AL-QURAN MENJADI TEMAN RAPAT KETIKA MENGANDUNG

KISAH MYQT0003

Menunggu saat melahirkan zuriat, adalah saat yang cukup membahagiakan bagi Seorang ibu, walaupun pengalaman itu sudah ditempuhi berkali-kali.

Kedekatan dan rasa begitu disayangi ALLAH SWT, kerana setiap amal yang dilakukan diganda ganjarannya kerana lemahnya tubuh membawa amanah dan hadiah daripada-Nya.

Pengalaman kali ke-7 hamil, pada usia yang sudah meningkat bukanlah sesuatu yang dijangka. Tambahan saya pernah mengalami keguguran sebelum itu. Tapi kali ini luar biasa, pelbagai komplikasi terpaksa didepani sebelum lahir permata hati bonda ini.

Komplikasi dan risiko yang pelbagai menyebabkan kelahiran ke-6 ini dirancang di hospital kerajaan sekalipun tempoh menunggunya agak lama tetap digagahi juga kerana “detail” yang perlu dihadapi.

Pemeriksaan susulan yang agak kerap, berlangsung seperti biasa, dengan tempoh menunggu yang ada dapatlah diisi dengan menyelesaikan bacaan al-Quran, dibaca terjemahannya dari beberapa surah dan juzuk yang disasarkan sepanjang tempoh kehamilan.

Saya kira perkara ini biasa bagi mana-mana ibu yang sedang menunggu kelahiran cahaya mata, lebih berusaha rapat dengan al-Quran walaupun sebelumnya tidaklah sekerap itu.

 

Gambar hiasan. Masa menunggu boleh diisi dengan membaca al-Quran.

 

Sehinggalah suatu hari ketika leka membaca al-Quran di telefon bimbit, bateri tiba-tiba habis. Entah mengapa hati rasa benar-benar tersentak dan kehilangan kerana ayat berkenaan belum lagi habis dibaca dan tiba-tiba hilang.

Saya merayau di ruang-ruang bacaan majalah dan buku yang disediakan pihak hospital besar tersebut, menyimpan harapan dapat menemukan al-Quran, kalaulah ada.

Hendak ke surau, nombor giliran melompat-lompat bimbang terlepas pula giliran setelah lebih dua jam menunggu.

Saya cuba ke kaunter jururawat yang berdekatan pada tingkat yang sama tapi tidak ada juga al-Quran. Saya benar-benar tak pasti kenapa saya begitu yakin pasti ada al-Quran walaupun senaskhah di tingkat tersebut.

Disebabkan tidak menjumpai setelah bertanya di kaunter-kaunter, saya mohon masuk ke bilik yang ada doktor tanpa pesakit bersamanya, memohon maaf dan menyampaikan hasrat saya mencari naskhah al-Quran.

Si Doktor tersebut bertanya kenapa tak download di telefon bimbit? Saya maklumkan saya sedang baca tapi bateri habis.

Doktor tersebut dengan penuh semangat bangun dan turut bertanya di bilik-bilik berdekatan jika ada al-Quran untuk dipinjamkan kepada saya, beliau minta maaf kerana sudah cuba mencari tapi hampa.

Pada waktu itu membayangkan bagaimana agaknya jika ada sudut al-Quran, sebagai pilihan bahan bacaan kepada ibu-ibu mengandung atau bakal ayah di tingkat ini? Kalau ada, bagaimana pula jika tiada yang berminat menyentuhnya?

Tapi itukan mukjizat, boleh jadi, ada al-Quran juga sudah menjadi Rahmat untuk semua yang sedang berurusan di situ. Kalaulah ada sudut itu, mudahlah untuk ibu ayah ini memegang mushaf, membelek sebaris dua ayat, yang mungkin menjawab rawan di dada bakal ibu yang berdepan komplikasi seperti saya. Angan-angan terus berlangsung tanpa sedar akhirnya nombor giliran saya dipanggil.

Beberapa minggu lepas, saya dikejutkan dengan poster wakaf di program Malaysia #QuranTime, pengagihan al-Quran terjemahan ke hospital-hospital sebagai suntikan semangat kepada barisan hadapan, kegunaan pelawat dan para pesakit. Diikuti gambar-gambar #QuranCorner yang tular di media sosial diwujudkan di hospital-hospital seluruh negara.

Alhamdulillah, Wakaf Ummah untuk Ummah, yang disampaikan kepada hospital-hospital ini pastinya membawa sejuta Rahmat kepad petugas, pesakit dan pelawat.

Insya-ALLAH saya tidak mengandung lagi, tapi kali ini, sama ada sebagai pelawat atau pesakit suatu hari nanti saya tahu sudah ada mushaf al-Quran yang boleh didapati di hampir setiap sudut hospital, boleh dipegang untuk keberkatannya, lebih jelas dilihat berbanding di telefon bimbit, bahkan ia adalah al-Quran terjemahan yang cantik. Amat memudahkan.

Melihat hampir 2,000 naskhah al-Quran ditempatkan di hospital di mana begitu sukar saya mendapatkan aksesnya sebelum ini, amat terasa akan kebenaran janji-Nya.

Ini juga mukjizat al-Quran yang tidak terjangka, memperjalankan manusia, hati-hati penganjur, para pewakaf dan insiden COVID-19, telah membawa al-Quran (dengan izin ALLAH) ke tempat di mana kita perlu meyakini ALLAH adalah sebenar-benar pemberi penyembuhan.

