Khutbat Jumaat Siri 7/2024: Menyahut seruan Jumaat

Setiap umat Islam bertanggungjawab untuk memaknai hari Jumaat yang sangat istimewa. Kita dipanggil untuk berkumpul di rumah ALLAH dan tinggalkan urusan dunia dengan bersegera menuju ke masjid.

ALLAH SWT berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati ALLAH (dengan mengerjakan solat Jumaat) dan tinggalkanlah jual-beli (pada saat itu), yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” (Surah Al-Jumu’ah, 62: 9)

Masjid menjadi tumpuan umat Islam pada hari Jumaat. – Sumber internet

Hari Jumaat bukan sahaja menjadi kewajipan untuk menunaikan solat, tetapi juga merupakan hari perayaan mingguan bagi umat Islam. ALLAH SWT telah memilih kita sebagai hamba-Nya yang beriman untuk hadir di rumah-Nya.

Dalam keadaan dunia yang penuh dengan kesibukan, kita perlu bertindak untuk tinggalkan urusan dunia yang sementara itu untuk menyahut seruan ALLAH dengan bersegera ke masjid. Rebutlah peluang untuk mendengar khutbah yang menjadi panduan dan peringatan buat kita semua.

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Solat lima waktu, Jumaat kepada Jumaat berikutnya merupakan kaffarah (penghapus dosa) di antara keduanya selagi mana tidak melakukan dosa besar.”(Riwayat Muslim)

Daripada Abi Lubabah bin Abd al-Munzir, Rasulullah SAW bersabda: “Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari yang paling mulia di sisi Allah. Hari Jumaat ini lebih mulia dari hari raya Aidilfitri dan Aidiladha di sisi Allah. Pada hari Jumaat terdapat lima peristiwa; Diciptakannya Adam dan diturunkannya ke bumi, pada hari Jumaat Adam dimatikan, di hari Jumaat juga terdapat waktu yang mana jika seseorang meminta kepada Allah maka akan dikabulkan selagi tidak memohon yang haram, dan di hari Jumaat juga akan berlakunya kiamat. Tidaklah seseorang Malaikat yang dekat di sisi Allah SWT, di bumi dan di langit kecuali dia dikasihi pada hari Jumaat.” (Riwayat Ahmad)

Ibaratnya, kehadiran kita di masjid pada hari Jumaat adalah peluang untuk meraih pahala yang besar. Beruntung orang yang merebut ganjaran ini dengan niat yang ikhlas kerana ALLAH SWT.

Seluruh umat Islam memfokuskan ibadah untuk mendekatkan diri dengan ALLAH SWT.

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat (seperti) mandi janabah lalu segera pergi ke masjid, maka seakan-akan berkorban dengan unta, sesiapa yang pergi pada masa yang kedua, maka seakan-akan dia berkorban dengan lembu, dan sesiapa pergi pada masa yang ketiga, maka seakan-akan dia berkorban dengan biri-biri jantan yang bertanduk, dan sesiapa yang pergi pada masa yang keempat seakan-akan dia berkorban dengan seekor ayam, dan sesiapa yang pergi pada masa kelima, maka seakan-akan dia berkorban dengan sebiji telur dan apabila imam telah keluar (untuk berkhutbah) maka para malaikat turut hadir untuk mendengar peringatan (khutbah)”. (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Panggilan ALLAH SWT kepada hamba-Nya

Ulama terkemuka, Abu Umar Yusuf Ibn Abdillah Ibn Muhammad Ibn Abdul Barah An-Namri Rahimahullah berkata sebelum dikenali hari Jumaat, masyarakat Arab jahiliyah menyambut suatu hari yang dinamakan Hari Arubah. Golongan ini menyembah berhala dan jadikan patung-patung sebagai tuhan, makan bangkai, melakukan kezaliman, kesengsaraan, fitnah, adu domba termasuk yang mengkhianati jiran tetangga.

