Seramai 33 delegasi dari Ibu Pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia telah menyertai rakaman My #QuranTime buat kali pertama di Studio My #QuranTime, Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd, Shah Alam, pada 13 Disember 2024.
Kunjungan ini diketuai oleh Pengerusi Surau As Saadah, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Roslan Yusoff, yang juga merupakan Timbalan Pengarah Kastam, Bahagian Cukai Dalam Negeri.
Pengerusi Surau As Saadah, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Putrajaya, Encik Roslan Yusoff.
Menurut beliau, tujuan penyertaan delegasi ini adalah untuk mendapatkan pendedahan secara langsung kepada sesi tadabbur al-Quran bersama pentadabbur, Fazrul Ismail, yang juga Ketua Pegawai Penyelidik Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), serta mengikuti bacaan al-Quran yang dipimpin oleh Qari, Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman.
“Kita bukan sahaja membaca al-Quran, tetapi juga perlu memahami dan menghayati isi kandungannya melalui pendekatan tadabbur. Sebelum ini, kami hanya mengikuti program My #QuranTime menerusi televisyen.
“Penyertaan ini selari dengan program tadabbur selama 30 siri yang dianjurkan oleh Surau As Saadah sejak Oktober lalu. Sesi tadabbur tersebut, yang dikendalikan oleh Ustaz Syaari Ab Rahman, Jurulatih Utama Tadabbur Centre, diadakan secara dalam talian setiap Isnin dari pukul 8 pagi hingga 9 pagi.
“Harapan kami adalah untuk menarik minat warga kerja Jabatan Kastam terhadap al-Quran melalui pendekatan tadabbur. Malah, usaha ini bertujuan untuk meningkatkan integriti dan memperbaiki tata kelola dalam kalangan warga Jabatan Kastam. Al-Quran adalah rujukan lengkap yang dapat membantu mencapai matlamat ini, khususnya bagi umat Islam.”
Pengasas WUIF merangkap Penasihat Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub turut meraikan kunjungan delegasi tersebut. Beliau berkesempatan berkongsi pengalaman aspirasi dalam menerajui syarikat Karangkraf dan kempen #QuranHour.
Hussamuddin berkongsi pengalaman dan inspirasi bersama delegasi Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Pada masa sama, beliau memberi kata-kata semangat kepada delegasi untuk teruskan bersama al-Quran melalui baca, faham dan amal. Jadikan al-Quran sentiasa dalam hati mereka sebagai sistem operasi diri.
SHAH ALAM : Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) dan rakan sinergi media kembali bergabung di Majlis Taklimat Sinergi Media sempena World #QuranHour 1444H di Studio My #QuranTime, Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd, Shah Alam, pada 30 Mac 2023. World #QuranHour sebagai kempen gerakan al-Quran melalui baca, faham dan amal akan diadakan di lokasi perdana Masjid Sultan…
Oleh: MARAWATY ABDUL HARIS Ramai terkesan akibat Covid-19 yang melanda di seluruh dunia, termasuk negara ini. Begitu juga dengan Norfadillah Mahmud, pengusaha kecil dari Machang, Kelantan menjual pucuk paku dan benih pokok sebagai sumber pendapatannya. Beliau yang mempunyai suami kurang upaya gigih mencari rezeki bagi mencari sesuai nasi. Ia ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan…
TV9 di bawah Mediaprima menjadi stesen televisyen pertama yang menayangkan program My #QuranTime 2.0 (MQT) setiap hari dari jam 12 hingga 1 tengah hari mulai Ahad, 5 Februari 2023, terbitan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) yang bersiaran dari Studio My #QuranTime di Shah Alam. Pengasas WUIF, Datuk Hussamuddin Yaacub dalam kenyataan media pada 1 Januari…
Pertubuhan Rumah Ngaji Ummah Ikhlas Melaka (PRNUIM) menganjurkan retreat selama dua hari satu malam di D’Nelayan Resort, Masjid Tanah. Program ini bertujuan menyatukan para penggerak Rumah Ngaji di Melaka dalam usaha membina dan membangunkan organisasi serta mengukuhkan ukhwah melalui sesi taaruf dan mesyuarat agung tahunan. Retreat ini menjadi platform penting untuk memperbaharui visi dan misi…
ALHAMDULILLAH, disebut dalam Surah Al-Fatihah dibaca sekurang-kurangnya 17 kali sehari dalam solat fardu. Kalimah tersebut diucapkan di dunia dan akhirat, iaitu di syurga. Kita menjadi hamba yang betul-betul bersyukur kepada ALLAH SWT. Episod 1 My #QuranTime (MQT) 2.0 memfokuskan Surah Al-Fatihah yang dibimbing bacaan oleh Qari Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman dan ditadabbur oleh Ketua…
Tahniah kepada pihak DRB-Hicom Berhad atas sokongan dan kerjasama bersama Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) dalam menjayakan program #SavingTheNation, Refleksi Surah Al-Saff: My Dream Team di Surau Al-Hidayah, Wisma DRB-Hicom pada pukul 12.30 tengah hari hingga 1.40 petang, 21 November 2024. Lebih 200 warga kerja DRB-HICOM dan anak-anak syarikatnya menyertai perkongsian ilmu secara hibrid, yang…
WUIF memberikan ruang penyertaan kepada Sahabah AlQuran (SAQ) bersama menghadiri aktiviti-aktiviti di bawah anjuran WUIF.
