DAHULU PENAGIH DADAH, KINI KETAGIH MY #QURANTIME

KISAH MYQT0018

Semenjak saya mengikuti Malaysia #QuranTime sehingga kini, My #QuranTime, ia banyak memberi kesan kepada diri saya. Jika sebelum ini saya penagih dadah yang tegar, kini menjadi ketagih #QuranTime.

Saya mengambil dadah sejak 1996. Kini saya sudah berusia 56 tahun. Tipulah kalau saya kata tidak menagih langsung. Alhamdulillah, saya sudah kurangkan ketagihan dan mengubah untuk menjauhi dadah.

Saya menanamkan azam dan semangat untuk membuang jauh dan membenci ketagihan ini. Ia mungkin ambil masa untuk saya bersih daripada dadah. Apapun saya rasa syukur alhamdulillah kerana kini menjadi penagih al-Quran.

Pengisian ilmu al-Quran melalui #QuranTime yang bersiaran di TV AlHijrah telah memberi keyakinan kepada saya untuk kembali kepada al-Quran. Ayat-ayat al-Quran yang dibacakan oleh para qari dan pentadabbur mampu menusuk dan mencairkan hati rohani saya.

Saya mendapat penjelasan ayat al-Quran seperti kutuk saya, kemudian ada ayat al-Quran yang memujuk dan beri semangat kepada saya.

Kalam ALLAH perlu kita yakini. Kita jangan membiarkan nafsu merajai kita, sebab kita diberi akal, akal diberi ilmu. Ilmu itu datang daripada ALLAH SWT.

Jika ilmu al-Quran sudah sampai menjentik hati tetapi masih tidak sedarkan diri, ini bermakna kita tolak Tuhan dan ketepikan Dia. Ini menyebabkan seseorang itu melihat Kalam Tuhan sebagai duka cita, bukan jalan rujukan atau panduan hidup.

Mengikuti pengisian My #QuranTime, telah membuatkan saya menangis banyak kali. Sebelum ini saya menjaga arwah ibu yang sedang uzur sehingga beliau meninggal dunia baru-baru ini. Arwah ibu saya berpesan kepada saya agar jangan tinggal solat dan jaga al-Quran.

Walaupun penjelasan tenaga pengajar My #QuranTime bertaraf universiti, tetapi saya dapat mengikutinya. Cara penyampaian beliau terus masuk ke hati untuk kita berfikir.

Sesetengah penceramah lain melontarkan soalan untuk kita sendiri berfikir dan renung-renungkan. Sedangkan saya tidak ada ilmu untuk memahaminya.

Berbeza dengan pentadabbur My #QuranTime yang selalu memberi soalan dan menjawab sendiri soalan tersebut. Cuma kita sebagai penonton boleh terima atau tidak, terpulang. Jawapan yang diberi oleh pentadabbur adalah jawaban daripada ALLAH, dan bukannya sesedap hati dia bercakap.

Saya kini berusaha tinggalkan terus dadah. Saya sebenarnya malu kepada diri sendiri.

Adik-beradik saya tidak marah, malah mereka memberi sokongan atas perubahan diri saya. Dengan mendekati diri al-Quran, saya mendapat semula maruah saya.

Antara ayat al-Quran yang sangat dekat dengan saya antaranya:

ALLAH SWT berfirman: “Sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan gurau senda. Jika kamu beriman serta bertakwa, ALLAH akan memberikan pahala kepadmu, dan Dia tidak akan meminta hartamu.” (Surah Muhammad, 47: 36)

ALLAH SWT berfirman: “Dan kehidupan dunia ini hanyalah gurau senda dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya jika mereka mengetahui.” (Surah Al-Ankabut, 29 : 64)

ALLAH SWT berfirman: “Dan kehidupan ini, hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan akhirat itu, sesungguhnya lebih baik bagi orang yang bertakwa. Tidakkah kamu mengerti?” (Surah Al-An’am, 6 : 32)

Ternyata dunia ini tempat senda gurau. Jadi kita perlu fikir semula untuk jaga diri daripada perkara lagha. Ikutlah jalan ALLAH, insya-ALLAH, kita akan raih semula maruah di sisi ALLAH.

Alhamdulillah, saya kini boleh ikuti bacaan al-Quran. Saya sudah beli al-Quran sendiri semata-mata untuk mengikuti My #QuranTime.

Kalau boleh ia bukan sekadar khatam al-Quran, malah dapat khatam setiap perkataan yang mengandungi sifat dan makrifat.

