10 CIRI KEPIMPINAN RASULULLAH SAW YANG SETIAP ORANG PERLU TAHU

Mungkin jutaan rujukan tokoh dan pemimpin yang menjadi idola. Namun ia tidak dapat menandingi keunggulan peribadi Rasulullah SAW sebagai ketua kepada keluarga, masyarkat, negara apatah lagi umat manusia di seluruh alam.

ALLAH SWT berfirman: “Dan Kami tidak mengutus engkau (Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi seluruh alam.” (Surah Al-Abiya’: 107)

Buku “100 Most Influential People In The World” oleh pengarang Barat, Michael H Hart menobatkan Nabi Muhammad SAW sebagai orang yang paling berpengaruh di dunia dan menjadi pemimpin agung sepanjang zaman.

Tanggal 11 Oktober lalu, Amanie Group dan Mercy Mission Malaysia menganjurkan program “Prophetic Leadership Talk” yang disampaikan oleh Pengerusi Eksekutif Mercy Mission World, Sheikh Dr Tawfique Chowdhury di Menara Tokio Marine Life, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Turut hadir, Pengerusi Eksekutif Amanie Group, Datuk Dr Mohd Daud Abu Bakar.

Pengerusi Eksekutif Mercy Mission World, Sheikh Dr Tawfique Chowdhury

Tawfique merupakan antara 500 Muslim Paling Berpengaruh di dunia oleh TheMuslim500. Dalam program tersebut, beliau berkongsi 10 ciri kepimpinan Rasulullah SAW yang perlu dicontohi untuk menjadi pemimpin berpengaruh. Walaupun Baginda SAW telah wafat lebih 1,400 tahun, tapi mesej al-Quran dan Sunnah masih diterima untuk umat manusia sehingga hari ini.

Antara ciri-ciri Baginda SAW seperti berikut:

  1. Menjadi diri sendiri

Nabi Muhammad SAW bersifat introvert. Kurang bercakap lebih banyak mendengar. Ini berbeza dengan sifat pemimpin yang extrovert biasanya banyak bercakap tetapi kurang mendengar. Baginda SAW juga tidak bermegah dalam berpakaian, tetapi cukup sekadar pakaian yang sederhana. Hari ini kita gemar meniru cara orang lain dalam pelbagai aspek. Untuk mencontohi Rasulullah SAW, kita perlu sentiasa memasakkan dalam pemikiran kita untuk menjadi nombor satu. Tidak perlu tiru sesiapa, tapi jadilah diri sendiri.

  1. Sentiasa bercakap dengan visi

Rasulullah SAW sentiasa bercakap dengan visi dan masa hadapan. Visi utama Baginda SAW adalah hari akhirat dan banyak legasi ditinggalkan sebelum wafat. Rasulullah SAW meletakkan visi yang mempunyai hala tuju, tujuan dan motivasi yang sangat jelas. Jika kita tiada matlamat tersebut, orang lain yang akan mengisinya. Kita perlu sedar bahawa ALLAH menjadikan kita untuk beribadah kepada ALLAH. Tetapi kebanyakan kita terlalu sibuk dengan mengejar dunia. Inilah masa untuk kita berubah untuk menjadi hamba ALLAH dan bukan diperhambakan oleh dunia.

  1. Bercakap benar dan tidak hipokrit

Rasululllah SAW selalu bercakap benar sebelum menjadi nabi dan rasul. Oleh itu, kaum Quraish di Makkah mempercayai Baginda SAW. Oleh itu, memperbaiki diri dengan berpandukan al-Quran dan Sunnah. Jangan hipokrit iaitu hanya pandai bercakap tetapi tidak buat. Rasulullah SAW mempunyai nilai intergriti terbaik melalui akhlaknya. Ini sebagaimana disebut dalam Surah Al-Ahzab: 21.

