Khutbah Jumaat 10/2024: Hari-hari terakhir Syaaban, menuju Ramadan

Ramadan bukan sekadar tempoh untuk menahan lapar dan dahaga, ia adalah sebuah jemputan Ilahi yang menawarkan ruang untuk menyucikan jiwa, melatih kesabaran, dan memperkukuhkan keimanan. Puasa yang diwajibkan kepada umat Islam ini mungkin tampak mencabar, namun ia tersirat keberkatan yang tidak ternilai dan pahala berganda bagi mereka yang melalui ibadah ini dengan penuh keikhlasan.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya, “Dua orang dari Qudha’ah telah memeluk Islam di tangan Rasulullah SAW. Salah seorang daripada mereka telah mati syahid dan seorang lagi telah meninggal dunia setahun kemudian. Suatu malam, Talhah bin ‘Ubaidillah RA bermimpi tentang keduanya. Saat itu, Thalhah berada di depan pintu surga bersama kedua sahabat tersebut.

Tiba-tiba dari dalam surga terdengar suara yang memanggil sahabat yang meninggal karena sakit dan mempersilakan masuk surga. Setelah itu baru terdengar suara lagi memanggil sahabat yang mati syahid, dan masuklah dia ke dalam surga. Lalu kembali terdengar suara dan berkata kepada Thalhah, “Kembalilah karena belum waktumu masuk surga.”

Malam memberi ruang untuk beristirahat dan beribadah di sepertiga malam. Sumber: Pexels

Thalhah pun terbangun dari mimpinya. Keesokan hari Thalhah menceritakan mimpi tersebut kepada sahabat-sahabat lainnya namun mereka tidak percaya. Bagaimana mungkin sahabat yang meninggal karena sakit dipanggil lebih dahulu masuk surga daripada yang mati syahid. Kisah ini pun terdengar Rasulullah Saw, lalu dipanggil Thalhah untuk menceritakan.

Mendengar cerita mimpi Thalhah tersebut, Rasullullah membenarkannya dan para sahabat pun hairan. “Mengapa temannya yang meninggal terakhir masuk surga lebih dahulu daripada temannya yang meninggal karena mati syahid?’’ Rasulullah saw bertanya balik: “Bukankah temannya itu masih hidup setahun setelah kematiannya?” Mereka menjawab: “Betul.”

Rasulullah bertanya: “Dan bukankah dia masih mendapati Ramadan, lalu ia berpuasa, melakukan solat ini dan itu selama satu tahun itu?” Mereka menjawab: “Betul.” Maka Rasulullah berkata: “Maka jarak antara mereka lebih jauh daripada jarak antara langit dan bumi” (HR. Ahmad, Ibnu Majah, dan Ibnu Hibban)

Kisah ini memberi peringatan betapa besarnya nikmat dan keberkatan yang diberikan kepada sesiapa yang dapat menghidupkan bulan Ramadan. Dalam kehidupan moden, kita mungkin tidak lagi menyaksikan peperangan seperti zaman para sahabat. Namun Ramadan membuka pintu dan peluang meraih ganjaran yang sama besarnya dengan pengorbanan syahid, bahkan lebih tinggi bagi yang mengisinya dengan ibadah.

Rasulullah SAW menekankan bahawa nilai ibadah dalam Ramadan tidak terhingga dan melebihi ibadah di bulan lain. Jumlah rakaat solat, bacaan al-Quran yang lebih kerap, serta kebaikan dalam bersedekah, semua ini menjadi saksi kepada amalan yang dilakukan dengan ikhlas di bulan ini.

Manfaatkan setiap detik Ramadan dengan memperbanyakkan bacaan al-Quran. Sumber : Pexels

Sambut Ramadan dengan syukur

Bagi ramai umat Islam, persiapan untuk menyambut bulan puasa kadangkala dianggap remeh. Ada yang melihat Ramadan sebagai beban yang merencatkan urusan harian. Namun, apabila tiba Hari Raya, suasana berubah; kegembiraan terpancar di wajah semua orang.

Sebenarnya, jika kita melihat Ramadan sebagai rahmat dan peluang untuk meningkatkan keimanan, kita akan lebih menghargai hari-hari yang penuh dengan rahmat ini. Rasulullah SAW sendiri mengingatkan kita bahawa kehadiran Ramadan adalah rezeki istimewa, dan sesiapa yang dapat melaluinya dengan penuh ketaatan akan diberi ganjaran yang tidak ternilai.

Ramadan mengingatkan kita akan satu matlamat yang sama iaitu menjadi hamba ALLAH yang bertakwa. Saat kita mendengar peringatan tentang takwa, ia seharusnya menimbulkan rasa insaf dan muhasabah dalam diri. Setiap ibadah yang dilaksanakan, setiap sedekah yang diberikan, dan setiap rakaat yang ditunaikan pada bulan ini diharap mampu membawa kita lebih dekat kepada ALLAH SWT.

