BENGKEL KHAZANAH 114: PROGRAM MY #QURANTIME KEPADA BUKU

Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Karya Bestari dan para Panel Pemikir My #QuranTime berkampung selama tiga hari bagi merealisasikan pembukuan Nota My #QuranTime dan Khazanah 114 bagi My #QuranTime.

Program Bengkel Khazanah 114 diadakan di Kelana Jaya, Petaling Jaya, bermula 11 Julai lalu. Inisiatif membukukan bahan My #QuranTime ini selari dengan visi mengQurankan bangsa, mengikhlaskan ummah.

Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, My #QuranTime yang bersiaran di TV AlHijrah bermula 8 Jun lalu dengan bantuan ALLAH SWT, menjadi fenomena apabila mendapat sambutan lebih 10 juta penonton.

 

Dari kiri Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman, Fazrul Ismail, Ustaz Safri, Dato’ Hussamuddin, Ustaz Ahmad Tirmizi Ali dan Encik Ahmad Yani.

“Kita mendokumenkan pengisian My #QuranTime dalam bentuk buku, iaitu Nota My #QuranTime dan Khazanah 114 dengan kerjasama Panel Pemikir dan Karya Bestari.

“Buku tersebut diharapkan menjadi kitab khazanah yang memberi solusi masalah kehidupan individu, keluarga dan organisasi dengan berpandukan al-Quran dan Hadis .”

Beliau menambah, WUIF menjadi platform menyatukan ummah dengan al-Quran. Orang yang ikhlas untuk membantu memperbaiki ummah dengan menggunakan solusi al-Quran dialu-alukan turut serta bersama WUIF.

Selain itu, lebih ramai asatizah diharapkan dapat bergabung bersama WUIF sebagai pusat kecemerlangan untuk mengkaji al-Quran dan menyebarkan mesej ALLAH dalam bahasa yang mudah difahami orang awam.

“Dengan penggunaan media digital, ilmu al-Quran ini dapat disebarkan dengan lebih meluas kepada pelbagai bangsa dan terus sampai ke hati,” katanya lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif Karya Bestari, Grup Buku Karangkraf, Firdaus Hussamuddin berkata, pihak Karya Bestari menyambut baik usaha untuk membukukan pengisian My #QuranTime.

Puan Firdaus Hussamuddin

“Editor dan pereka grafik Karya Bestari memberi komitmen yang tinggi terhadap penghasilan buku yang dinanti-nantikan oleh peminat My #QuranTime.

“Mereka bekerjasama yang erat dengan para Panel Pemikir yang bertanggungjawab untuk mengkaji, menyelidik dan memperhalusi isi kandungan buku tersebut yang mengandungi tadabbur al-Quran, sinopsis, tafsir dan resolusi.

“Diharapkan dengan penerbitan buku Nota My #QuranTime dan Khazanah 114, ia dapat dimanfaatkan kepada generasi akan datang dalam mengukuhkan kefahaman al-Quran,” katanya.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif WUIF, Marhaini Yusoff; Ahli Lembaga Pemegang Amanah WUIF, Ahmad Yani Abd Manaf; Qari My #QuranTime, Ustaz Ahmad Tirmizi Ali dan Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman; dan editor Karya Bestari.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari Facebook My #QuranTime Official.

 

 

APA KATA PANEL PEMIKIR

“Menasihati umat berlaku ketika hidup dan ketika mati. Program My #QuranTime yang kini bersiaran di TV adalah satu cara kita menasihati umat ketika hidup. Selepas kita mati, kita panjangkan nasihat itu dengan cara membukukan bahan sedia ada. Namun ia memerlukan kawalan kualiti yang tinggi kerana ia melibatkan al-Quran.” – Ustaz Abdullah Bukhari Abdul Rahim, pensyarah Pusat Bahasa dan Pembangunan Akademik Pra-Universiti, (CELPAD), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

 

 

 

 

 

 

“Al-Quran sebagai mukjizat, baca dapat pahala. Pegang dan tengok al-Quran pun dapat pahala. Apatah lagi jika ktia dapat memahami al-Quran. Sebagai Muslim, kita berusaha untuk faham dan mengamalkan al-Quran yang menjadi panduan hidup. Mendokumentasikan My #QuranTime secara bertulis dan dibukukan boleh dimanfaat oleh masyarakat untuk jangka panjang.” – Dr Hamdi Ishak, Pensyarah Kanan Pusat Kajian al-Quran dan al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia

 

 

 

 

 

 

“Buku khazanah ini akan memudahkan pembaca untuk meneroka al-Quran kerana ada resolusi berdasarkan pemahaman ayat daripada ulama mufassir dan melalui pemahaman melalui ayat yang diturunkan oleh ALLAH SWT. My #QuranTime bertujuan mengembalikan manusia kepada al-Quran, serta mencapai visi mengQurankan bangsa, mengikhlaskan ummah.” – Ustaz Safri Muhammad Zein, Ketua Penyelidik WUIF