Pada Hari Arubah, mereka merayakannya dengan kebanggaan, keluar dari rumah dengan mengenakan pakaian mahal dan mewah, serta memperlihatkan harta mereka. Mereka juga sering mendendangkan syair-syair yang tidak bermakna, sambil membesarkan ritual penyembahan berhala.

Keadaan pada zaman itu mencerminkan betapa jauhnya masyarakat jahiliyah daripada nilai-nilai keagamaan yang sebenar, sehingga ALLAH SWT mengutuskan Rasulullah SAW untuk membawa cahaya kebenaran dan menuntun manusia kembali kepada jalan yang lurus.

ALLAH SWT juga menganugerahkan hari Jumaat sebagai hari yang istimewa, khusus untuk orang-orang beriman. Hari Jumaat kini bukan hanya sekadar hari biasa, tetapi ia menjadi hari perayaan mingguan bagi umat Islam, di mana kita berkumpul di rumah ALLAH untuk menunaikan solat dan mendengar khutbah.

Namun, tidak semua orang mendapat izin ALLAH untuk hadir ke rumah-Nya pada hari yang mulia ini, apatah lagi untuk memenuhi panggilan azan dengan sepenuh hati. Hanya mereka yang terpilih, yang benar-benar diizinkan oleh-Nya, diberi kekuatan dan kelapangan untuk bersegera menyahut seruan ke masjid dan solat Jumaat.

Jadikan kehadiran kita di masjid pada hari Jumaat adalah satu keistimewaan yang perlu kita syukuri. Rebutlah segala kurniaan yang ALLAH berikan kepada kita, dengan harapan mendapat hidayah daripada-Nya.

Jemaah member fokus kepada khatib yang menyampaikan pesanan penting untuk tingkatkan iman dan takwa kepada ALLAH SWT dan Rasul-Nya.

ALLAH SWT memanggil kita dengan gelaran “Wahai orang-orang yang beriman” sebanyak 89 kali dalam al-Quran. Ini menunjukkan betapa dekatnya kita kepada ALLAH dan tanggungjawab kita sebagai hamba-Nya. Namun, perlu diingat, tidak semua yang mendengar azan akan dapat memenuhi panggilan tersebut. Hanya mereka yang ALLAH kehendaki, yang akan datang ke rumah-Nya. Semoga kita berada dalam golongan beruntung yang diseru oleh ALLAH SWT.

Ketika berada di masjid, kita harus memberi perhatian sepenuhnya kepada khutbah yang disampaikan. Khatib mengingatkan kita tentang pentingnya menunaikan solat dan mematuhi perintah ALLAH. Oleh itu, tinggalkan sejenak segala urusan duniawi dan fokus kepada pengisian rohani ini.

Kita mungkin berasakan telah melakukan banyak amalan, namun tidak ada jaminan bahawa semua itu diterima oleh ALLAH. Hanya amalan yang dilakukan dengan ikhlas dan niat yang tulus yang akan dinilai. Oleh itu, kita perlu pastikan setiap tindakan kita seperti solat, infak dan doa dilakukan hanya kerana ALLAH SWT.

Pada hari Jumaat ini, ambillah peluang dan ruang untuk memperbanyakkan berselawat dan berdoa bersungguh-sungguh kepada ALLAH SWT agar segala amal ibadah kita diterima dan meraih keredaan-Nya. Semoga kita semua sentiasa berada di jalan yang benar dan dilindungi oleh ALLAH SWT. Amin.

Khutbah Jumaat Sinar Al-Jumu’ah siri 7 yang bertajuk “Menyahut seruan JumaatRezeki tanpa batas”, disampaikan oleh Khatib Ustaz Mohamad Amiro Safwan Mohd Kamil, Editor Kanan, Penerbitan al-Quran, Karya Bestari di Surau Karangkraf, Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd, Shah Alam, pada 16 Februari 2024.

Ikuti siaran semula di https://youtu.be/duX7g0JGAqk?si=1rf9BkJtXOSdUhhq

Comments on Verse

Enter your email to receive a password reset link.

