SFC 6,7,8 : HILANG SUMBER PENDAPATAN KESAN BISNES TUTUP MUSIM PKP

Oleh: MARAWATY ABDUL HARIS

Golongan usahawan antara yang terkesan akibat pandemik Covid-19, sehingga terpaksa mencari peluang lain untuk kelangsungan hidup.

Begitu juga yang dialami oleh pemilik Furqon Natural Therapy & Acupuncture Centre, Petaling Jaya, Hafiza Alias yang terpaksa akur dengan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan menghentikan operasi perniagaan sepanjang tempoh tersebut.

Kesan penutupan operasi perniagaan tersebut menyebabkan tiada sumber pendapatan. Dua daripada tiga pekerja secara sukarela berhenti kerja. Namun beliau dan suaminya  tidak mahu mengalah untuk rebah kerana perniagaan yang dijalankan adalah menawarkan kaedah rawatan Islam dan akupuntur.

“Sebanyak 70 peratus daripada hasil keuntungan perniagaan didermakan kepada Maahad Tahfiz dan selebihnya digunakan untuk program Rumah Ngaji @ Furqon DWP yang kami buka kepada orang ramai.

Hafiza (tengah) berkongsi inspirasi ketika pembukaan Rumah Ngaji @ Furqon DWP di Furqon Natural Therapy & Acupuncture Centre , Petaling Jaya tahun lalu.  

“Kami menjalankan kelas bertajuk La Tahzan secara dalam talian di bawah Rumah Ngaji. Ia secara langsung memberi semangat kepada kami dan masyarakat dalam menghadapi pandemik ini.

“Sekarang kami bertawakal dan memberi manfaat kepada masyarakat di luar. Saya percaya apabila kita banyak menolong orang, ALLAH akan membalas kebaikan. Semoga perniagaan kami yang mementingkan kesihatan terus beroperasi dan menjadi ibadah yang diterima ALLAH,” katanya.

Orang ramai yang berminat untuk mendapatkan rawatan rawatan komplimentari seperti akupuntur, bekam, dan terapi ais, bolehlah menghubungi Hafiza untuk tempahan di link yang diberikan furqonnaturaltherapyacupunture.com atau ingin menderma terus ke akaun Maybank 12289010023097.

 

GUNA DUIT MODAL, GADAI BARANG KEMAS UNTUK KELANGSUNGAN HIDUP

Pemanggil Soul Fitness Episod 12, Suhaiza Ahmad dari Kodiang, Kedah berkongsi kisah mengenai suaminya yang membuka bengkel motor sebagai pendapatan utama keluarga terpaksa ditutup sepanjang  musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Suami saya tidak pendapatan sejak April 2021, telah menggunakan semua modal berniaga sebelum ini untuk membayar dan membeli keperluan. Saya juga terpaksa menjual barang kemas bagi kelangsungan hidup kami sekeluarga.

“Saya rasa sebak dan sedih apabila tidak dapat memenuhi keinginan anak. Kami hanya membeli mengikut keperluan sahaja. Saya doakan virus ini akan hilang dengan segera di muka bumi ini agar kami dapat membuat kerja seperti biasa.

“Walaupun ada beban yang di atas bahu, saya akan berserah kepada ALLAH SWT. Setiap kali sujud saya akan berdoa bukan sahaja untuk saya tapi juga pada orang lain termasuk jiran”.

Orang ramai yang ini memberi sumbangan, boleh salurkan bantuan kepada Suriati  ke akaun Maybank 164801105806.

 

GIGIH CARI REZEKI UNTUK SARA KELUARGA

Kehilangan kerja sebagai tukang masak di hotel pada Januari 2021, membuatkan Roslina @ Mary Christina Bak beralih kepada bidang perniagaan membela dan menjual ayam.  Dengan pendapatan tersebut, beliau membayar yuran anak sulung yang belajar di kolej dan perbelanjaan di rumah.

“Walaupun suami bekerja sebagai penyelenggara hotel tetapi hanya mampu memberikan nafkah sebanyak RM250 sebulan. Sedangkan saya kini tiada pendapatan dan ayam juga telah habis dijual. Hanya tinggal anak-anak ayam sahaja.

<a href='https://www.freepik.com/photos/nature'>Nature photo created by wirestock - www.freepik.com</a>
Gambar hiasan. Roslina pernah mengusahakan jualan ayam selepas diberhentikan kerja sebagai tukang masak di hotel.

“Saya sebagai mualaf dan bergelar asnaf mendapat bantuan sebanyak RM350 dari Majlis Agama Islam Melaka, memandangkan tiada pekerjaan. Pada masa sama, saya mencari kerja lain seperti menolong orang di kedai makan, mengemas rumah di rumah orang dan akan dibayar mengikut jam bekerja.

