’, ALLAH mengurniakan Kitab Taurat sebagai petunjuk kepada Nabi Musa AS untuk kaum Bani Israel agar mentauhidkan ALLAH.

ALLAH menurunkan al-Quran sebagai petunjuk dan hidayah kepada umat Nabi Muhammad SAW. Ketika lockdown, al-Quran menjadi petunjuk apa yang patut kita lakukan dan perlukan ALLAH sebagai Pelindung kita. Jangan bimbang, seberat manapun situasi yang dihadapi, kita ada ALLAH. Carilah sumber kekuatan melalui mihrab di rumah dengan sentiasa bertasbih dan mohon perlindungan dengan ALLAH SWT” katanya.

Pada sesi kedua, Tuan Fazrul Ismail dalam perkongsiannya mengenai bagaimana menghidupkan mihrab dalam membina karakter sebagai hamba:

“Ramai orang menjangkakan tahun 2020, negara lebih maju. Namun ALLAH memberi modul kepada kita apabila diuji dengan pandemik Covid-19 sejak Mac tahun tersebut.

Bermula 1 Jun 2021, program Lockdown Hidupkan Mihrab di Rumah menganjurkan bina mihrab di setiap rumah. Mihrab yang dimaksudkan adalah tempat solat untuk keluarga. Ia biasanya tempat  istimewa untuk imam di masjid. Mihrab di rumah boleh dijadikan platform membina karakter diri sebagai hamba ALLAH.

Surah Al-Isra’ merupakan surah musabbihat yang pertama. Surah tersebut diturunkan ketika Nabi Muhammad SAW menghadapi cabaran di hujung ketika di Makkah. Baginda SAW kehilangan dua insan tersayang iaitu isterinya Siti Khadijah dan bapa saudaranya, Abu Talib.

Ayat 1 menceritakan, ALLAH SWT memberi perjalanan kepada Baginda SAW dari Masjidil Haram ke Masjdil Aqsa. Semangatnya adalah masjid ke masjid. Dua tempat ini melambangkan kehambaan dan kemenangan sebenar umat Islam. Apabila kita menghadapi cabaran,kembalilah kepada kehambaan, ALLAH menjanjikan kemenangan dan kejayaan demi kejayaan.

Surah Al-Isra’ merupakan surah Makkiyah. Ketika itu Masjidil Haram belum bebas daripada berhala dan buat perkara yang tidak baik. Apabila ALLAH menyebut dari Masjidil Haram, ia menunjukkan suatu hari nanti ALLAH SWT membebaskan kehambaan berhala kepada kehambaan ALLAH SWT dan Masjidil Aqsa akan dibebaskan.

Kini, Masjidil Haram menjadi tempat ibadah sepenuhnya, manakala  walaupun kini diserang oleh Israel. Bagaimana untuk mencapai kemenangan, kita kena hidupkan dari masjid ke masjid. Tetapi kini musim pandemik Covid-19,  kita tidak boleh pergi masjid ke masjid. Jadi kita bina masjid di dalam rumah kita, iaitu tempat sujud. Ia merupakan ruang khas dinamakan mihrab. Istilah ini ada dalam Surah Maryam dan beberapa surah yang lain.

ALLAH mendengar, melihat keluhan dan kegelisahan Nabi Muhammad SAW. ALLAH dengar komplot musuh dan nampak musuh sedang merancang. Ketika lockdown, kita rasa nak menjerit kerana rasa kepayahan yang berasas. ALLAH boleh gembirakan dengan satu perkataan yang hebat pada awal Surah Al-Isra’ iaitu Subhana lazhi. Itulah yang kita baca di mihrab, tempat sujud kita. Ketika kita solat waktu rukuk dan sujud, banyakkan bertasbih.

Bagaimana kita keluar dari lockdown, dengan banyakkan berdoa yang bermaksud  “Tidak ada Tuhan selain Engkau, Mahasuci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim”. (Surah Al-Anbiya : 87) Itu adalah doa Nabi Yunus AS ketika lockdown dalam perut ikan yang gelap, di dalam kegelapan laut, pada kegelapan malam.

Apabila berada dalam kegelapan, ia boleh menjadikan stres. Tetapi dengan doa tersebut, Maha Suci Mu ya ALLAH… itulah asas Nabi Yunus keluar dari perut ikan Nun.