Terima Kasih

Mesej Anda telah berjaya di hantar

  1. WUIF memberikan ruang penyertaan kepada Sahabah AlQuran (SAQ) bersama menghadiri aktiviti-aktiviti di bawah anjuran WUIF.
  2. Kebenaran menyertai aktiviti WUIF adalah tertakluk kepada syarat bahawa SAQ tidak membawa agenda dan unsur-unsur yang menyentuh sensitviti masyarakat.
  3. WUIF tidak memberi jaminan bahawa sebarang penyertaaan SAQ bersamanya dalam apa-apa aktiviti akan mendapat sebarang liputan secara peribadi sama ada kepada individu mahupun kumpulan tertentu.
  4. WUIF akan berusaha memberi sokongan berupa bentuk placard, bookmark sama ada melalui softcopy ataupun bahan bercetak    sekiranya sesuai dan stok bahan-bahan publisiti tersedia semasa program-program yang dijalankan oleh pihak SAQ.
  5. WUIF mempunyai hak untuk berkongsi gambar-gambar SAQ yang menyertai aktiviti atau program bersama WUIF di mana-mana saluran media yang bersesuaian, yang WUIF mempunyai akses terhadapnya.
  6. Penyertaan wakil pihak WUIF dalam sebarang aktiviti SAQ (sekiranya berkaitan) adalah tertakluk kepada kesesuaian masa dan kelapangan wakil-wakil tersebut.
  7. Pihak WUIF mempunyai budibicara untuk berkongsi dengan mana-mana saluran media yang bersesuaian bahan-bahan serta perkongsian oleh SAQ di mana-mana saluran media.
  8. SAQ bersetuju akan menjalankan jalinan kerjasama dengan WUIF dengan membawa prinsip, visi dan misi yang berteraskan panduan al-Quran dan As-Sunnah.
  9. SAQ akan memberikan maklumbalas dan laporan kepada pihak WUIF      berdasarkan sebarang aktiviti dan/atau dapatan dari eksperimen sosial (jika berkaitan) yang dijalankan bertujuan membantumempertingkatkan kualiti penyampaian al-Quran kepada orang awam.
  10. SAQ akan sentiasa menjaga nama baik WUIF dalam setiap aktiviti yang dijalankan di samping berusaha mempamerkan nilai al-Quran di dalam setiap program dan/atau aktiviti yang dijalankan.
  11. SAQ bersedia menyelia dan bertanggungjawab terhadap setiap aktiviti yang dijalankan sama ada dengan atau tanpa kehadiran wakil daripada pihak WUIF.
  12. SAQ akan menjalankan aktivitinya tertakluk kepada kebenaran dan penambahbaikan yang akan dicadangkan oleh WUIF dari semasa ke semasa.
  13. SAQ tidak akan menggunakan bahan serta material yang dihasilkan oleh WUIF untuk sebarang tujuan komersil tanpa persetujuan dan/atau kelulusan pihak WUIF.
  14. SAQ hendaklah menghormati sebarang perjanjian dan/ atau persetujuan yang telah dijalinkan oleh WUIF dengan mana-mana pihak.
  15. SAQ bersedia untuk berbincang dan bekerjasama dengan WUIF pada bila-bila masa demi Misi MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah melalui berinteraksi dengan al-Quran Baca, Faham dan Amal.
  16. Selain daripada pautan sebagai rujukan dan panduan penganjuran program tahunan SAQ bersama WUIF, SAQ turut digalakkan untuk mendapatkan nasihat serta panduan sebelum menggunapakai nama-nama program yang dianjurkan oleh WUIF, supaya objektif perlaksanaan program oleh SAQ dapat dicapai secara optimum.
  17. Dalam keadaan di mana akad tersebut diingkari, pihak WUIF berhak meneruskan dengan tindakan-tindakan yang sewajarnya yang tidak terkecuali tindakan undang-undang bagi menghalang pengingkaran tersebut dari berterusan.
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x