  1. Utamakan pencapaian dan bersifat rendah hati

Rasulullah SAW tidak pernah berhenti untuk berdakwah. Ketika bapa saudara Rasulullah SAW meminta untuk berhenti berdakwah atas desakan pemimpin Quraish, Baginda SAW bersabda: “Wallahi, Demi ALLAH. Seandainya mereka meletakkan matahari di tangan kanan ku , dan bulan di tangan kiri ku ini nescaya aku tidak akan menghentikan dakwah ku ini hingga ALLAH memenangkannya atau aku binasa” (Riwayat At-Tarmidzi dan At-Thabrani).

Untuk mencapai matlamat, jangan mudah mengalah dan bersifat rendah hati.  Ketua yang berasa diri hebat dan sombong akan berhenti belajar, tiada inovatif dan tidak melihat perkembangan semasa untuk berubah ke arah lebih baik.

  1. Menjadi orang terakhir  

Rasulullah SAW sangat perihatin dengan ummahnya. Dalam hadis yang diriwayatkan Bukhari dan At-Tirmidzi, Rasulullah SAW mendahulukan tetamu, kemudian sahabatnya, Abu Hurairah RA untuk minum susu. Sebagai ketua yang prihatin, akan mendahulukan pekerjanya untuk ganjaran dan kebajikan sebelum dirinya. Ini akan menambahkan kepercayaan orang bawahan terhadap ketua tersebut. Ketua juga sanggup mengambil risiko untuk menyelamatkan pekerjanya. Contohnya kisah Ali RA berlindung di belakang Rasulullah SAW ketika Perang Badar, sedangkan Baginda SAW paling dengan dekat dengan mush.

  1. Cepat buat keputusan

Rasulullah SAW bijak dan cepat membuat keputusan berdasarkan sebahagian maklumat yang diperolehi. Contohnya sebelum Perang Badar, Rasulullah mengambil keputusan atas maklumat pengintip ke tempat musuh. Hari ini, ada majikan yang  mementingkan laporan dan analisis yang lengkap sehingga lambat bertindak. Kita tidak begitu berdaya saing jika terlalu banyak maklumat tetapi tidak bergerak. Dapatkan maklumat ringkas dan tepat untuk buat keputusan dan maju ke hadapan.

  1. Bersegera

Bekerja keras dan cepat, berkongsi data dan maklumat boleh mewujudkan kesegeraan dalam bertindak. Apabila Rasulullah SAW menerima wahyu daripada ALLAH SWT, akan segera kongsikan dengan keluarga dan pengikutnya. Baginda SAW bersikap telus menyampaikan mesej tersebut dengan jelas.

  1. Jaga hubungan orang senior

Rasulullah SAW mengambil berat para sahabat terutamanya Abu Bakar AS. Ketika Baginda SAW menceritakan peristiwa Israk Mikraj, ketika itu Abu Bakar AS membenarkan berita dari langit itu sehingga digelar As-Sidiq. Untuk membina legasi, kebiasaannya ketua dan ideanya dilihat tidak logi. Namun dengan adanya sokongan pengikut yang pertama, kedua dan seterusnya, dia berhasil. Tetap jika orang pertama ini diabaikan, seolah-olah dia memusnahkan legasinya.

  1. Sentiasa beri latihan

Rasulullah SAW sentiasa mengajar dan mendidik para sahabah. Sebagai ketua, ambil peluang bersama staf berkongsi maklumat dan membimbing mereka tidak mengira masa. Pemimpin yang baik bukan dinilai pada bilangan pencapaian, tetapi berapa ramai ketua yang dilahirkan.

  1. Pemangkin semangat dan kekuatan

Rasulullah SAW mendapat sokongan dan kekuatan daripada isterinya, Siti Khadijah RA ketika menerima wahyu pertama. Baginda SAW ditenangkan oleh isterinya Aishah RA ketika berhadapan dengan tekanan dalam berdakwah. Tiga perkara yang boleh mengembalikan kekuatan pertama, sentuhan seperti pelukan dan bersalaman dengan orang tersayang; kedua perlukan mentor atau guru yang boleh membimbing kita; dan ketiga, mendapat reda ALLAH seperti bersolat Tahajud, solat Dhuha, berdoa pagi dan petang.

