IBRAH KISAH UWAIS AL-QARNI: KASIHI IBU TAK BERKETEPIAN

Oleh : Dr Amiruddin Mohd Sobali

Uwais al-Qarni merupakan kisah pemuda yang terkenal di langit. Intipati yang boleh dipelajari daripada kisah pemuda yang bernama Uwais al-Qarni:

Intipati utama kisah Uwais al-Qarni ialah orang yang sabar menjaga ibunya. Beliau melayan karenah ibu yang pelbagai ragam dan berusaha menggembirakan hatinya, sehingga sanggup mengenepikan keinginan sendiri bersama isteri dan anak.

Pengorbanan tenaga, masa, wang ringgit dan perasaan ini pastinya sukar untuk seseorang itu melakukan apatah lagi jika diri sendiri serba kekurangan. Namun, demi menyahut perintah ALLAH SWT, pengorbanan yang dilakukan oleh Uwais al-Qarni harus menjadi ikutan setiap insan yang bergelar anak.

ALLAH SWT memerintahkan hamba-Nya untuk mentaati kedua orang tua dan mewajibkannya selepas perintah mentauhidkan-Nya. Ini disebut di dalam firman-Nya yang bermaksud: “Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan hanya kepada-Nya, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa” (Surah al-Isra’: 23).

Sayangi dan jaga ibu bapa sebagai amanah ALLAH SWT. - Gambar hiasan
Sayangi dan jaga ibu bapa sebagai amanah ALLAH SWT. – Gambar hiasan

Kata Imam al-Sa’di dalam tafsirnya, jika hak paling utama seorang hamba terhadap ALLAH SWT ialah mengesakan-Nya, maka hak paling besar perlu manusia tunaikan sesama manusia ialah mentaati kedua ibu bapa.

Perintah berbakti kepada kedua mereka yang disebut selepas perintah mentauhidkan ALLAH SWT menunjukkan betapa besar kedudukannya dalam Islam, serta besar juga dosanya jika ia diingkari.

Dalam berbakti kepada kedua ibu bapa, keutamaan perlu diberikan kepada ibu. Imam Ahmad meriwayatkan sebuah hadis yang sahih bahawa seorang sahabat kepada Rasulullah SAW siapakah yang patut dilebihkan baktinya. Baginda SAW menjawab bahawa ibulah yang perlu diutamakan. Jawapan ini diulang sebanyak tiga kali oleh Baginda SAW, lalu diikuti dengan berbakti kepada ayah dan mereka yang hampir hubungannya dengan kita.

Mentaati perintah berbakti kepada kedua ibu bapa dan mendahulukan ibu berbanding si ayah adalah suatu kewajipan dalam Islam. Setiap kewajipan yang dilaksanakan itu pula amat disukai ALLAH SWT.

Rasulullah SAW bersabda: “Tidaklah hamba-Ku mendekatkan dirinya kepada-Ku dengan menunaikan apa yang Aku wajibkan, kecuali Aku amat menyukainya.” (Riwayat al-Bukhari, no. 6502).

Kecintaan ALLAH SWT ini akan menarik rahmat-Nya terhadap anak yang mentaati dan mendahulukan ibunya. Antara rahmat ALLAH adalah dikabulkan doanya seperti Uwais, sehingga Rasulullah SAW memerintahkan Umar al-Khattab RA mencari Uwais dan memintanya mendoakan keampunan buatnya, kerana Uwais adalah seorang yang mustajab doanya.

Di samping ingatan mentaati dan mendahului bakti kepada ibu, perlu diketahui juga bahawa dosa menderhakai kedua ibu bapa atau salah seorang daripada mereka akan dikenakan ke atas anak derhaka ketika di dunia lagi, sebelum dia mendapat azab seksa di akhirat kelak.

Rasulullah SAW bersabda: “Dua dosa yang disegerakan hukumannya iaitu menzalimi orang dan menderhakai kedua ibu bapa” (Riwayat al-Hakim, no. 7350, dinilai sahih oleh al-Zahabi).