Dengan niat dan usaha yang tulus, kita berharap segala amalan di bulan Ramadan ini diterima oleh ALLAH SWT, dan semoga setiap insan yang mengharungi bulan mulia ini memperoleh ganjaran syurga. Ramadan adalah medan bagi umat Islam untuk memperbaiki diri, mencari keampunan, dan mendekatkan diri kepada ALLAH. Setiap saat dan setiap detik di bulan ini merupakan peluang untuk menggapai kurniaan yang hanya datang setahun sekali.

Khatib Ustaz Mohamad Amiro Safwan Mohd Kamil

Khutbah Jumaat Sinar Al-Jumu’ah siri 10 yang bertajuk “Hari-hari terakhir Syaaban, menuju Ramadan”, disampaikan oleh Khatib Ustaz Mohamad Amiro Safwan Mohd Kamil, Editor Kanan, Penerbitan al-Quran, Karya Bestari di Surau Karangkraf, Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd, Shah Alam.

Ikuti siaran semula di https://youtu.be/vL5Wre-tTbI?si=tvtaNbx_8gBd8lf-

Comments on Verse

Enter your email to receive a password reset link.

Terima Kasih

Mesej Anda telah berjaya di hantar

  1. WUIF memberikan ruang penyertaan kepada Sahabah AlQuran (SAQ) bersama menghadiri aktiviti-aktiviti di bawah anjuran WUIF.
  2. Kebenaran menyertai aktiviti WUIF adalah tertakluk kepada syarat bahawa SAQ tidak membawa agenda dan unsur-unsur yang menyentuh sensitviti masyarakat.
  3. WUIF tidak memberi jaminan bahawa sebarang penyertaaan SAQ bersamanya dalam apa-apa aktiviti akan mendapat sebarang liputan secara peribadi sama ada kepada individu mahupun kumpulan tertentu.
  4. WUIF akan berusaha memberi sokongan berupa bentuk placard, bookmark sama ada melalui softcopy ataupun bahan bercetak    sekiranya sesuai dan stok bahan-bahan publisiti tersedia semasa program-program yang dijalankan oleh pihak SAQ.
  5. WUIF mempunyai hak untuk berkongsi gambar-gambar SAQ yang menyertai aktiviti atau program bersama WUIF di mana-mana saluran media yang bersesuaian, yang WUIF mempunyai akses terhadapnya.
  6. Penyertaan wakil pihak WUIF dalam sebarang aktiviti SAQ (sekiranya berkaitan) adalah tertakluk kepada kesesuaian masa dan kelapangan wakil-wakil tersebut.
  7. Pihak WUIF mempunyai budibicara untuk berkongsi dengan mana-mana saluran media yang bersesuaian bahan-bahan serta perkongsian oleh SAQ di mana-mana saluran media.
  8. SAQ bersetuju akan menjalankan jalinan kerjasama dengan WUIF dengan membawa prinsip, visi dan misi yang berteraskan panduan al-Quran dan As-Sunnah.
  9. SAQ akan memberikan maklumbalas dan laporan kepada pihak WUIF      berdasarkan sebarang aktiviti dan/atau dapatan dari eksperimen sosial (jika berkaitan) yang dijalankan bertujuan membantumempertingkatkan kualiti penyampaian al-Quran kepada orang awam.
  10. SAQ akan sentiasa menjaga nama baik WUIF dalam setiap aktiviti yang dijalankan di samping berusaha mempamerkan nilai al-Quran di dalam setiap program dan/atau aktiviti yang dijalankan.
  11. SAQ bersedia menyelia dan bertanggungjawab terhadap setiap aktiviti yang dijalankan sama ada dengan atau tanpa kehadiran wakil daripada pihak WUIF.
  12. SAQ akan menjalankan aktivitinya tertakluk kepada kebenaran dan penambahbaikan yang akan dicadangkan oleh WUIF dari semasa ke semasa.
  13. SAQ tidak akan menggunakan bahan serta material yang dihasilkan oleh WUIF untuk sebarang tujuan komersil tanpa persetujuan dan/atau kelulusan pihak WUIF.
  14. SAQ hendaklah menghormati sebarang perjanjian dan/ atau persetujuan yang telah dijalinkan oleh WUIF dengan mana-mana pihak.
  15. SAQ bersedia untuk berbincang dan bekerjasama dengan WUIF pada bila-bila masa demi Misi MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah melalui berinteraksi dengan al-Quran Baca, Faham dan Amal.
  16. Selain daripada pautan sebagai rujukan dan panduan penganjuran program tahunan SAQ bersama WUIF, SAQ turut digalakkan untuk mendapatkan nasihat serta panduan sebelum menggunapakai nama-nama program yang dianjurkan oleh WUIF, supaya objektif perlaksanaan program oleh SAQ dapat dicapai secara optimum.
  17. Dalam keadaan di mana akad tersebut diingkari, pihak WUIF berhak meneruskan dengan tindakan-tindakan yang sewajarnya yang tidak terkecuali tindakan undang-undang bagi menghalang pengingkaran tersebut dari berterusan.
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x