Ayat 2 dalam Surah Al-Isra’, ada tiga kata kunci iaitu Kitab, hidayah dan tawakal. Ketika kita ada cabaran dalam membina mihrab. Mihrab kata asal haraba yang bermaksud perang. Dalam al-Quran, jika kita hendak kuat berjuang sama ada dalam medang perang atau kehidupan kita, keluarga mahupun organisasi, kita kena ada mihrab, tempat kawal diri kita.

Dalam Surah Al-Isra’ ada 12 perkara telah dimihrabkan atau sudah dilatih menjadi penjuang. Inilah dipanggil hamba ALLAH dan menjemput kemenangan. Mihrab di rumah, kita solat, mengaji, tazkirah dan berborak dengan keluarga. JIka kita ambil masa tersebut, ia seperti membina tentera dalam berjuang dalam kehidupan selepas ini.

ALLAH SWT memberi Kitab kepada Musa sebagai hidayah atau sumber tawakal kepada ALLAH SWT. Pengajarannya, kita boleh ambil kisah legasi Nabi Musa AS ketika kita berada di mihrab rumah kita. Ada orang tidak tahu apa itu mihrab dan tidak tahu menggunakan mihrab tersebut untuk membina kekuatan diri dan keluarga. Sebenarnya Masjidil Haram dan Masjidil Aqsa menjadi lambang kekuatan dan kejayaan umat Islam. Puncak kekuatan sesebuah rumah adalah pada mihrabnya, di mana kita bersama keluarga bersolat, membaca al-Quran, mendapat hidayah dan bertawakal kepada ALLAH SWT.

Kita melihat jauh bermula dari legasi Nabi Musa AS kepada perjuangan Nabi Muhammad SAW seterusnya perjuangan umat Islam. Walaupun Nabi Yunus AS berada dalam keadaan terkurung dalam perut ikan, tetapi tidak menafikan untuk peluang mendapat hidayah ALLAH SWT. Begitu juga dengan kita yang dalam musim lockdown, masih mendapat cahaya hidayah ALLAH SWT.

Masjidil Aqsa menjadi rebutan golongan Yahudi, Nasrani dan Muslim. Hanya mereka yang menjadi hamba ALLAH layak untuk memilikinya. Inilah yang kita hendak hidupkan di dalam rumah kita iaitu Kitab, hidayah dan tawakal. Jika seseorang itu tidak mengambil al-Quran sebagai sumber peraturan dan tidak faham isinya, tiada mendapat hidayah ALLAH.

Ayat 3 dalam Surah Al-Isra’ mengenai legasi Nabi Nuh AS adalah hamba yang bersyukur. Mihrab kita ada kaitan dengan masjid kariah, negara, legasi Nabi Muhammad SAW, Nabi Musa AS dan Nabi Nuh  AS. Bani Israel mengakui mereka sebagai legasi Nabi Nuh AS. Yahudi mengatakan mereka sebagai legasi Nabi Musa AS tetapi tidak membaca Kitab Taurat. tak baca taurat. Legasi nabi nuh adalah hambah yang bersyukur. Dalam Surah al-Fatihah, kita membaca Alhamdulillahi rabbil alamin. Ini tandanya kita ada hubungan dengan Nabi Nuh AS.

Seorang hamba yang sebenar apabila mendapat hidayah, dia bertawakal kepada ALLAH. Dia tidak gelabah ketika menghadapi cabaran. Mihrab tempat membina pengalaman spiritual. Walaupun anak tidak begitu faham apa yang kita baca, tetapi ia menjadi latihan membina rasa syukur.

Dalam ayat 4, ALLAH memberitahu kepada Bani Israel bahawa mereka akan melakukan kerosakan  dua kali kerana sombong dan angkuh. Kitab memberi panduan kepada umat untuk menjadi hamba ALLAH. Mihrab adalah tempat orang yang tidak sombong kerana bersujud, bersyukur dan bertasbih kepada ALLAH SWT.

Pengajaran daripada Surah Al-Isra’, ayat 1 hingga 4 adalah:

  1. Ketika lockdown, kita jangan hancurkan masjid seperti Bani Israel yang hendak menghancurkan Masjidil Aqsa. Bagaimana untuk bina masjid, kita bina di rumah (mihrab).
  2. Ia adalah tempat hidayah, tempat mendapat lebih banyak tawakal kepada ALLAH SWT.
  3. Menjadi ahli keluarga yang bersyukur  Insya-ALLAH, jika ada cabaran kita tidak menjadi hamba yang sombong kepada ALLAH.

Semoga mihrab yang kita bina sungguhdengan sedar ada kaitan dengan Nabi Nuh AS, Nabi Musa AS dan Nabi Muhammad SAW. Semoga kita berjumpa dengan mereka. Insya-ALLAH.”