Penderhakaan adalah mengabaikan keperluan mereka seperti penjagaan kesihatan, makanan, keselamatan dan tempat tinggal. Para ilmuwan Islam menjelaskan bahawa jika menyakiti hati dan perasaan mereka sudah dikira dosa besar, maka menyakiti mereka secara fizikal jauh lebih besar.

Hati yang tidak tenteram, rezeki disempitkan, urusan hidup berasa susah dan sukar, tiada cahaya keimanan di dalam hati dan serta dijauhi oleh orang sekeliling antara kesan yang dirasai oleh insan yang berdosa. Perkara ini wajib dikatahui oleh setiap Muslim jika dia mahu hidupnya dilimpahi keberkatan dan kebaikan daripada ALLAH SWT.

Hati menjadi tenteram apabila membuat kebaikan. – Gambar hiasan

Tip untuk menjadi anak yang soleh dan solehah.

  • Berdoa kepada ALLAHSWT agar diberi petunjuk dan bimbingan untuk menjadi anak yang soleh. Hal ini perlu diamalkan oleh setiap Muslim agar hidupnya sentiasa dipandu untuk berbakti kepada kedua ibu bapanya dan mengutamakan mereka berbanding individu lain dalam hidupnya. ALLAH SWT menyukai hamba-Nya yang berdoa dan meminta petunjuk dan kekuatan untuk menjalankan perintah-Nya.
  • Sentiasa membaca ayat suci al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah SAW yang menghuraikan tentang kewajipan anak, kelebihan anak yang soleh dan ancaman azab yang pedih untuk anak yang mendehakai kedua ibu bapa. Pengajaran daripada dua sumber yang agung ini akan memotivasikan seseorang itu untuk menjadi anak yang soleh dan menanam sikap waspada di dalam dirinya daripada berbuat sesuatu yang menyakiti hati dan perasaan ibu bapanya.
  • Melihat sejarah perjalanan hidup para nabi, generasi sahabat dan orang-orang yang soleh di dalam berinteraksi dengan kedua ibu bapa mereka. Contohnya meneladani kelembutan Nabi Ibrahim AS berbicara dan berdakwah dengan lemah lembut terhadap ayahnya yang merupakan pembuat patung sembahan kamunya. Demikian kelembutan Rasulullah SAW dalam dakwah baginda kepada bapa saudaranya, Abu Talib.
  • Berbicara dengan tutur kata yang sopan dan lemah lembut terhadap ibu bapa ketika menyapa mereka sama ada melalui perbualan di telefon atau ketika menziarahi mereka. Selain itu, si anak perlu membiarkan ibu bapa menghabiskan kata-kata mereka dan tidak memotongnya.
  • Menghormati pandangan kedua ibu bapa ketika meminta pendapat atau diberi nasihat. Ini kerana pengalaman yang mereka lalui sepanjang hidup amat mahal dan perlu dijadikan pedoman walaupun si anak memiliki tahap pendidikan dan kedudukan yang lebih tinggi dalam masyarakat. Hakikatnya di sisi ALLAHSWT, si anak wajib merendah diri terhadap kedua ibu bapanya.
  • Berhikmah di dalam menegur kesilapan atau membantah kemungkaran yang dilakukan kedua ibu bapa. Ini keranaALLAH SWT memerintahkan kita agar tidak sama sekali membentak, meninggikan suara dan mengherdik mereka. Malah kita diperintahkan untuk berbicara dengan mereka baik, bergaul dengan mereka secara mesra serta menolak arahan mereka yang menjuruskan kemurkaan Allah SWT dengan baik.
  • Meminta pandangan dan nasihat orang yang soleh di sekeliling kita dalam mendepani kerenah ibu bapa yang berbagai ragam, seperti enggan dibawa ke hospital untuk mendapat rawatan demi kebaikan mereka. Nasihat mereka yang soleh lagi berpengalaman amat diperlukan oleh si anak ketika menghadapi masalah-masalah seperti ini.
DR AMIRUDDIN

* Penulis ialah Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia.

