KISAH MYQT 0001
Separuh hidupku berusaha menjalankan pelbagai jenis perniagaan. Dari satu perniagaan ke satu perniagaan. Kerap kali tersungkur, kerap juga gagal. Kekurangan ilmu, penipuan, cabaran yang dijangka dan tak dijangka menjadikan aku belajar menanam saham ini rupanya tak mudah.
Laba apakah yang aku inginkan sebenarnya? Adakah perniagaan ini yang mampu membantuku di Negeri Abadi? Berapakah modal yang sudah ku habiskan semata-mata laba dunia yang belum tentu menjamin kebahagian yang berpanjangan buat aku dan keluargaku?
Aku disampaikan sahabatku mengenai tawaran baik untuk Wakaf Al-Quran, tapi katanya dengan sebuah misi MengQurankan Bangsa MengIkhlaskan Ummah. Apa itu? Wakaf al-Quran, adakah sama seperti Quran yang terbiar di masjid-masjid, melekat ketika aku cuba ambil kerana langsung tidak disentuh?
Bukan. Kata si sahabat, ini untuk frontliners. Kebiasaannya orang lain bagi safety gear, mask, sanitizer, lengkap sudah bekalan fizikalnya, seluruh negara membantu, makanan pun sedap-sedap diinfakkan. Tapi ini kita bantu bagi kekuatan emosi, beri semangat agar ayat ALLAH sentiasa bersama mereka.
Mereka mewakafkan al-Quran ke hospital, polis, tentera, kastam bomba, imigresen. Zaman Covid ini, semua orang risaukan pesakit. Tapi bagaimana dengan mereka yang merawat dan yang berhadapan dengan risiko ini? Rupa-rupanya ramai orang tak perasan pun. Dan kita boleh bagi Quran.
Bayangkanlah, al-Quran, jaminan tidak akan rugi. Sampai kiamat pahala al-Quran ini berjalan! Ini bisnes baru fikirku. Ya bermula dari situ, aku sebarkan sebanyak-banyaknya maklumat wakaf ini, kepada adik-adikku, keluargaku sahabat handaiku. Aku bagi betapa pun yang aku mampu. Hati berbunga-bunga.
Aku yakin, kali ini perniagaan aku dengan ALLAH, insya-Allah berjaya. Boleh jadi aku pedagang yang gagal di sini. Tapi aku yakin aku tidak akan gagal di hadapan Tuhanku nanti. Wakaf ini menjadi saham untukku dan keluarga aku juga. Maka, nikmat ALLAH yang manakah patut aku dustakan?
Kiriman
Hamba ALLAH
P/S: Jika ada berminat untuk berkongsi kisah inspirasi berwakaf dan mencari keredaan ALLAH, boleh emelkan nukilan anda kepada [email protected] WhatsApp nukilan anda di 019 380 3635.
*********************************************************************
Misi MENGQURANKAN BANGSA, MENGIKHLASKAN UMMAH
#WakafQuran
#QuranCorner
#TroliIbadah