Kebenaran menyertai aktiviti WUIF adalah tertakluk kepada syarat bahawa SAQ tidak membawa agenda dan unsur-unsur yang menyentuh sensitviti masyarakat.
WUIF tidak memberi jaminan bahawa sebarang penyertaaan SAQ bersamanya dalam apa-apa aktiviti akan mendapat sebarang liputan secara peribadi sama ada kepada individu mahupun kumpulan tertentu.
WUIF akan berusaha memberi sokongan berupa bentuk placard, bookmark sama ada melalui softcopy ataupun bahan bercetak sekiranya sesuai dan stok bahan-bahan publisiti tersedia semasa program-program yang dijalankan oleh pihak SAQ.
WUIF mempunyai hak untuk berkongsi gambar-gambar SAQ yang menyertai aktiviti atau program bersama WUIF di mana-mana saluran media yang bersesuaian, yang WUIF mempunyai akses terhadapnya.
Penyertaan wakil pihak WUIF dalam sebarang aktiviti SAQ (sekiranya berkaitan) adalah tertakluk kepada kesesuaian masa dan kelapangan wakil-wakil tersebut.
Pihak WUIF mempunyai budibicara untuk berkongsi dengan mana-mana saluran media yang bersesuaian bahan-bahan serta perkongsian oleh SAQ di mana-mana saluran media.
SAQ bersetuju akan menjalankan jalinan kerjasama dengan WUIF dengan membawa prinsip, visi dan misi yang berteraskan panduan al-Quran dan As-Sunnah.
SAQ akan memberikan maklumbalas dan laporan kepada pihak WUIF berdasarkan sebarang aktiviti dan/atau dapatan dari eksperimen sosial (jika berkaitan) yang dijalankan bertujuan membantumempertingkatkan kualiti penyampaian al-Quran kepada orang awam.
SAQ akan sentiasa menjaga nama baik WUIF dalam setiap aktiviti yang dijalankan di samping berusaha mempamerkan nilai al-Quran di dalam setiap program dan/atau aktiviti yang dijalankan.
SAQ bersedia menyelia dan bertanggungjawab terhadap setiap aktiviti yang dijalankan sama ada dengan atau tanpa kehadiran wakil daripada pihak WUIF.
SAQ akan menjalankan aktivitinya tertakluk kepada kebenaran dan penambahbaikan yang akan dicadangkan oleh WUIF dari semasa ke semasa.
SAQ tidak akan menggunakan bahan serta material yang dihasilkan oleh WUIF untuk sebarang tujuan komersil tanpa persetujuan dan/atau kelulusan pihak WUIF.
SAQ hendaklah menghormati sebarang perjanjian dan/ atau persetujuan yang telah dijalinkan oleh WUIF dengan mana-mana pihak.
SAQ bersedia untuk berbincang dan bekerjasama dengan WUIF pada bila-bila masa demi Misi MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah melalui berinteraksi dengan al-Quran Baca, Faham dan Amal.
Selain daripada pautan sebagai rujukan dan panduan penganjuran program tahunan SAQ bersama WUIF, SAQ turut digalakkan untuk mendapatkan nasihat serta panduan sebelum menggunapakai nama-nama program yang dianjurkan oleh WUIF, supaya objektif perlaksanaan program oleh SAQ dapat dicapai secara optimum.
Dalam keadaan di mana akad tersebut diingkari, pihak WUIF berhak meneruskan dengan tindakan-tindakan yang sewajarnya yang tidak terkecuali tindakan undang-undang bagi menghalang pengingkaran tersebut dari berterusan.