 

 

 

 

 

 

 

“Peserta Bengkel Khazanah 114 bertujuan untuk menghasilkan inovasi daripada al-Quran dan Sunnah. Ia memberi cabaran dari segi teknik berfikir dan sebarkan dalam pelbagai bentuk inovasi seperti YouTube, TV dan buku. Dengan membukukan khazanah My #QuranTime, ia dapat menarik minat pembaca untuk membina ilmu, nilai, karakter, budaya dan resolusi kepada diri, keluarga dan organisasi berpandukan al-Quran dan Sunnah.”   – Fazrul Ismail, Ketua Pegawai Penyelidik WUIF

Terima Kasih

Mesej Anda telah berjaya di hantar

  1. WUIF memberikan ruang penyertaan kepada Sahabah AlQuran (SAQ) bersama menghadiri aktiviti-aktiviti di bawah anjuran WUIF.
  2. Kebenaran menyertai aktiviti WUIF adalah tertakluk kepada syarat bahawa SAQ tidak membawa agenda dan unsur-unsur yang menyentuh sensitviti masyarakat.
  3. WUIF tidak memberi jaminan bahawa sebarang penyertaaan SAQ bersamanya dalam apa-apa aktiviti akan mendapat sebarang liputan secara peribadi sama ada kepada individu mahupun kumpulan tertentu.
  4. WUIF akan berusaha memberi sokongan berupa bentuk placard, bookmark sama ada melalui softcopy ataupun bahan bercetak    sekiranya sesuai dan stok bahan-bahan publisiti tersedia semasa program-program yang dijalankan oleh pihak SAQ.
  5. WUIF mempunyai hak untuk berkongsi gambar-gambar SAQ yang menyertai aktiviti atau program bersama WUIF di mana-mana saluran media yang bersesuaian, yang WUIF mempunyai akses terhadapnya.
  6. Penyertaan wakil pihak WUIF dalam sebarang aktiviti SAQ (sekiranya berkaitan) adalah tertakluk kepada kesesuaian masa dan kelapangan wakil-wakil tersebut.
  7. Pihak WUIF mempunyai budibicara untuk berkongsi dengan mana-mana saluran media yang bersesuaian bahan-bahan serta perkongsian oleh SAQ di mana-mana saluran media.
  8. SAQ bersetuju akan menjalankan jalinan kerjasama dengan WUIF dengan membawa prinsip, visi dan misi yang berteraskan panduan al-Quran dan As-Sunnah.
  9. SAQ akan memberikan maklumbalas dan laporan kepada pihak WUIF      berdasarkan sebarang aktiviti dan/atau dapatan dari eksperimen sosial (jika berkaitan) yang dijalankan bertujuan membantumempertingkatkan kualiti penyampaian al-Quran kepada orang awam.
  10. SAQ akan sentiasa menjaga nama baik WUIF dalam setiap aktiviti yang dijalankan di samping berusaha mempamerkan nilai al-Quran di dalam setiap program dan/atau aktiviti yang dijalankan.
  11. SAQ bersedia menyelia dan bertanggungjawab terhadap setiap aktiviti yang dijalankan sama ada dengan atau tanpa kehadiran wakil daripada pihak WUIF.
  12. SAQ akan menjalankan aktivitinya tertakluk kepada kebenaran dan penambahbaikan yang akan dicadangkan oleh WUIF dari semasa ke semasa.
  13. SAQ tidak akan menggunakan bahan serta material yang dihasilkan oleh WUIF untuk sebarang tujuan komersil tanpa persetujuan dan/atau kelulusan pihak WUIF.
  14. SAQ hendaklah menghormati sebarang perjanjian dan/ atau persetujuan yang telah dijalinkan oleh WUIF dengan mana-mana pihak.
  15. SAQ bersedia untuk berbincang dan bekerjasama dengan WUIF pada bila-bila masa demi Misi MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah melalui berinteraksi dengan al-Quran Baca, Faham dan Amal.
  16. Selain daripada pautan sebagai rujukan dan panduan penganjuran program tahunan SAQ bersama WUIF, SAQ turut digalakkan untuk mendapatkan nasihat serta panduan sebelum menggunapakai nama-nama program yang dianjurkan oleh WUIF, supaya objektif perlaksanaan program oleh SAQ dapat dicapai secara optimum.
  17. Dalam keadaan di mana akad tersebut diingkari, pihak WUIF berhak meneruskan dengan tindakan-tindakan yang sewajarnya yang tidak terkecuali tindakan undang-undang bagi menghalang pengingkaran tersebut dari berterusan.