Belajar teknik bahasa Arab mudah dan faham Quran

YAN – Seramai 100 peserta dari Rumah Ngaji Pulau Pinang tidak melepaskan peluang menyertai pembelajaran teknik bahasa Arab mudah agar dapat memahami al-Quran dengan lebih baik di puncak Gunung Jerai, di sini pada Sabtu.

Pengerusi Rumah Ngaji Pulau Pinang, Mohd Taufeq Abdul Rahman berkata, pemilihan lokasi tersebut bertujuan untuk menyemarakkan dan menggerakkan lagi gelombang al-Quran ke seluruh tempat di negara ini.

 

“Bila kita nak bagi sesuatu ilmu itu kalau boleh bukan setakat itu saja tetapi juga melalui program-program yang diadakan. Sebelum ini Quran Hour Arafah kami buat di Bukit Bendera, Pulau Pinang yang merupakan tempat pelancongan, jadi mereka boleh santai-santai melihat alam sekitar, selain dapat membaca al-Quran.“Hari ini pula, di samping kita belajar bahasa Arab mudah, kita juga dapat mengenali kawasan ini kerana ada yang tidak pernah sampai ke Gunung Jerai,” katanya semasa ditemui Sinar Harian di Jerai Ballroom, dekat sini.

Pelbagai aktiviti diadakan oleh Rumah Ngaji Pulau Pinang bagi menarik perhatian masyarakat di negeri tersebut.
               Pelbagai aktiviti diadakan oleh Rumah Ngaji Pulau Pinang bagi menarik perhatian masyarakat di negeri tersebut.

Hadir sama Pengurus Acara dan Kempen Ummah Ikhlas, Rozalina Mohamed, Eksekutif Kanan Rumah Ngaji, Marawaty Abdul Haris dan Penyelaras Rumah Ngaji Pulau Pinang, Zaiton @Zariyah Abdullah.

Menurutnya, penerimaan rumah ngaji ini semakin mendapat perhatian penduduk di sekitar Pulau Pinang dan berharap gelombangnya semakin besar dari semasa ke semasa apabila kini sudah mempunyai 86 rumah ngaji di seluruh negeri tersebut.

“Sekarang ini ramai peserta terdiri daripada wanita, kita harap lebih ramai lagi penyertaan daripada peserta-peserta lelaki pada masa akan datang.

“Pulau Pinang setakat ini ada 86 rumah ngaji dan kita menyasarkan untuk mengembangkan lagi kepada 100 buah rumah ngaji berdasarkan kepada minat dan sokongan yang diberikan oleh masyarakat sekitar,” ujarnya.

“Peserta rumah ngaji sekarang ada 1,500 orang di seluruh Pulau Pinang dan pelbagai aktiviti diadakan seperti adanya perkelahan, program Ramadan,perjumpaan hari raya dan kelas memasak, jadi dapat menarik minat masyarakat untuk sama-sama menyertai rumah ngaji ini dan kembali kepada al-Quran,” katanya lagi.

kredit : WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR

Comments on Verse

Enter your email to receive a password reset link.

Terima Kasih

Mesej Anda telah berjaya di hantar

  1. WUIF memberikan ruang penyertaan kepada Sahabah AlQuran (SAQ) bersama menghadiri aktiviti-aktiviti di bawah anjuran WUIF.
  2. Kebenaran menyertai aktiviti WUIF adalah tertakluk kepada syarat bahawa SAQ tidak membawa agenda dan unsur-unsur yang menyentuh sensitviti masyarakat.
  3. WUIF tidak memberi jaminan bahawa sebarang penyertaaan SAQ bersamanya dalam apa-apa aktiviti akan mendapat sebarang liputan secara peribadi sama ada kepada individu mahupun kumpulan tertentu.
  4. WUIF akan berusaha memberi sokongan berupa bentuk placard, bookmark sama ada melalui softcopy ataupun bahan bercetak    sekiranya sesuai dan stok bahan-bahan publisiti tersedia semasa program-program yang dijalankan oleh pihak SAQ.
  5. WUIF mempunyai hak untuk berkongsi gambar-gambar SAQ yang menyertai aktiviti atau program bersama WUIF di mana-mana saluran media yang bersesuaian, yang WUIF mempunyai akses terhadapnya.
  6. Penyertaan wakil pihak WUIF dalam sebarang aktiviti SAQ (sekiranya berkaitan) adalah tertakluk kepada kesesuaian masa dan kelapangan wakil-wakil tersebut.
  7. Pihak WUIF mempunyai budibicara untuk berkongsi dengan mana-mana saluran media yang bersesuaian bahan-bahan serta perkongsian oleh SAQ di mana-mana saluran media.
  8. SAQ bersetuju akan menjalankan jalinan kerjasama dengan WUIF dengan membawa prinsip, visi dan misi yang berteraskan panduan al-Quran dan As-Sunnah.
  9. SAQ akan memberikan maklumbalas dan laporan kepada pihak WUIF      berdasarkan sebarang aktiviti dan/atau dapatan dari eksperimen sosial (jika berkaitan) yang dijalankan bertujuan membantumempertingkatkan kualiti penyampaian al-Quran kepada orang awam.
  10. SAQ akan sentiasa menjaga nama baik WUIF dalam setiap aktiviti yang dijalankan di samping berusaha mempamerkan nilai al-Quran di dalam setiap program dan/atau aktiviti yang dijalankan.
  11. SAQ bersedia menyelia dan bertanggungjawab terhadap setiap aktiviti yang dijalankan sama ada dengan atau tanpa kehadiran wakil daripada pihak WUIF.
  12. SAQ akan menjalankan aktivitinya tertakluk kepada kebenaran dan penambahbaikan yang akan dicadangkan oleh WUIF dari semasa ke semasa.
  13. SAQ tidak akan menggunakan bahan serta material yang dihasilkan oleh WUIF untuk sebarang tujuan komersil tanpa persetujuan dan/atau kelulusan pihak WUIF.
  14. SAQ hendaklah menghormati sebarang perjanjian dan/ atau persetujuan yang telah dijalinkan oleh WUIF dengan mana-mana pihak.
  15. SAQ bersedia untuk berbincang dan bekerjasama dengan WUIF pada bila-bila masa demi Misi MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah melalui berinteraksi dengan al-Quran Baca, Faham dan Amal.
  16. Selain daripada pautan sebagai rujukan dan panduan penganjuran program tahunan SAQ bersama WUIF, SAQ turut digalakkan untuk mendapatkan nasihat serta panduan sebelum menggunapakai nama-nama program yang dianjurkan oleh WUIF, supaya objektif perlaksanaan program oleh SAQ dapat dicapai secara optimum.
  17. Dalam keadaan di mana akad tersebut diingkari, pihak WUIF berhak meneruskan dengan tindakan-tindakan yang sewajarnya yang tidak terkecuali tindakan undang-undang bagi menghalang pengingkaran tersebut dari berterusan.
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x