Peserta memberi tumpuan terhadap perkongsian Dr Tawfique.
Mohd Daud (depan, tiga kiri), Dr Tawfique (depan, empat kiri) bersama peserta program.

 

 

 

 

Terima Kasih

Mesej Anda telah berjaya di hantar

  1. WUIF memberikan ruang penyertaan kepada Sahabah AlQuran (SAQ) bersama menghadiri aktiviti-aktiviti di bawah anjuran WUIF.
  2. Kebenaran menyertai aktiviti WUIF adalah tertakluk kepada syarat bahawa SAQ tidak membawa agenda dan unsur-unsur yang menyentuh sensitviti masyarakat.
  3. WUIF tidak memberi jaminan bahawa sebarang penyertaaan SAQ bersamanya dalam apa-apa aktiviti akan mendapat sebarang liputan secara peribadi sama ada kepada individu mahupun kumpulan tertentu.
  4. WUIF akan berusaha memberi sokongan berupa bentuk placard, bookmark sama ada melalui softcopy ataupun bahan bercetak    sekiranya sesuai dan stok bahan-bahan publisiti tersedia semasa program-program yang dijalankan oleh pihak SAQ.
  5. WUIF mempunyai hak untuk berkongsi gambar-gambar SAQ yang menyertai aktiviti atau program bersama WUIF di mana-mana saluran media yang bersesuaian, yang WUIF mempunyai akses terhadapnya.
  6. Penyertaan wakil pihak WUIF dalam sebarang aktiviti SAQ (sekiranya berkaitan) adalah tertakluk kepada kesesuaian masa dan kelapangan wakil-wakil tersebut.
  7. Pihak WUIF mempunyai budibicara untuk berkongsi dengan mana-mana saluran media yang bersesuaian bahan-bahan serta perkongsian oleh SAQ di mana-mana saluran media.
  8. SAQ bersetuju akan menjalankan jalinan kerjasama dengan WUIF dengan membawa prinsip, visi dan misi yang berteraskan panduan al-Quran dan As-Sunnah.
  9. SAQ akan memberikan maklumbalas dan laporan kepada pihak WUIF      berdasarkan sebarang aktiviti dan/atau dapatan dari eksperimen sosial (jika berkaitan) yang dijalankan bertujuan membantumempertingkatkan kualiti penyampaian al-Quran kepada orang awam.
  10. SAQ akan sentiasa menjaga nama baik WUIF dalam setiap aktiviti yang dijalankan di samping berusaha mempamerkan nilai al-Quran di dalam setiap program dan/atau aktiviti yang dijalankan.
  11. SAQ bersedia menyelia dan bertanggungjawab terhadap setiap aktiviti yang dijalankan sama ada dengan atau tanpa kehadiran wakil daripada pihak WUIF.
  12. SAQ akan menjalankan aktivitinya tertakluk kepada kebenaran dan penambahbaikan yang akan dicadangkan oleh WUIF dari semasa ke semasa.
  13. SAQ tidak akan menggunakan bahan serta material yang dihasilkan oleh WUIF untuk sebarang tujuan komersil tanpa persetujuan dan/atau kelulusan pihak WUIF.
  14. SAQ hendaklah menghormati sebarang perjanjian dan/ atau persetujuan yang telah dijalinkan oleh WUIF dengan mana-mana pihak.
  15. SAQ bersedia untuk berbincang dan bekerjasama dengan WUIF pada bila-bila masa demi Misi MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah melalui berinteraksi dengan al-Quran Baca, Faham dan Amal.
  16. Selain daripada pautan sebagai rujukan dan panduan penganjuran program tahunan SAQ bersama WUIF, SAQ turut digalakkan untuk mendapatkan nasihat serta panduan sebelum menggunapakai nama-nama program yang dianjurkan oleh WUIF, supaya objektif perlaksanaan program oleh SAQ dapat dicapai secara optimum.
  17. Dalam keadaan di mana akad tersebut diingkari, pihak WUIF berhak meneruskan dengan tindakan-tindakan yang sewajarnya yang tidak terkecuali tindakan undang-undang bagi menghalang pengingkaran tersebut dari berterusan.