Ayuh sama-sama kita lakukan #GencatanDosa untuk diri dan ahli keluarga kita melalui tasbih & Istighfar! Anda boleh menonton LOCKDOWN HIDUPKAN MIHRAB DI RUMAH di Youtube & Facebook TickTalk TVvideo tersebut dan sertai di https://t.me/LOCKDOWNBUDDIES

#TickTalkTV

#QuranHour

#HidupkanMihrabDiRumah

#SavingFamilies

#SinarHarian

 

 

 

Terima Kasih

Mesej Anda telah berjaya di hantar

  1. WUIF memberikan ruang penyertaan kepada Sahabah AlQuran (SAQ) bersama menghadiri aktiviti-aktiviti di bawah anjuran WUIF.
  2. Kebenaran menyertai aktiviti WUIF adalah tertakluk kepada syarat bahawa SAQ tidak membawa agenda dan unsur-unsur yang menyentuh sensitviti masyarakat.
  3. WUIF tidak memberi jaminan bahawa sebarang penyertaaan SAQ bersamanya dalam apa-apa aktiviti akan mendapat sebarang liputan secara peribadi sama ada kepada individu mahupun kumpulan tertentu.
  4. WUIF akan berusaha memberi sokongan berupa bentuk placard, bookmark sama ada melalui softcopy ataupun bahan bercetak    sekiranya sesuai dan stok bahan-bahan publisiti tersedia semasa program-program yang dijalankan oleh pihak SAQ.
  5. WUIF mempunyai hak untuk berkongsi gambar-gambar SAQ yang menyertai aktiviti atau program bersama WUIF di mana-mana saluran media yang bersesuaian, yang WUIF mempunyai akses terhadapnya.
  6. Penyertaan wakil pihak WUIF dalam sebarang aktiviti SAQ (sekiranya berkaitan) adalah tertakluk kepada kesesuaian masa dan kelapangan wakil-wakil tersebut.
  7. Pihak WUIF mempunyai budibicara untuk berkongsi dengan mana-mana saluran media yang bersesuaian bahan-bahan serta perkongsian oleh SAQ di mana-mana saluran media.
  8. SAQ bersetuju akan menjalankan jalinan kerjasama dengan WUIF dengan membawa prinsip, visi dan misi yang berteraskan panduan al-Quran dan As-Sunnah.
  9. SAQ akan memberikan maklumbalas dan laporan kepada pihak WUIF      berdasarkan sebarang aktiviti dan/atau dapatan dari eksperimen sosial (jika berkaitan) yang dijalankan bertujuan membantumempertingkatkan kualiti penyampaian al-Quran kepada orang awam.
  10. SAQ akan sentiasa menjaga nama baik WUIF dalam setiap aktiviti yang dijalankan di samping berusaha mempamerkan nilai al-Quran di dalam setiap program dan/atau aktiviti yang dijalankan.
  11. SAQ bersedia menyelia dan bertanggungjawab terhadap setiap aktiviti yang dijalankan sama ada dengan atau tanpa kehadiran wakil daripada pihak WUIF.
  12. SAQ akan menjalankan aktivitinya tertakluk kepada kebenaran dan penambahbaikan yang akan dicadangkan oleh WUIF dari semasa ke semasa.
  13. SAQ tidak akan menggunakan bahan serta material yang dihasilkan oleh WUIF untuk sebarang tujuan komersil tanpa persetujuan dan/atau kelulusan pihak WUIF.
  14. SAQ hendaklah menghormati sebarang perjanjian dan/ atau persetujuan yang telah dijalinkan oleh WUIF dengan mana-mana pihak.
  15. SAQ bersedia untuk berbincang dan bekerjasama dengan WUIF pada bila-bila masa demi Misi MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah melalui berinteraksi dengan al-Quran Baca, Faham dan Amal.
  16. Selain daripada pautan sebagai rujukan dan panduan penganjuran program tahunan SAQ bersama WUIF, SAQ turut digalakkan untuk mendapatkan nasihat serta panduan sebelum menggunapakai nama-nama program yang dianjurkan oleh WUIF, supaya objektif perlaksanaan program oleh SAQ dapat dicapai secara optimum.
  17. Dalam keadaan di mana akad tersebut diingkari, pihak WUIF berhak meneruskan dengan tindakan-tindakan yang sewajarnya yang tidak terkecuali tindakan undang-undang bagi menghalang pengingkaran tersebut dari berterusan.