FEAPs PLATFORM SOLUSI KELUARGA & PEKERJA DEPANI CABARAN PANDEMIK COVID-19

SERAMAI 230 peserta ikuti Edisi Pengenalan Family & Employee Assistance Programmes (FEAPs) dengan tema ALLAH Menyayangimu secara atas talian pada 16 Jun 2021.

Program secara mingguan tersebut dianjurkan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) dan Akademi Sinergi Ikhlas Sdn Bhd dengan tajaan Rumah Ngaji Perak. Ia bertujuan menjadikan al-Quran sebagai solusi pengurusan sumber manusia kepada keluarga dan pekerja yang terkesan dengan pelbagai isu hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif WUIF, Marhaini Yusoff berkata, perjumpaan secara alam maya sebenarnya mensasarkan 528 organisasi yang menerima wakaf al-Quran dan menggerakkan Quran Corner di tempat masing-masing.

“FEAPs diharapkan dapat membantu dari segi sokongan kepada kumpulan barisan hadapan dan keluarga dalam mengekang pandemik Covid-19. Program ini memberi pendekatan Kalam Ilahi sebagai solusi dalam jiwa kita agar lebih tenang dalam menghadapi cabaran hidup.”

 

Ketua Pegawai Penyelidik WUIF, Fazrul Ismail berkata, lebih 500 tempat dalam al-Quran dikaitkan dengan rahmah atau kasih sayang ALLAH. Sebenarnya perkara tersebut amat menyenangkan hati dan memahami bahawa betapa ALLAH menyayangi kita.

Tambah beliau, FEAPs merupakan manifesto membawa ayat kasih sayang ALLAH tersebut dalam memberi kesan al-Quran kepada diri, keluarga, organisasi, masyarakat dan negara. Antara fungsi al-Quran adalah:

1.Al-Quran perlu dibaca berulang kali dan menjadi sumber hidayah
2.Al-Quran memberi hidayah untuk mengurus cara fikir dan perasaan
3.Al-Quran memberi motivasi diri
4.Al-Quran memberi khabar gembira kepda orang beriman
5.Al-Quran menyebabkan seseorang itu lebih produktif dan beramal soleh

“Jika mahukan organisasi bersemangat, lebih produktif dan sentiasa positif, kita perlu sentiasa berinteraksi dengan al-Quran. Melalui FEAPS, diharapkan al-Quran wakaf dan Quran Corner digerakkan di tempat masing-masing untuk dimanfaatkan ke dalam jiwa kita.

“Melalui Tabung Gerakan Al-Quran, ada seorang makcik yang hanya mampu mewakaf RM5 untuk turut sama menggerakkan gelombang al-Quran. Kita menghargai perjuangan Nabi Muhammad SAW dan kitalah yang meneruskan langkah dakwah Baginda SAW. Semoga al-Quran dapat disebarkan mengikut kemampuan masing-masing.”

Sementara itu, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Datin Paduka Mastura Muhamad yang turut serta FEAPs memberi perkongsian pengalaman warga PPAS dalam mendekati al-Quran di tempat kerja.

DATIN PADUKA MASTURA

“Sejak 2015, PPAS bersama WUIF dengan pembukaan Rumah Ngaji @ PPAS dan mengerakkan #QuranHour termasuk Malaysia #Ngaji, World #QuranHour dan Malaysia #QuranHour sehingga kini.

“Kami menguar-uarkan kempen tersebut beberapa tahun sebelum itu, tapi belum mempraktikkan. Bermula 2017, kami melaksanakan aktiviti berinteraksi dengan al-Quran dalam kumpulan kecil tanpa mengira pangkat, bermula jam 8.15 pagi.

“Apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kembali dilaksanakan pada Mei lalu, semua staf PPAS disarankan untuk bersama membaca dan bertadabbur al-Quran secara atas talian. Kami pernah mencapai 270 daripada 295 staf bersama dalam satu sesi tersebut.

“Jika kita dapat mengubah organisasi berpandukan al-Quran dan Sunnah, ia mampu memberi impak kepada masyarakat. Pendekatan FEAPS dengan tema ALLAH menyayangmu bertepatan dengan situasi kita yang terkesan dengan cabaran pandemik Covid-19,” katanya.

Penasihat Rumah Ngaji Perak, Datin Normah Hanum Ibrahim berkata FEAPs merupakan program yang direka khas untuk memberi panduan dan motivasi melalui al-Quran kepada ummah akibat pandemik Covid-19.

