Misi “Walk for World Quran Hour”

Misi 
Misi pelakon dan penerbit, Datuk Rosyam Nor berjalan kaki sejauh 47.2 kilometer bagi mempromosikan ‘World Quran Hour’ selesai dengan tibanya rombongan beliau di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) petang tadi.
Perjalanan mengambil masa kira-kira sepuluh jam untuk tiba ke Masjid Sultan Haji Ahmad Shah UIAM sekitar pukul 4.30 petang.
Rosyam, yang juga ikon Rumah Ngaji bersyukur misi berjalan lancar dengan tiada sebarang perkara tidak diingini berlaku, dibantu cuaca yang agak menyenangkan sepanjang perjalanan.
Menceritakan pengalaman sepanjang perjalanannya, Rosyam berkata ramai yang menegur, membunyikan hon dan mengambil kesempatan untuk bergambar dengannya.
Bukan misi berjalan kaki yang ditekankan, tetapi lebih kepada memberi kesedaran dan mengajak masyarakat Malaysia juga dunia terutamanya umat Islam supaya dapat turut serta dalam program meraikan Al-Quran itu.
“Saya harap misi kecil ini dapat memberi impak yang besar. “World Quran Hour akan menjadi titik permulaan untuk manusia menjadikan al-Quran sebagai pegangan hidup,” katanya selepas tiba di UIAM.
Program disambut seluruh dunia 
Jelas Rosyam, program yang akan disambut seluruh dunia itu juga medan terbaik untuk umat Islam yang sekian lama tidak membaca dan merujuk al-Quran untuk kembali ke kitab suci itu.
Sekurang-kurangnya satu jam komitmen diberikan untuk menyentuh, membelek, membaca, memahami, menyelami maksudnya atau apa sahaja cara untuk bersama al-Quran.
“Jadi 11 haribulan ini, tidak pandai mengaji pun tak mengapa, baca terjemahannya. Tidak boleh baca terjemahan, baca surah Al-Fatihah. Tidak boleh baca Al-Fatihah, pandang Quran. Tidak boleh pandang al-Quran,
kita bincang pasal al-Quran. Itu sahaja,” jelasnya.Pada masa sama, Rosyam turut berbesar hati sekiranya inisiatifnya ini dapat diteruskan pada tahun seterusnya dengan skala lebih besar.
Cetusan idea 
Misi ‘Walk for World Quran Hour’ adalah cetusan idea Rosyam sendiri, bermula dari Masjid Karangkraf Seksyen 15, Shah Alam pada pukul 6.30 pagi dengan Rosyam membawa senaskah al-Quran bersama.
Rombongan kemudian berhenti rehat di Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail untuk solat Zohor dan makan tengahari.
Perjalanan yang sepatutnya diteruskan pada jam 1.30 petang sedikit tergendala kerana hujan lebat, dan rombongan kembali berjalan sejam kemudian.
Setibanya di Rektori UIAM, Rosyam dan rombongan disambut warga universiti termasuk petugas program dan kumpulan pelajar sebelum meyerahkan al-Quran kepada Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UIAM,
Profesor Datuk Dr Mizan Hitam.Acara sambutan World Quran Hour peringkat Malaysia akan berlangsung di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM mulai pukul 9 pagi Ahad ini.
Kredit : Israr Khalid 08/09/2016 

Comments on Verse

Enter your email to receive a password reset link.

Terima Kasih

Mesej Anda telah berjaya di hantar

  1. WUIF memberikan ruang penyertaan kepada Sahabah AlQuran (SAQ) bersama menghadiri aktiviti-aktiviti di bawah anjuran WUIF.
  2. Kebenaran menyertai aktiviti WUIF adalah tertakluk kepada syarat bahawa SAQ tidak membawa agenda dan unsur-unsur yang menyentuh sensitviti masyarakat.
  3. WUIF tidak memberi jaminan bahawa sebarang penyertaaan SAQ bersamanya dalam apa-apa aktiviti akan mendapat sebarang liputan secara peribadi sama ada kepada individu mahupun kumpulan tertentu.
  4. WUIF akan berusaha memberi sokongan berupa bentuk placard, bookmark sama ada melalui softcopy ataupun bahan bercetak    sekiranya sesuai dan stok bahan-bahan publisiti tersedia semasa program-program yang dijalankan oleh pihak SAQ.
  5. WUIF mempunyai hak untuk berkongsi gambar-gambar SAQ yang menyertai aktiviti atau program bersama WUIF di mana-mana saluran media yang bersesuaian, yang WUIF mempunyai akses terhadapnya.
  6. Penyertaan wakil pihak WUIF dalam sebarang aktiviti SAQ (sekiranya berkaitan) adalah tertakluk kepada kesesuaian masa dan kelapangan wakil-wakil tersebut.
  7. Pihak WUIF mempunyai budibicara untuk berkongsi dengan mana-mana saluran media yang bersesuaian bahan-bahan serta perkongsian oleh SAQ di mana-mana saluran media.
  8. SAQ bersetuju akan menjalankan jalinan kerjasama dengan WUIF dengan membawa prinsip, visi dan misi yang berteraskan panduan al-Quran dan As-Sunnah.
  9. SAQ akan memberikan maklumbalas dan laporan kepada pihak WUIF      berdasarkan sebarang aktiviti dan/atau dapatan dari eksperimen sosial (jika berkaitan) yang dijalankan bertujuan membantumempertingkatkan kualiti penyampaian al-Quran kepada orang awam.
  10. SAQ akan sentiasa menjaga nama baik WUIF dalam setiap aktiviti yang dijalankan di samping berusaha mempamerkan nilai al-Quran di dalam setiap program dan/atau aktiviti yang dijalankan.
  11. SAQ bersedia menyelia dan bertanggungjawab terhadap setiap aktiviti yang dijalankan sama ada dengan atau tanpa kehadiran wakil daripada pihak WUIF.
  12. SAQ akan menjalankan aktivitinya tertakluk kepada kebenaran dan penambahbaikan yang akan dicadangkan oleh WUIF dari semasa ke semasa.
  13. SAQ tidak akan menggunakan bahan serta material yang dihasilkan oleh WUIF untuk sebarang tujuan komersil tanpa persetujuan dan/atau kelulusan pihak WUIF.
  14. SAQ hendaklah menghormati sebarang perjanjian dan/ atau persetujuan yang telah dijalinkan oleh WUIF dengan mana-mana pihak.
  15. SAQ bersedia untuk berbincang dan bekerjasama dengan WUIF pada bila-bila masa demi Misi MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah melalui berinteraksi dengan al-Quran Baca, Faham dan Amal.
  16. Selain daripada pautan sebagai rujukan dan panduan penganjuran program tahunan SAQ bersama WUIF, SAQ turut digalakkan untuk mendapatkan nasihat serta panduan sebelum menggunapakai nama-nama program yang dianjurkan oleh WUIF, supaya objektif perlaksanaan program oleh SAQ dapat dicapai secara optimum.
  17. Dalam keadaan di mana akad tersebut diingkari, pihak WUIF berhak meneruskan dengan tindakan-tindakan yang sewajarnya yang tidak terkecuali tindakan undang-undang bagi menghalang pengingkaran tersebut dari berterusan.
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x