AKU BUKAN PEDAGANG GAGAL

KISAH MYQT 0001

Separuh hidupku berusaha menjalankan pelbagai jenis perniagaan. Dari satu perniagaan ke satu perniagaan. Kerap kali tersungkur, kerap juga gagal. Kekurangan ilmu, penipuan, cabaran yang dijangka dan tak dijangka menjadikan aku belajar menanam saham ini rupanya tak mudah.

Laba apakah yang aku inginkan sebenarnya? Adakah perniagaan ini yang mampu membantuku di Negeri Abadi? Berapakah modal yang sudah ku habiskan semata-mata laba dunia yang belum tentu menjamin kebahagian yang berpanjangan buat aku dan keluargaku?

Aku disampaikan sahabatku mengenai tawaran baik untuk Wakaf Al-Quran, tapi katanya dengan sebuah misi MengQurankan Bangsa MengIkhlaskan Ummah. Apa itu? Wakaf al-Quran, adakah sama seperti Quran yang terbiar di masjid-masjid, melekat ketika aku cuba ambil kerana langsung tidak disentuh?

Bukan. Kata si sahabat, ini untuk frontliners. Kebiasaannya orang lain bagi safety gear, mask, sanitizer, lengkap sudah bekalan fizikalnya, seluruh negara membantu, makanan pun sedap-sedap diinfakkan. Tapi ini kita bantu bagi kekuatan emosi, beri semangat agar ayat ALLAH sentiasa bersama mereka.

Mereka mewakafkan al-Quran ke hospital, polis, tentera, kastam bomba, imigresen. Zaman Covid ini, semua orang risaukan pesakit. Tapi bagaimana dengan mereka yang merawat dan yang berhadapan dengan risiko ini? Rupa-rupanya ramai orang tak perasan pun. Dan kita boleh bagi Quran.

Bayangkanlah, al-Quran, jaminan tidak akan rugi. Sampai kiamat pahala al-Quran ini berjalan! Ini bisnes baru fikirku. Ya bermula dari situ, aku sebarkan sebanyak-banyaknya maklumat wakaf ini, kepada adik-adikku, keluargaku sahabat handaiku. Aku bagi betapa pun yang aku mampu. Hati berbunga-bunga.

Aku yakin, kali ini perniagaan aku dengan ALLAH, insya-Allah berjaya. Boleh jadi aku pedagang yang gagal di sini. Tapi aku yakin aku tidak akan gagal di hadapan Tuhanku nanti. Wakaf ini menjadi saham untukku dan keluarga aku juga. Maka, nikmat ALLAH yang manakah patut aku dustakan?

Kiriman

Hamba ALLAH

 

P/S: Jika ada berminat untuk berkongsi kisah inspirasi berwakaf dan mencari keredaan ALLAH, boleh emelkan nukilan anda kepada [email protected] WhatsApp nukilan anda di 019 380 3635.

*********************************************************************

Misi MENGQURANKAN BANGSA, MENGIKHLASKAN UMMAH

#WakafQuran
#QuranCorner
#TroliIbadah

 

Terima Kasih

Mesej Anda telah berjaya di hantar

  1. WUIF memberikan ruang penyertaan kepada Sahabah AlQuran (SAQ) bersama menghadiri aktiviti-aktiviti di bawah anjuran WUIF.
  2. Kebenaran menyertai aktiviti WUIF adalah tertakluk kepada syarat bahawa SAQ tidak membawa agenda dan unsur-unsur yang menyentuh sensitviti masyarakat.
  3. WUIF tidak memberi jaminan bahawa sebarang penyertaaan SAQ bersamanya dalam apa-apa aktiviti akan mendapat sebarang liputan secara peribadi sama ada kepada individu mahupun kumpulan tertentu.
  4. WUIF akan berusaha memberi sokongan berupa bentuk placard, bookmark sama ada melalui softcopy ataupun bahan bercetak    sekiranya sesuai dan stok bahan-bahan publisiti tersedia semasa program-program yang dijalankan oleh pihak SAQ.
  5. WUIF mempunyai hak untuk berkongsi gambar-gambar SAQ yang menyertai aktiviti atau program bersama WUIF di mana-mana saluran media yang bersesuaian, yang WUIF mempunyai akses terhadapnya.
  6. Penyertaan wakil pihak WUIF dalam sebarang aktiviti SAQ (sekiranya berkaitan) adalah tertakluk kepada kesesuaian masa dan kelapangan wakil-wakil tersebut.
  7. Pihak WUIF mempunyai budibicara untuk berkongsi dengan mana-mana saluran media yang bersesuaian bahan-bahan serta perkongsian oleh SAQ di mana-mana saluran media.
  8. SAQ bersetuju akan menjalankan jalinan kerjasama dengan WUIF dengan membawa prinsip, visi dan misi yang berteraskan panduan al-Quran dan As-Sunnah.
  9. SAQ akan memberikan maklumbalas dan laporan kepada pihak WUIF      berdasarkan sebarang aktiviti dan/atau dapatan dari eksperimen sosial (jika berkaitan) yang dijalankan bertujuan membantumempertingkatkan kualiti penyampaian al-Quran kepada orang awam.
  10. SAQ akan sentiasa menjaga nama baik WUIF dalam setiap aktiviti yang dijalankan di samping berusaha mempamerkan nilai al-Quran di dalam setiap program dan/atau aktiviti yang dijalankan.
  11. SAQ bersedia menyelia dan bertanggungjawab terhadap setiap aktiviti yang dijalankan sama ada dengan atau tanpa kehadiran wakil daripada pihak WUIF.
  12. SAQ akan menjalankan aktivitinya tertakluk kepada kebenaran dan penambahbaikan yang akan dicadangkan oleh WUIF dari semasa ke semasa.
  13. SAQ tidak akan menggunakan bahan serta material yang dihasilkan oleh WUIF untuk sebarang tujuan komersil tanpa persetujuan dan/atau kelulusan pihak WUIF.
  14. SAQ hendaklah menghormati sebarang perjanjian dan/ atau persetujuan yang telah dijalinkan oleh WUIF dengan mana-mana pihak.
  15. SAQ bersedia untuk berbincang dan bekerjasama dengan WUIF pada bila-bila masa demi Misi MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah melalui berinteraksi dengan al-Quran Baca, Faham dan Amal.
  16. Selain daripada pautan sebagai rujukan dan panduan penganjuran program tahunan SAQ bersama WUIF, SAQ turut digalakkan untuk mendapatkan nasihat serta panduan sebelum menggunapakai nama-nama program yang dianjurkan oleh WUIF, supaya objektif perlaksanaan program oleh SAQ dapat dicapai secara optimum.
  17. Dalam keadaan di mana akad tersebut diingkari, pihak WUIF berhak meneruskan dengan tindakan-tindakan yang sewajarnya yang tidak terkecuali tindakan undang-undang bagi menghalang pengingkaran tersebut dari berterusan.