DATIN NORMAH HANUM IBRAHIM

“Pada kali ini, ia tertumpu untuk membantu keluarga dan pekerja yang menghadapi cabaran PKP dan sebagainya. Harapan saya, program ini akan dapat dimanfaatkan dan diperluaskan kepada segenap lapisan masyarakat. Ia juga membuktikan keagungan al-Quran dalam memberi solusi dalam kehidupan manusia,” ujarnya.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.facebook.com/WorldQuranHour.

Terima Kasih

Mesej Anda telah berjaya di hantar

  1. WUIF memberikan ruang penyertaan kepada Sahabah AlQuran (SAQ) bersama menghadiri aktiviti-aktiviti di bawah anjuran WUIF.
  2. Kebenaran menyertai aktiviti WUIF adalah tertakluk kepada syarat bahawa SAQ tidak membawa agenda dan unsur-unsur yang menyentuh sensitviti masyarakat.
  3. WUIF tidak memberi jaminan bahawa sebarang penyertaaan SAQ bersamanya dalam apa-apa aktiviti akan mendapat sebarang liputan secara peribadi sama ada kepada individu mahupun kumpulan tertentu.
  4. WUIF akan berusaha memberi sokongan berupa bentuk placard, bookmark sama ada melalui softcopy ataupun bahan bercetak    sekiranya sesuai dan stok bahan-bahan publisiti tersedia semasa program-program yang dijalankan oleh pihak SAQ.
  5. WUIF mempunyai hak untuk berkongsi gambar-gambar SAQ yang menyertai aktiviti atau program bersama WUIF di mana-mana saluran media yang bersesuaian, yang WUIF mempunyai akses terhadapnya.
  6. Penyertaan wakil pihak WUIF dalam sebarang aktiviti SAQ (sekiranya berkaitan) adalah tertakluk kepada kesesuaian masa dan kelapangan wakil-wakil tersebut.
  7. Pihak WUIF mempunyai budibicara untuk berkongsi dengan mana-mana saluran media yang bersesuaian bahan-bahan serta perkongsian oleh SAQ di mana-mana saluran media.
  8. SAQ bersetuju akan menjalankan jalinan kerjasama dengan WUIF dengan membawa prinsip, visi dan misi yang berteraskan panduan al-Quran dan As-Sunnah.
  9. SAQ akan memberikan maklumbalas dan laporan kepada pihak WUIF      berdasarkan sebarang aktiviti dan/atau dapatan dari eksperimen sosial (jika berkaitan) yang dijalankan bertujuan membantumempertingkatkan kualiti penyampaian al-Quran kepada orang awam.
  10. SAQ akan sentiasa menjaga nama baik WUIF dalam setiap aktiviti yang dijalankan di samping berusaha mempamerkan nilai al-Quran di dalam setiap program dan/atau aktiviti yang dijalankan.
  11. SAQ bersedia menyelia dan bertanggungjawab terhadap setiap aktiviti yang dijalankan sama ada dengan atau tanpa kehadiran wakil daripada pihak WUIF.
  12. SAQ akan menjalankan aktivitinya tertakluk kepada kebenaran dan penambahbaikan yang akan dicadangkan oleh WUIF dari semasa ke semasa.
  13. SAQ tidak akan menggunakan bahan serta material yang dihasilkan oleh WUIF untuk sebarang tujuan komersil tanpa persetujuan dan/atau kelulusan pihak WUIF.
  14. SAQ hendaklah menghormati sebarang perjanjian dan/ atau persetujuan yang telah dijalinkan oleh WUIF dengan mana-mana pihak.
  15. SAQ bersedia untuk berbincang dan bekerjasama dengan WUIF pada bila-bila masa demi Misi MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah melalui berinteraksi dengan al-Quran Baca, Faham dan Amal.
  16. Selain daripada pautan sebagai rujukan dan panduan penganjuran program tahunan SAQ bersama WUIF, SAQ turut digalakkan untuk mendapatkan nasihat serta panduan sebelum menggunapakai nama-nama program yang dianjurkan oleh WUIF, supaya objektif perlaksanaan program oleh SAQ dapat dicapai secara optimum.
  17. Dalam keadaan di mana akad tersebut diingkari, pihak WUIF berhak meneruskan dengan tindakan-tindakan yang sewajarnya yang tidak terkecuali tindakan undang-undang bagi menghalang pengingkaran tersebut dari berterusan.