Saya berdoa semoga saya menjadi hamba ALLAH yang berakal dan berilmu dengan berpandukan al-Quran dan Sunnah untuk menuju ke jalan yang diredai ALLAH. Amin.

Daripada
Shah Harun
Kemaman, Terengganu

*Gambar hiasan – FOTO SH
——————————————————————————-
P/S: Jika ada berminat untuk berkongsi kisah inspirasi berwakaf dan mencari keredaan ALLAH, boleh emelkan nukilan anda kepada [email protected] WhatsApp nukilan anda di 019 380 3635.
Misi MENGQURANKAN BANGSA, MENGIKHLASKAN UMMAH
#WakafQuran
#QuranCorner
#TroliIbadah

 

Terima Kasih

Mesej Anda telah berjaya di hantar

  1. WUIF memberikan ruang penyertaan kepada Sahabah AlQuran (SAQ) bersama menghadiri aktiviti-aktiviti di bawah anjuran WUIF.
  2. Kebenaran menyertai aktiviti WUIF adalah tertakluk kepada syarat bahawa SAQ tidak membawa agenda dan unsur-unsur yang menyentuh sensitviti masyarakat.
  3. WUIF tidak memberi jaminan bahawa sebarang penyertaaan SAQ bersamanya dalam apa-apa aktiviti akan mendapat sebarang liputan secara peribadi sama ada kepada individu mahupun kumpulan tertentu.
  4. WUIF akan berusaha memberi sokongan berupa bentuk placard, bookmark sama ada melalui softcopy ataupun bahan bercetak    sekiranya sesuai dan stok bahan-bahan publisiti tersedia semasa program-program yang dijalankan oleh pihak SAQ.
  5. WUIF mempunyai hak untuk berkongsi gambar-gambar SAQ yang menyertai aktiviti atau program bersama WUIF di mana-mana saluran media yang bersesuaian, yang WUIF mempunyai akses terhadapnya.
  6. Penyertaan wakil pihak WUIF dalam sebarang aktiviti SAQ (sekiranya berkaitan) adalah tertakluk kepada kesesuaian masa dan kelapangan wakil-wakil tersebut.
  7. Pihak WUIF mempunyai budibicara untuk berkongsi dengan mana-mana saluran media yang bersesuaian bahan-bahan serta perkongsian oleh SAQ di mana-mana saluran media.
  8. SAQ bersetuju akan menjalankan jalinan kerjasama dengan WUIF dengan membawa prinsip, visi dan misi yang berteraskan panduan al-Quran dan As-Sunnah.
  9. SAQ akan memberikan maklumbalas dan laporan kepada pihak WUIF      berdasarkan sebarang aktiviti dan/atau dapatan dari eksperimen sosial (jika berkaitan) yang dijalankan bertujuan membantumempertingkatkan kualiti penyampaian al-Quran kepada orang awam.
  10. SAQ akan sentiasa menjaga nama baik WUIF dalam setiap aktiviti yang dijalankan di samping berusaha mempamerkan nilai al-Quran di dalam setiap program dan/atau aktiviti yang dijalankan.
  11. SAQ bersedia menyelia dan bertanggungjawab terhadap setiap aktiviti yang dijalankan sama ada dengan atau tanpa kehadiran wakil daripada pihak WUIF.
  12. SAQ akan menjalankan aktivitinya tertakluk kepada kebenaran dan penambahbaikan yang akan dicadangkan oleh WUIF dari semasa ke semasa.
  13. SAQ tidak akan menggunakan bahan serta material yang dihasilkan oleh WUIF untuk sebarang tujuan komersil tanpa persetujuan dan/atau kelulusan pihak WUIF.
  14. SAQ hendaklah menghormati sebarang perjanjian dan/ atau persetujuan yang telah dijalinkan oleh WUIF dengan mana-mana pihak.
  15. SAQ bersedia untuk berbincang dan bekerjasama dengan WUIF pada bila-bila masa demi Misi MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah melalui berinteraksi dengan al-Quran Baca, Faham dan Amal.
  16. Selain daripada pautan sebagai rujukan dan panduan penganjuran program tahunan SAQ bersama WUIF, SAQ turut digalakkan untuk mendapatkan nasihat serta panduan sebelum menggunapakai nama-nama program yang dianjurkan oleh WUIF, supaya objektif perlaksanaan program oleh SAQ dapat dicapai secara optimum.
  17. Dalam keadaan di mana akad tersebut diingkari, pihak WUIF berhak meneruskan dengan tindakan-tindakan yang sewajarnya yang tidak terkecuali tindakan undang-undang bagi menghalang pengingkaran tersebut dari berterusan.