Pelancaran Rumah Ngaji Felcra Seberang Perak

PASIR SALAK – Jumlah Rumah Ngaji di Perak terus bertambah dengan pelancaran Rumah Ngaji Felcra Seberang Perak di sini pada Ahad.

Melalui pelancaran berkenaan menjadikan jumlah keseluruhan Rumah Ngaji di Perak sebanyak 148 buah.

“Saya menyambut baik usaha menganjurkan program ini bagi menyuburkan minat membaca al-Quran, memupuk nilai-nilai cara hidup islam yang mendalam dalam kalangan warga Felcra. Selain itu, program ini terbuka kepada masyarakat setempat yang ingin menyertai. Secara tidak langsung dapat merapatkan hubungan silaturahim antara satu sama lain.

“Tetapi apa yang penting ialah mesej yang hendak disampaikan dan pengertian kepada kita. Penghayatan kepada isi kandungan ayat-ayat suci al-Quran juga akan memberi kita inspirasi dan galakan untuk lebih berusaha mendekatkan diri kepada llahi dan menguasai segenap bidang ilmu pengetahuan,” katanya ketika berucap sempena Majlis Perasmian Rumah Ngaji Felcra Bandar Seberang Perak di Masjid Jamek Al-Ansar di sini pada Ahad.

Normah Hanum ketika menyampaikan ucapan sempena Majlis Perasmian Rumah Ngaji Felcra Bandar Seberang Perak di Masjid Jamek Al-Ansar di sini pada Ahad.

 

Hadir sama pada majlis itu, Penasihat Rumah Ngaji Perak 1, Datuk Normah Hanum Ibrahim; Penasihat Rumah Ngaji Perak 2, Noor Mazlina Noor Shah; Pengerusi Rumah Ngaji Negeri Perak, Robaatun Hadayiah Harun dan Pengerusi Penggerak Rumah Ngaji Kawasan Felcra Changkat Lada, Rosliza Abdul Malik.

Rosni dalam pada itu mengharapkan kewujudan Rumah Ngaji berkenaan akan melahirkan ramai pelajar dan ahli-ahli yang akan mencetuskan semangat serta kesungguhan untuk lebih ramai umat mengamalkan ilmu terkandung di dalam al-Quran.

Sementara itu, Normah Hanum dalam ucapannya mengakui sangat gembira dengan kewujudan sebuah lagi Rumah Ngaji baharu iaitu di dalam kawasan Felcra Seberang Perak di sini.

Menurutnya, dengan pertambahan Rumah Ngaji itu diharap lebih ramai masyarakat memahami secara mendalam isi kandungan al-Quran yang memberi nilai serta akhlak baik terutama dalam kalangan anak muda.

Jelasnya, melalui pemahaman dan amalan isi kandungan al-Quran, pemimpin yang bakal dilahirkan pada masa akan datang bebas dari sebarang sifat buruk seperti rasuah, salah guna kuasa, zalim dan sebagainya.

Sumber: Sinar Harian:

Oleh SAIFULLAH AHMAD

Comments on Verse

Enter your email to receive a password reset link.

Terima Kasih

Mesej Anda telah berjaya di hantar

  1. WUIF memberikan ruang penyertaan kepada Sahabah AlQuran (SAQ) bersama menghadiri aktiviti-aktiviti di bawah anjuran WUIF.
  2. Kebenaran menyertai aktiviti WUIF adalah tertakluk kepada syarat bahawa SAQ tidak membawa agenda dan unsur-unsur yang menyentuh sensitviti masyarakat.
  3. WUIF tidak memberi jaminan bahawa sebarang penyertaaan SAQ bersamanya dalam apa-apa aktiviti akan mendapat sebarang liputan secara peribadi sama ada kepada individu mahupun kumpulan tertentu.
  4. WUIF akan berusaha memberi sokongan berupa bentuk placard, bookmark sama ada melalui softcopy ataupun bahan bercetak    sekiranya sesuai dan stok bahan-bahan publisiti tersedia semasa program-program yang dijalankan oleh pihak SAQ.
  5. WUIF mempunyai hak untuk berkongsi gambar-gambar SAQ yang menyertai aktiviti atau program bersama WUIF di mana-mana saluran media yang bersesuaian, yang WUIF mempunyai akses terhadapnya.
  6. Penyertaan wakil pihak WUIF dalam sebarang aktiviti SAQ (sekiranya berkaitan) adalah tertakluk kepada kesesuaian masa dan kelapangan wakil-wakil tersebut.
  7. Pihak WUIF mempunyai budibicara untuk berkongsi dengan mana-mana saluran media yang bersesuaian bahan-bahan serta perkongsian oleh SAQ di mana-mana saluran media.
  8. SAQ bersetuju akan menjalankan jalinan kerjasama dengan WUIF dengan membawa prinsip, visi dan misi yang berteraskan panduan al-Quran dan As-Sunnah.
  9. SAQ akan memberikan maklumbalas dan laporan kepada pihak WUIF      berdasarkan sebarang aktiviti dan/atau dapatan dari eksperimen sosial (jika berkaitan) yang dijalankan bertujuan membantumempertingkatkan kualiti penyampaian al-Quran kepada orang awam.
  10. SAQ akan sentiasa menjaga nama baik WUIF dalam setiap aktiviti yang dijalankan di samping berusaha mempamerkan nilai al-Quran di dalam setiap program dan/atau aktiviti yang dijalankan.
  11. SAQ bersedia menyelia dan bertanggungjawab terhadap setiap aktiviti yang dijalankan sama ada dengan atau tanpa kehadiran wakil daripada pihak WUIF.
  12. SAQ akan menjalankan aktivitinya tertakluk kepada kebenaran dan penambahbaikan yang akan dicadangkan oleh WUIF dari semasa ke semasa.
  13. SAQ tidak akan menggunakan bahan serta material yang dihasilkan oleh WUIF untuk sebarang tujuan komersil tanpa persetujuan dan/atau kelulusan pihak WUIF.
  14. SAQ hendaklah menghormati sebarang perjanjian dan/ atau persetujuan yang telah dijalinkan oleh WUIF dengan mana-mana pihak.
  15. SAQ bersedia untuk berbincang dan bekerjasama dengan WUIF pada bila-bila masa demi Misi MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah melalui berinteraksi dengan al-Quran Baca, Faham dan Amal.
  16. Selain daripada pautan sebagai rujukan dan panduan penganjuran program tahunan SAQ bersama WUIF, SAQ turut digalakkan untuk mendapatkan nasihat serta panduan sebelum menggunapakai nama-nama program yang dianjurkan oleh WUIF, supaya objektif perlaksanaan program oleh SAQ dapat dicapai secara optimum.
  17. Dalam keadaan di mana akad tersebut diingkari, pihak WUIF berhak meneruskan dengan tindakan-tindakan yang sewajarnya yang tidak terkecuali tindakan undang-undang bagi menghalang pengingkaran tersebut dari berterusan.
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x