SFC 2: DILEMA TUKANG JAHIT MUSIM COVID-19

“Hampir dua tahun, pendapatan saya semakin menurun hinggalah tiada lagi pendapatan atau keuntungan yang masuk. Semua duit simpanan yang ada habis buat bayar hutang dan perbelanjaan harian.”

Demikian luahan tukang jahit, Sarimah Ismail, 56, ketika ditemu bual dalam program Soul Fitness Clinic yang bersiaran di platform utama Facebook Soul Fitness pada 28 Julai 2021. Setiap pemanggil yang terpilih diberi sumbangan sebanyak RM200, hasil sumbangan orang ramai melalui daripada Tabung Gerakan Al-Quran.

Program tersebut dianjurkan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas bertujuan untuk membantu golongan terkesan akibat pandemik Covid-19 dari segi sokongan kerohanian dengan berpandukan al-Quran dan sumbangan kewangan RM200 kepada mereka yang terpilih.

Sebelum Perlaksanaan Kawalan Pergerakan (PKP), ibu tunggal kepada seorangn anak ini pernah meraih pendapatan ribuan ringgit melalui tempahan jahitan. Namun siapa sangka, perniagaan beliau terkesan sehingga tiada pendapatan.”

Pelbagai produk jahitan dihasilkan dari kedai jahitan Sarimah sebelum PKP.

“Kesan pandemik Covid-19 yang melanda negara semenjak tahun lepas adalah tempahan baju raya tidak mendapat sambutan sehingga Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

“Saya terpaksa memberhentikan dua daripada tiga pekerja kerana tidak mampu untuk membayar gaji mereka. Hanya seorang sahaja yang diambil secara kontrak.

“Keputusan kerajaan mengumumkan kemudahan pengeluaran caruman Akaun 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan langkah permulaan yang sangat berkesan bagi meringankan beban saya.

“Namun, saya telah menggunakan semua wang tersebut untuk membayar hutang termasuk kad kredit dan bayaran kereta.”

Sarimah berharap dapat terima lebih banyak tempahan jahitan selepas musim PKP

Sarimah melakukan pelbagai kerja bagi menampung keperluan dan pembelajaran anak tunggalnya di sepanjang PKP. Beliau menjual tanah tanaman dan mendapat komisen daripada ejen.

“Sepanjang tempoh PKP, saya mendapat bantuan daripada komuniti dan wakil rakyat dalam bentuk sumbangan makanan dan wang.  Saya juga pernah menerima bantuan RM200 daripada pihak pusat zakat.

“Selepas PKP, saya berharap kembali menjahit dan dapat lebih banyak tempahan jahitan yang menjadi sumber pendapatan keluarga saya,” katanya yang berpengalaman 20 tahun sebagai tukang jahit.

Sarimah (dua, kiri) sertai kerja amal bantu golongan terkesan akibat Covid-19.

Hikmah di sebalik ujian yang dilalui, Sarimah menggunakan ruang masa untuk mendekati ALLAH SWT melalui mengaji, solat sunat dan bersedekah. Jika tidak mampu membantu kepada golongan yang memerlukan, beliau menyebarkan maklumat  tersebut kepada grup WhatsAPP, selain melibatkan diri dalam kerja amal bagi membantu golongan terkesan akibat Covid-19.

Orang ramai yang ingin menempah pakaian atau hiasan dalaman di sekitar Seremban, boleh hubungi Sarimah di talian 012-9351030. Saluran bantuan juga boleh disalurkan terus ke akaun Alliance Bank 050170012707869.

