Banduan manfaat Rumah Ngaji

KAJANG: Seramai 4,400 banduan Penjara Kajang mendapat manfaat daripada kempen #QuranHour dengan tertubuhnya cawangan Rumah Ngaji pertama di penjara berkenaan sejak 2015.

Pengarah Jabatan Penjara Kajang, Abdul Halim Ma Hasan, berkata penghayatan terhadap al-Quran lebih berkesan kerana Rumah Ngaji menyediakan modul lengkap, iaitu bukan sekadar membaca, bahkan sesi

tadabbur dan hafalan surah tertentu.

“Projek Rumah Ngaji di Penjara Kajang ialah penanda aras kepada institusi penjara kerana kami yang memulakannya sebelum diikuti lapan jabatan yang lain.

“Kerjasama dengan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas nampaknya berhasil dengan kelas pengajian sedia ada yang selesa dan cukup lengkap dengan alatan bersesuaian seperti naskhah al-Quran, Iqra’ dan rehal.

“Ia juga amat signifikan dalam usaha kami yang menekankan dua aspek, iaitu pendidikan dan pemulihan dalam kalangan banduan,” katanya dalam sesi lawatan media ke Rumah Ngaji Penjara Kajang di sini, hari ini.

Abdul Halim berkata, pengajian al-Quran bagi banduan juga dilihat lebih sistematik dan berstruktur dengan modul yang lengkap dan ditambah pula dengan tenaga pengajar dalam kalangan kakitangan, selain

mendapat bantuan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Menurutnya, sebelum wujud Rumah Ngaji, pengajian agama dan al-Quran di Penjara Kajang tidak diadakan di satu tempat khusus tetapi kewujudan ruang kelas yang boleh menempatkan 80 hingga 100 banduan

dalam satu masa itu memberikan nilai tambah dalam usaha melahirkan masyarakat yang dekat dengan al-Quran.

Lebih empat tahun diadakan, beliau berkata, ada banduan yang sudah khatam al-Quran dan tidak kurang juga yang mampu menghafaz al-Quran.

Abdul Halim yang turut menyokong penuh acara World #QuranHour yang bakal berlangsung secara besar-besaran di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kuala Lumpur

pada 7 Jun ini berkata, banduan Penjara Kajang akan turut melakukan aktiviti bertadarus bagi sama-sama menjayakan kempen berkenaan.

Sementara itu, banduan warga emas, Rahim Yahya, 64 menyifatkan Rumah Ngaji banyak membantunya untuk mendalami al-Quran yang dahulunya ditinggalkan kerana terlalu mengejar hal dunia.

“Saya boleh membaca al-Quran tetapi tidak terlalu baik jadi banyak impak positif apabila diberikan peluang mengikuti kelas Rumah Ngaji di sini, antaranya dapat kembali memperbetulkan bacaan, selain diajar

taranum al-Quran.

“Masyarakat di luar mungkin lebih banyak peluang untuk belajar al-Quran, jadi saya harap kita sama-sama menyokong untuk mengangkat al-Quran ke tahap yang tertinggi,” katanya.

World #Quran Hour tahun ini yang diadakan pada 10hari terakhir Ramadan bermatlamat menggalakkan setiap individu membaca, faham dan mengamalkan nilai yang terdapat dalam al-Quran.

Ia dijangka akan disertai oleh 100 negara dengan pelan jangka panjang bagi mewujudkan sinergi bagi meninggalkan legasi al-Quran dalam umat Islam.

Kredit: Latifah Arifin (Berita Harian)

Comments on Verse

Enter your email to receive a password reset link.

Terima Kasih

Mesej Anda telah berjaya di hantar

  1. WUIF memberikan ruang penyertaan kepada Sahabah AlQuran (SAQ) bersama menghadiri aktiviti-aktiviti di bawah anjuran WUIF.
  2. Kebenaran menyertai aktiviti WUIF adalah tertakluk kepada syarat bahawa SAQ tidak membawa agenda dan unsur-unsur yang menyentuh sensitviti masyarakat.
  3. WUIF tidak memberi jaminan bahawa sebarang penyertaaan SAQ bersamanya dalam apa-apa aktiviti akan mendapat sebarang liputan secara peribadi sama ada kepada individu mahupun kumpulan tertentu.
  4. WUIF akan berusaha memberi sokongan berupa bentuk placard, bookmark sama ada melalui softcopy ataupun bahan bercetak    sekiranya sesuai dan stok bahan-bahan publisiti tersedia semasa program-program yang dijalankan oleh pihak SAQ.
  5. WUIF mempunyai hak untuk berkongsi gambar-gambar SAQ yang menyertai aktiviti atau program bersama WUIF di mana-mana saluran media yang bersesuaian, yang WUIF mempunyai akses terhadapnya.
  6. Penyertaan wakil pihak WUIF dalam sebarang aktiviti SAQ (sekiranya berkaitan) adalah tertakluk kepada kesesuaian masa dan kelapangan wakil-wakil tersebut.
  7. Pihak WUIF mempunyai budibicara untuk berkongsi dengan mana-mana saluran media yang bersesuaian bahan-bahan serta perkongsian oleh SAQ di mana-mana saluran media.
  8. SAQ bersetuju akan menjalankan jalinan kerjasama dengan WUIF dengan membawa prinsip, visi dan misi yang berteraskan panduan al-Quran dan As-Sunnah.
  9. SAQ akan memberikan maklumbalas dan laporan kepada pihak WUIF      berdasarkan sebarang aktiviti dan/atau dapatan dari eksperimen sosial (jika berkaitan) yang dijalankan bertujuan membantumempertingkatkan kualiti penyampaian al-Quran kepada orang awam.
  10. SAQ akan sentiasa menjaga nama baik WUIF dalam setiap aktiviti yang dijalankan di samping berusaha mempamerkan nilai al-Quran di dalam setiap program dan/atau aktiviti yang dijalankan.
  11. SAQ bersedia menyelia dan bertanggungjawab terhadap setiap aktiviti yang dijalankan sama ada dengan atau tanpa kehadiran wakil daripada pihak WUIF.
  12. SAQ akan menjalankan aktivitinya tertakluk kepada kebenaran dan penambahbaikan yang akan dicadangkan oleh WUIF dari semasa ke semasa.
  13. SAQ tidak akan menggunakan bahan serta material yang dihasilkan oleh WUIF untuk sebarang tujuan komersil tanpa persetujuan dan/atau kelulusan pihak WUIF.
  14. SAQ hendaklah menghormati sebarang perjanjian dan/ atau persetujuan yang telah dijalinkan oleh WUIF dengan mana-mana pihak.
  15. SAQ bersedia untuk berbincang dan bekerjasama dengan WUIF pada bila-bila masa demi Misi MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah melalui berinteraksi dengan al-Quran Baca, Faham dan Amal.
  16. Selain daripada pautan sebagai rujukan dan panduan penganjuran program tahunan SAQ bersama WUIF, SAQ turut digalakkan untuk mendapatkan nasihat serta panduan sebelum menggunapakai nama-nama program yang dianjurkan oleh WUIF, supaya objektif perlaksanaan program oleh SAQ dapat dicapai secara optimum.
  17. Dalam keadaan di mana akad tersebut diingkari, pihak WUIF berhak meneruskan dengan tindakan-tindakan yang sewajarnya yang tidak terkecuali tindakan undang-undang bagi menghalang pengingkaran tersebut dari berterusan.
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x