“Berbekalkan pengalaman sebagai tukang masak, saya berhasrat untuk buat bisnes makanan secara online. Tapi ia belum kesampaian kerana tidak cukup modal untuk memulakan perniagaan.

“Saya sentiasa berdoa dan mengharapkan bantuan ALLAH. Kekuatan saya adalah ALLAH SWT dan anak-anak saya. Semoga ALLAH memberi kesihatan yang baik dan melimpahruahkan rezeki kepada saya dan keluarga.”

Orang ramai yang ingin membantu, boleh hulurkan sumbangan kepada Roslina @ Mary Christina Bak melalui akaun CIMB 7066466457.

Terima Kasih

Mesej Anda telah berjaya di hantar

  1. WUIF memberikan ruang penyertaan kepada Sahabah AlQuran (SAQ) bersama menghadiri aktiviti-aktiviti di bawah anjuran WUIF.
  2. Kebenaran menyertai aktiviti WUIF adalah tertakluk kepada syarat bahawa SAQ tidak membawa agenda dan unsur-unsur yang menyentuh sensitviti masyarakat.
  3. WUIF tidak memberi jaminan bahawa sebarang penyertaaan SAQ bersamanya dalam apa-apa aktiviti akan mendapat sebarang liputan secara peribadi sama ada kepada individu mahupun kumpulan tertentu.
  4. WUIF akan berusaha memberi sokongan berupa bentuk placard, bookmark sama ada melalui softcopy ataupun bahan bercetak    sekiranya sesuai dan stok bahan-bahan publisiti tersedia semasa program-program yang dijalankan oleh pihak SAQ.
  5. WUIF mempunyai hak untuk berkongsi gambar-gambar SAQ yang menyertai aktiviti atau program bersama WUIF di mana-mana saluran media yang bersesuaian, yang WUIF mempunyai akses terhadapnya.
  6. Penyertaan wakil pihak WUIF dalam sebarang aktiviti SAQ (sekiranya berkaitan) adalah tertakluk kepada kesesuaian masa dan kelapangan wakil-wakil tersebut.
  7. Pihak WUIF mempunyai budibicara untuk berkongsi dengan mana-mana saluran media yang bersesuaian bahan-bahan serta perkongsian oleh SAQ di mana-mana saluran media.
  8. SAQ bersetuju akan menjalankan jalinan kerjasama dengan WUIF dengan membawa prinsip, visi dan misi yang berteraskan panduan al-Quran dan As-Sunnah.
  9. SAQ akan memberikan maklumbalas dan laporan kepada pihak WUIF      berdasarkan sebarang aktiviti dan/atau dapatan dari eksperimen sosial (jika berkaitan) yang dijalankan bertujuan membantumempertingkatkan kualiti penyampaian al-Quran kepada orang awam.
  10. SAQ akan sentiasa menjaga nama baik WUIF dalam setiap aktiviti yang dijalankan di samping berusaha mempamerkan nilai al-Quran di dalam setiap program dan/atau aktiviti yang dijalankan.
  11. SAQ bersedia menyelia dan bertanggungjawab terhadap setiap aktiviti yang dijalankan sama ada dengan atau tanpa kehadiran wakil daripada pihak WUIF.
  12. SAQ akan menjalankan aktivitinya tertakluk kepada kebenaran dan penambahbaikan yang akan dicadangkan oleh WUIF dari semasa ke semasa.
  13. SAQ tidak akan menggunakan bahan serta material yang dihasilkan oleh WUIF untuk sebarang tujuan komersil tanpa persetujuan dan/atau kelulusan pihak WUIF.
  14. SAQ hendaklah menghormati sebarang perjanjian dan/ atau persetujuan yang telah dijalinkan oleh WUIF dengan mana-mana pihak.
  15. SAQ bersedia untuk berbincang dan bekerjasama dengan WUIF pada bila-bila masa demi Misi MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah melalui berinteraksi dengan al-Quran Baca, Faham dan Amal.
  16. Selain daripada pautan sebagai rujukan dan panduan penganjuran program tahunan SAQ bersama WUIF, SAQ turut digalakkan untuk mendapatkan nasihat serta panduan sebelum menggunapakai nama-nama program yang dianjurkan oleh WUIF, supaya objektif perlaksanaan program oleh SAQ dapat dicapai secara optimum.
  17. Dalam keadaan di mana akad tersebut diingkari, pihak WUIF berhak meneruskan dengan tindakan-tindakan yang sewajarnya yang tidak terkecuali tindakan undang-undang bagi menghalang pengingkaran tersebut dari berterusan.