Ayat-ayatNya memberi keyakinan bahawa harapan masih ada, dan putus asa bukan jalan keluar dari kekusutan hidup. Komplikasi dan sakit adalah hadiah.
Sepertimana #QuranCorner adalah hadiah amat bernilai daripada ALLAH SWT untuk kita.

#QuranCorner ini, melihatnya saja memperteguh ikrar kita bahawa sepenuh pergantungan diletakkan kepada ALLAH dengan al-Quran. Segala ketetapan diterima dengan penuh ketenangan dengan al Quran. Segala resah gelisah diubat dengan al-Quran.

Apatah lagi, dibuka, dibaca direnungi makna dan terjemahannya ketika di hospital. Kesakitan diubati bukan saja di sudut fizikal bahkan jiwa dan semangat yang rawat dengan al-lQuran akan menjadi luar biasa.

Allahu ALLAH, apakah lagi yang boleh saya katakan untuk Nikmat-Nya yang sehebat ini yang di mana saja kita berada, yakin bahawa ALLAH dan Kalam-Nya sentiasa bersama.

Alhamdulillah… Alhamdulillah..

Daripada

NN
Shah Alam

 

*********************************************************************

P/S: Jika ada berminat untuk berkongsi kisah inspirasi berwakaf dan mencari keredaan ALLAH, boleh emelkan nukilan anda kepada [email protected] WhatsApp nukilan anda di 019 380 3635.

 

Misi MENGQURANKAN BANGSA, MENGIKHLASKAN UMMAH

#WakafQuran
#QuranCorner
#TroliIbadah

Terima Kasih

Mesej Anda telah berjaya di hantar

  1. WUIF memberikan ruang penyertaan kepada Sahabah AlQuran (SAQ) bersama menghadiri aktiviti-aktiviti di bawah anjuran WUIF.
  2. Kebenaran menyertai aktiviti WUIF adalah tertakluk kepada syarat bahawa SAQ tidak membawa agenda dan unsur-unsur yang menyentuh sensitviti masyarakat.
  3. WUIF tidak memberi jaminan bahawa sebarang penyertaaan SAQ bersamanya dalam apa-apa aktiviti akan mendapat sebarang liputan secara peribadi sama ada kepada individu mahupun kumpulan tertentu.
  4. WUIF akan berusaha memberi sokongan berupa bentuk placard, bookmark sama ada melalui softcopy ataupun bahan bercetak    sekiranya sesuai dan stok bahan-bahan publisiti tersedia semasa program-program yang dijalankan oleh pihak SAQ.
  5. WUIF mempunyai hak untuk berkongsi gambar-gambar SAQ yang menyertai aktiviti atau program bersama WUIF di mana-mana saluran media yang bersesuaian, yang WUIF mempunyai akses terhadapnya.
  6. Penyertaan wakil pihak WUIF dalam sebarang aktiviti SAQ (sekiranya berkaitan) adalah tertakluk kepada kesesuaian masa dan kelapangan wakil-wakil tersebut.
  7. Pihak WUIF mempunyai budibicara untuk berkongsi dengan mana-mana saluran media yang bersesuaian bahan-bahan serta perkongsian oleh SAQ di mana-mana saluran media.
  8. SAQ bersetuju akan menjalankan jalinan kerjasama dengan WUIF dengan membawa prinsip, visi dan misi yang berteraskan panduan al-Quran dan As-Sunnah.
  9. SAQ akan memberikan maklumbalas dan laporan kepada pihak WUIF      berdasarkan sebarang aktiviti dan/atau dapatan dari eksperimen sosial (jika berkaitan) yang dijalankan bertujuan membantumempertingkatkan kualiti penyampaian al-Quran kepada orang awam.
  10. SAQ akan sentiasa menjaga nama baik WUIF dalam setiap aktiviti yang dijalankan di samping berusaha mempamerkan nilai al-Quran di dalam setiap program dan/atau aktiviti yang dijalankan.
  11. SAQ bersedia menyelia dan bertanggungjawab terhadap setiap aktiviti yang dijalankan sama ada dengan atau tanpa kehadiran wakil daripada pihak WUIF.
  12. SAQ akan menjalankan aktivitinya tertakluk kepada kebenaran dan penambahbaikan yang akan dicadangkan oleh WUIF dari semasa ke semasa.
  13. SAQ tidak akan menggunakan bahan serta material yang dihasilkan oleh WUIF untuk sebarang tujuan komersil tanpa persetujuan dan/atau kelulusan pihak WUIF.
  14. SAQ hendaklah menghormati sebarang perjanjian dan/ atau persetujuan yang telah dijalinkan oleh WUIF dengan mana-mana pihak.
  15. SAQ bersedia untuk berbincang dan bekerjasama dengan WUIF pada bila-bila masa demi Misi MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah melalui berinteraksi dengan al-Quran Baca, Faham dan Amal.
  16. Selain daripada pautan sebagai rujukan dan panduan penganjuran program tahunan SAQ bersama WUIF, SAQ turut digalakkan untuk mendapatkan nasihat serta panduan sebelum menggunapakai nama-nama program yang dianjurkan oleh WUIF, supaya objektif perlaksanaan program oleh SAQ dapat dicapai secara optimum.
  17. Dalam keadaan di mana akad tersebut diingkari, pihak WUIF berhak meneruskan dengan tindakan-tindakan yang sewajarnya yang tidak terkecuali tindakan undang-undang bagi menghalang pengingkaran tersebut dari berterusan.