NOTA: Terima kasih kepada para penyumbang Tabung Gerakan Al-Quran yang bersama membantu masyarakat yang terjejas kesan daripada pandemik COVID-19. Untuk sumbangan ke Tabung Gerakan Al-Quran WUI boleh dibuat melalui MBB : 564276538528 (Warisan Ummah Ikhlas Foundation)

Terima Kasih

Mesej Anda telah berjaya di hantar

  1. WUIF memberikan ruang penyertaan kepada Sahabah AlQuran (SAQ) bersama menghadiri aktiviti-aktiviti di bawah anjuran WUIF.
  2. Kebenaran menyertai aktiviti WUIF adalah tertakluk kepada syarat bahawa SAQ tidak membawa agenda dan unsur-unsur yang menyentuh sensitviti masyarakat.
  3. WUIF tidak memberi jaminan bahawa sebarang penyertaaan SAQ bersamanya dalam apa-apa aktiviti akan mendapat sebarang liputan secara peribadi sama ada kepada individu mahupun kumpulan tertentu.
  4. WUIF akan berusaha memberi sokongan berupa bentuk placard, bookmark sama ada melalui softcopy ataupun bahan bercetak    sekiranya sesuai dan stok bahan-bahan publisiti tersedia semasa program-program yang dijalankan oleh pihak SAQ.
  5. WUIF mempunyai hak untuk berkongsi gambar-gambar SAQ yang menyertai aktiviti atau program bersama WUIF di mana-mana saluran media yang bersesuaian, yang WUIF mempunyai akses terhadapnya.
  6. Penyertaan wakil pihak WUIF dalam sebarang aktiviti SAQ (sekiranya berkaitan) adalah tertakluk kepada kesesuaian masa dan kelapangan wakil-wakil tersebut.
  7. Pihak WUIF mempunyai budibicara untuk berkongsi dengan mana-mana saluran media yang bersesuaian bahan-bahan serta perkongsian oleh SAQ di mana-mana saluran media.
  8. SAQ bersetuju akan menjalankan jalinan kerjasama dengan WUIF dengan membawa prinsip, visi dan misi yang berteraskan panduan al-Quran dan As-Sunnah.
  9. SAQ akan memberikan maklumbalas dan laporan kepada pihak WUIF      berdasarkan sebarang aktiviti dan/atau dapatan dari eksperimen sosial (jika berkaitan) yang dijalankan bertujuan membantumempertingkatkan kualiti penyampaian al-Quran kepada orang awam.
  10. SAQ akan sentiasa menjaga nama baik WUIF dalam setiap aktiviti yang dijalankan di samping berusaha mempamerkan nilai al-Quran di dalam setiap program dan/atau aktiviti yang dijalankan.
  11. SAQ bersedia menyelia dan bertanggungjawab terhadap setiap aktiviti yang dijalankan sama ada dengan atau tanpa kehadiran wakil daripada pihak WUIF.
  12. SAQ akan menjalankan aktivitinya tertakluk kepada kebenaran dan penambahbaikan yang akan dicadangkan oleh WUIF dari semasa ke semasa.
  13. SAQ tidak akan menggunakan bahan serta material yang dihasilkan oleh WUIF untuk sebarang tujuan komersil tanpa persetujuan dan/atau kelulusan pihak WUIF.
  14. SAQ hendaklah menghormati sebarang perjanjian dan/ atau persetujuan yang telah dijalinkan oleh WUIF dengan mana-mana pihak.
  15. SAQ bersedia untuk berbincang dan bekerjasama dengan WUIF pada bila-bila masa demi Misi MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah melalui berinteraksi dengan al-Quran Baca, Faham dan Amal.
  16. Selain daripada pautan sebagai rujukan dan panduan penganjuran program tahunan SAQ bersama WUIF, SAQ turut digalakkan untuk mendapatkan nasihat serta panduan sebelum menggunapakai nama-nama program yang dianjurkan oleh WUIF, supaya objektif perlaksanaan program oleh SAQ dapat dicapai secara optimum.
  17. Dalam keadaan di mana akad tersebut diingkari, pihak WUIF berhak meneruskan dengan tindakan-tindakan yang sewajarnya yang tidak terkecuali tindakan undang-undang bagi menghalang pengingkaran tersebut dari berterusan.