SOUL FITNESS FOR WOMEN  BANTU WANITA RAWAT TEKANAN HATI MELALUI AL-QURAN

Oleh: FIKRATUL JAHRIYYAH ANUAR

Tekanan wujud dalam diri apabila lemahnya jiwa seseorang. Jiwa yang lemah berpunca daripada rohani, jasmani, akal dan emosi yang lemah. Antara keempat-empat aspek tersebut, rohani merupakan aspek yang paling utama.

Rohani merupakan sesuatu yang datang daripada hati. Hati yang lemah menandakan rapuhnya hubungan seseorang itu dengan ALLAH SWT. Ia menimbulkan perasaan sempit dalam dada, seolah-olah tiada jalan keluar daripada masalah yang dihadapi.

Memperakui kewujudan masalah ini, TickTalk TV di bawah Yayasan Warisan Ummah Ikhlas telah mengambil inisiatif dengan menggerakkan sebuah program yang dinamakan Terapi Al-Quran.

 

Program ini merupakan inisiatif di bawah Soul Fitness for Women yang mengetengahkan beberapa segmen seperti Tarbiah Tajwid, Tasbih dan Istighfar serta Kisah Tokoh Wanita Islam yang telah dijanjikan Syurga oleh ALLAH SWT.

 

Pengisian program ini bertujuan membantu para wanita yang menghadapi tekanan, keresahan dan kekeliruan yang wujud dalam kehidupan serta memotivasikan diri mereka supaya terus bangkit mengharungi ujian hidup.

Terapi Al-Quran disiarkan secara langsung di platform YouTube dan Facebook TickTalk TV pada setiap Ahad, Selasa dan Khamis selama satu jam bermula pada pukul 11 pagi hingga 12 tengah hari. Program sebanyak 36 episod mula disiarkan pada 25 Julai 2021 sehingga14 Oktober 2021.

Ketua Pegawai Latihan Brainjeem, Ustazah Nurliyana Baudin berpendapat, tajwid mampu menjadi terapi kepada jiwa wanita. Justeru, ilmu asas tajwid telah disampaikan sepanjang program tersebut sebagai usaha untuk mewujudkan fokus dalam minda wanita supaya lebih dekat dengan al-Quran. Ini secara langsung, ia dapat mengukuhkan lagi hubungan dengan ALLAH SWT.

“Saya pernah mengalami tekanan yang agak teruk dalam kehidupan. Kemudian, saya dorongkan diri untuk keluar daripada masalah yang dihadapi dengan mempelajari ilmu tajwid.

“Berdasarkan pengalaman sendiri, apabila kita mempelajari ilmu tajwid, ia mampu untuk mengubati tekanan dan masalah yang wujud dalam hati dan jiwa kita,” katanya.

Sementara itu, segmen Istighfar dan Tasbih pula disajikan untuk memberi peringatan mengenai perkara-perkara kecil yang diabaikan oleh sesetengah individu dalam kehidupan sedangkan perkara itu memberi impak yang besar kepada kesihatan emosi wanita. Segmen ini mampu menjentik hati para penonton termasuklah kru di sebalik tabir yang menjadi penggerak program ini.

Kisah Tokoh Wanita Islam yang telah dijanjikan syurga oleh ALLAH SWT pula dikongsikan sebagai penguat semangat kepada golongan wanita untuk kembali bangkit meneruskan kehidupan.

Tokoh-tokoh wanita yang diceritakan oleh Ustazah Nurliyana mempunyai latar kehidupan yang sukar dan ditimpa ujian yang amat berat, namun mereka teguh memperjuangkan agama Islam. Kisah mereka menjadi inspirasi wanita di luar sana untuk terus cekal dan tabah dalam menghadapi segala ujian dan dugaan yang diberikan oleh ALLAH SWT.

 

Barisan tokoh wanita Islam ini menjadi inspirasi kepada kita bahawa tiada manusia yang sempurna sifatnya, namun dengan pengetahuan yang kuat terhadap al-Quran dan As-Sunnah, mereka menjadi lebih ‘sempurna’ di sisi ALLAH SWT. Al-Quran menyempurnakan iman, taqwa dan akhlak mereka, tambahnya.

Penonton setia Terapi Al-Quran, Puan Azizah Mat Dom memberikan maklum balas yang sangat positif hasil perkongsian daripada Ustazah Nurliyana Baudin.

“Alhamdulillah, syukur ya ALLAH. ALLAH izinkan kita untuk menghargai dan mencontohi wanita-wanita hebat yang dijanjikan syurga ini. Terima kasih Ustazah kerana sudi berkongsi dengan kami.”

Sementara itu, ahli kumpulan Telegram Soul Fitness for Women, Puan Azlinda Ali,meluahkan rasa syukur kerana direzekikan oleh ALLAH SWT untuk peserta program Terapi Al-Quran.

“Dalam banyakperkongisan yang saya ikuti, saya direzekikan oleh ALLAH SWT untuk lebih memahami bacaan Asmaul Husna, Ya Rahman dan Ya Rahim dalam kelas ustazah.