 

Terima Kasih

Mesej Anda telah berjaya di hantar

  1. WUIF memberikan ruang penyertaan kepada Sahabah AlQuran (SAQ) bersama menghadiri aktiviti-aktiviti di bawah anjuran WUIF.
  2. Kebenaran menyertai aktiviti WUIF adalah tertakluk kepada syarat bahawa SAQ tidak membawa agenda dan unsur-unsur yang menyentuh sensitviti masyarakat.
  3. WUIF tidak memberi jaminan bahawa sebarang penyertaaan SAQ bersamanya dalam apa-apa aktiviti akan mendapat sebarang liputan secara peribadi sama ada kepada individu mahupun kumpulan tertentu.
  4. WUIF akan berusaha memberi sokongan berupa bentuk placard, bookmark sama ada melalui softcopy ataupun bahan bercetak    sekiranya sesuai dan stok bahan-bahan publisiti tersedia semasa program-program yang dijalankan oleh pihak SAQ.
  5. WUIF mempunyai hak untuk berkongsi gambar-gambar SAQ yang menyertai aktiviti atau program bersama WUIF di mana-mana saluran media yang bersesuaian, yang WUIF mempunyai akses terhadapnya.
  6. Penyertaan wakil pihak WUIF dalam sebarang aktiviti SAQ (sekiranya berkaitan) adalah tertakluk kepada kesesuaian masa dan kelapangan wakil-wakil tersebut.
  7. Pihak WUIF mempunyai budibicara untuk berkongsi dengan mana-mana saluran media yang bersesuaian bahan-bahan serta perkongsian oleh SAQ di mana-mana saluran media.
  8. SAQ bersetuju akan menjalankan jalinan kerjasama dengan WUIF dengan membawa prinsip, visi dan misi yang berteraskan panduan al-Quran dan As-Sunnah.
  9. SAQ akan memberikan maklumbalas dan laporan kepada pihak WUIF      berdasarkan sebarang aktiviti dan/atau dapatan dari eksperimen sosial (jika berkaitan) yang dijalankan bertujuan membantumempertingkatkan kualiti penyampaian al-Quran kepada orang awam.
  10. SAQ akan sentiasa menjaga nama baik WUIF dalam setiap aktiviti yang dijalankan di samping berusaha mempamerkan nilai al-Quran di dalam setiap program dan/atau aktiviti yang dijalankan.
  11. SAQ bersedia menyelia dan bertanggungjawab terhadap setiap aktiviti yang dijalankan sama ada dengan atau tanpa kehadiran wakil daripada pihak WUIF.
  12. SAQ akan menjalankan aktivitinya tertakluk kepada kebenaran dan penambahbaikan yang akan dicadangkan oleh WUIF dari semasa ke semasa.
  13. SAQ tidak akan menggunakan bahan serta material yang dihasilkan oleh WUIF untuk sebarang tujuan komersil tanpa persetujuan dan/atau kelulusan pihak WUIF.
  14. SAQ hendaklah menghormati sebarang perjanjian dan/ atau persetujuan yang telah dijalinkan oleh WUIF dengan mana-mana pihak.
  15. SAQ bersedia untuk berbincang dan bekerjasama dengan WUIF pada bila-bila masa demi Misi MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah melalui berinteraksi dengan al-Quran Baca, Faham dan Amal.
  16. Selain daripada pautan sebagai rujukan dan panduan penganjuran program tahunan SAQ bersama WUIF, SAQ turut digalakkan untuk mendapatkan nasihat serta panduan sebelum menggunapakai nama-nama program yang dianjurkan oleh WUIF, supaya objektif perlaksanaan program oleh SAQ dapat dicapai secara optimum.
  17. Dalam keadaan di mana akad tersebut diingkari, pihak WUIF berhak meneruskan dengan tindakan-tindakan yang sewajarnya yang tidak terkecuali tindakan undang-undang bagi menghalang pengingkaran tersebut dari berterusan.