“Selama ini saya hanya menyebut tanpa ada sebarang rasa yang menyentuh hati. Saya sangat bersyukur kerana dipertemukan dengan pembawa ilmu seperti Ustazah Nurliyana,” ujarnya.

Terapi Al-Quran melabuhkan tirainya pada hari Khamis lalu, 14 Oktober 2021 dengan jumlah tontonan sebanyak 212 tontonan di laman rasmi Facebook TickTalk TV. Walaupun program ini telah berakhir, namun  penggerak Soul Fitness for Women bakal menganjurkan program fizikal yang mengajak para wanita untuk duduk bersama dan menyelami perkongsian berkaitan wanita oleh Ustazah Nurliyana Baudin.

Untuk sebarang maklumat terkini, nota dan ulangkaji berkaitan program, sertai kumpulan telegram Soul Fitness for Women, https://t.me/SOULFITNESS4WOMEN (SOULFITNESS4WOMEN).

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Terima Kasih

Mesej Anda telah berjaya di hantar

  1. WUIF memberikan ruang penyertaan kepada Sahabah AlQuran (SAQ) bersama menghadiri aktiviti-aktiviti di bawah anjuran WUIF.
  2. Kebenaran menyertai aktiviti WUIF adalah tertakluk kepada syarat bahawa SAQ tidak membawa agenda dan unsur-unsur yang menyentuh sensitviti masyarakat.
  3. WUIF tidak memberi jaminan bahawa sebarang penyertaaan SAQ bersamanya dalam apa-apa aktiviti akan mendapat sebarang liputan secara peribadi sama ada kepada individu mahupun kumpulan tertentu.
  4. WUIF akan berusaha memberi sokongan berupa bentuk placard, bookmark sama ada melalui softcopy ataupun bahan bercetak    sekiranya sesuai dan stok bahan-bahan publisiti tersedia semasa program-program yang dijalankan oleh pihak SAQ.
  5. WUIF mempunyai hak untuk berkongsi gambar-gambar SAQ yang menyertai aktiviti atau program bersama WUIF di mana-mana saluran media yang bersesuaian, yang WUIF mempunyai akses terhadapnya.
  6. Penyertaan wakil pihak WUIF dalam sebarang aktiviti SAQ (sekiranya berkaitan) adalah tertakluk kepada kesesuaian masa dan kelapangan wakil-wakil tersebut.
  7. Pihak WUIF mempunyai budibicara untuk berkongsi dengan mana-mana saluran media yang bersesuaian bahan-bahan serta perkongsian oleh SAQ di mana-mana saluran media.
  8. SAQ bersetuju akan menjalankan jalinan kerjasama dengan WUIF dengan membawa prinsip, visi dan misi yang berteraskan panduan al-Quran dan As-Sunnah.
  9. SAQ akan memberikan maklumbalas dan laporan kepada pihak WUIF      berdasarkan sebarang aktiviti dan/atau dapatan dari eksperimen sosial (jika berkaitan) yang dijalankan bertujuan membantumempertingkatkan kualiti penyampaian al-Quran kepada orang awam.
  10. SAQ akan sentiasa menjaga nama baik WUIF dalam setiap aktiviti yang dijalankan di samping berusaha mempamerkan nilai al-Quran di dalam setiap program dan/atau aktiviti yang dijalankan.
  11. SAQ bersedia menyelia dan bertanggungjawab terhadap setiap aktiviti yang dijalankan sama ada dengan atau tanpa kehadiran wakil daripada pihak WUIF.
  12. SAQ akan menjalankan aktivitinya tertakluk kepada kebenaran dan penambahbaikan yang akan dicadangkan oleh WUIF dari semasa ke semasa.
  13. SAQ tidak akan menggunakan bahan serta material yang dihasilkan oleh WUIF untuk sebarang tujuan komersil tanpa persetujuan dan/atau kelulusan pihak WUIF.
  14. SAQ hendaklah menghormati sebarang perjanjian dan/ atau persetujuan yang telah dijalinkan oleh WUIF dengan mana-mana pihak.
  15. SAQ bersedia untuk berbincang dan bekerjasama dengan WUIF pada bila-bila masa demi Misi MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah melalui berinteraksi dengan al-Quran Baca, Faham dan Amal.
  16. Selain daripada pautan sebagai rujukan dan panduan penganjuran program tahunan SAQ bersama WUIF, SAQ turut digalakkan untuk mendapatkan nasihat serta panduan sebelum menggunapakai nama-nama program yang dianjurkan oleh WUIF, supaya objektif perlaksanaan program oleh SAQ dapat dicapai secara optimum.
  17. Dalam keadaan di mana akad tersebut diingkari, pihak WUIF berhak meneruskan dengan tindakan-tindakan yang sewajarnya yang tidak terkecuali tindakan undang-undang bagi menghalang pengingkaran tersebut dari berterusan.