PELAJAR SMAP KAJANG RAIH ILMU PANDUAN KEJAYAAN MELALUI SOUL FITNESS FOR TEENS

Oleh: FIKRATUL JAHRIYYAH ANUAR

Norma baharu menuntut komitmen pelajar untuk mengadaptasi pelbagai kaedah pembelajaran baharu selaras dengan perkembangan teknologi dan situasi semasa. Motivasi dan semangat belajar yang konsisten sangat diperlukan agar pelajar serta guru dapat meningkatkan kesan  pengajaran dan pemudahcaraan secara hibrid demi kecemerlangan masa pendidikan negara.

Tanggal 14 Oktober 2021, TickTalk TV di bawah naungan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas dengan kerjasama Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang telah menganjurkan Program Soul Fitness for Teens Edisi Khas dengan tajuk “Refleksi Surah Al-Kahfi: Membina Semangat Belajar dan Motivasi Belajar”.

Program yang berlangsung pada jam 8.45 malam hingga 11.15 malam ini berjaya mengumpulkan seramai 286 orang pelajar dari Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang.

Aplikasi Zoom menjadi medium utama bagi menjayakan program tersebut selain turut disiarkan secara langsung di Facebook TickTalk TV. Matlamat utama program ini dilaksanakan adalah sebagai salah satu usaha untuk menyuntik semangat belajar dalam diri para pelajar untuk kembali ke sekolah setelah hampir dua tahun menjalani sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Ustazah Hanisah memberi panduan berdasar Surah Al-Kahf

Sesi pertama program dimulakan dengan suntikan semangat oleh Perunding Motivasi Aura Imtiyaz, Ustazah Hanisah Afandi melalui pendedahan terhadap Surah Al-Kahf. Formula kejayaan yang diperoleh melalui surah tersebut boleh diaplikasikan oleh para pelajar untuk menambah baik gaya pembelajaran serta memupuk kembali semangat belajar dalam diri masing-masing.

Dalam pada itu, beliau turut mengetengahkan tips menyediakan jadual harian pelajar cemerlang sebagai manual untuk menggapai kejayaan dalam pelajaran serta kehidupan.

Dr Rafidah memberi penerangan mengenai hasil lukisan dan dikaitkan dengan emosi.

Kaunselor Berdaftar, Dr Rafidah Kastawi memenuhi sesi kedua program dengan modeliti Terapi Seni yang turut dikenali sebagai “Terapi Nurani REST Seni Ekspresif”. Sesi tersebut memfokuskan kepada pendekatan alternatif yang digunakan untuk menggalakan luahan emosi dan perasaan dengan mengaplikasikan model seni seperti melukis dan mewarna dengan tujuan untuk membantu proses penyembuhan emosi para pelajar.

“Terapi seni sangat membantu dalam menguruskan emosi untuk menjadi lebih sihat, kaya, bahagia dan berjaya.”

Pelajar dari Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang, Nur Aliah Syahirah Mohd Shahrulafizi, 13, menggambarkan sesi Terapi Seni sebagai satu aktiviti yang dapat menenangkan dirinya.

“Apabila melakukan aktiviti Terapi Seni, saya berasa lebih tenang dan dapat menikmati proses semasa menyiapkan bulatan impian tersebut,” ujarnya.

Sementara itu, pihak penganjur menceriakan lagi program ini dengan mengadakan aktiviti secara dalam talian melalui aplikasi Kahoot. Para pelajar yang berjaya mendapat tempat dalam aktiviti tersebut memenangi hadiah lumayan yang diperuntukkan oleh pihak sekolah.

Program yang berlangsung selama 2 jam 30 minit ini turut mendapat sokongan daripada barisan pentadbiran serta Unit Bimbingan dan Kaunseling SMAP Kajang.

Pengetua Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang, Tuan Haji Ahmad Shafrin Abdul Aziz menzahirkan perasaan gembira dan berpuas hati dengan anjuran program yang buat julung kali diadakan bersama sekolahnya dalam ucapan perasmian program.

“Tajuk program ini sangat menarik dan jarang dibincangkan. Kebiasaannya, “fit” atau cergas dikaitkan dengan keadaan fizikal. Namun kali ini ia dikaitkan dengan jiwa yang cergas dan hebat.

“Saya berasa sangat bertuah kerana sekolah ini terpilih untuk mengikuti program sebegini. Semoga para pelajar dapat memahami dan mengamalkan apa yang disampaikan oleh penceramah yang diiktiraf kehebatannya,” katanya.

Tirai program dilabuhkan dengan alunan sepuluh ayat terawal dan sepuluh ayat terakhir daripada Surah Al-Kahf oleh Hos Program Soul Fitness for Teens Edisi Khas, Muhamad Halim Zainudin.

Bagi pihak sekolah atau sebarang organisasi yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaan program Soul Fitness, sila layari Facebook dan Instagram TickTalk TV. Jika anda berminat untuk berkolaborasi dalam program Soul Fitness, sila hubungi Muhammad (+6011-11828208), http://wa.me/601111828208 dan Syafira (+6019-4241780), http://wa.me/60194241780

 

 

 

 

 

 

Terima Kasih

Mesej Anda telah berjaya di hantar

  1. WUIF memberikan ruang penyertaan kepada Sahabah AlQuran (SAQ) bersama menghadiri aktiviti-aktiviti di bawah anjuran WUIF.
  2. Kebenaran menyertai aktiviti WUIF adalah tertakluk kepada syarat bahawa SAQ tidak membawa agenda dan unsur-unsur yang menyentuh sensitviti masyarakat.
  3. WUIF tidak memberi jaminan bahawa sebarang penyertaaan SAQ bersamanya dalam apa-apa aktiviti akan mendapat sebarang liputan secara peribadi sama ada kepada individu mahupun kumpulan tertentu.
  4. WUIF akan berusaha memberi sokongan berupa bentuk placard, bookmark sama ada melalui softcopy ataupun bahan bercetak    sekiranya sesuai dan stok bahan-bahan publisiti tersedia semasa program-program yang dijalankan oleh pihak SAQ.
  5. WUIF mempunyai hak untuk berkongsi gambar-gambar SAQ yang menyertai aktiviti atau program bersama WUIF di mana-mana saluran media yang bersesuaian, yang WUIF mempunyai akses terhadapnya.
  6. Penyertaan wakil pihak WUIF dalam sebarang aktiviti SAQ (sekiranya berkaitan) adalah tertakluk kepada kesesuaian masa dan kelapangan wakil-wakil tersebut.
  7. Pihak WUIF mempunyai budibicara untuk berkongsi dengan mana-mana saluran media yang bersesuaian bahan-bahan serta perkongsian oleh SAQ di mana-mana saluran media.
  8. SAQ bersetuju akan menjalankan jalinan kerjasama dengan WUIF dengan membawa prinsip, visi dan misi yang berteraskan panduan al-Quran dan As-Sunnah.
  9. SAQ akan memberikan maklumbalas dan laporan kepada pihak WUIF      berdasarkan sebarang aktiviti dan/atau dapatan dari eksperimen sosial (jika berkaitan) yang dijalankan bertujuan membantumempertingkatkan kualiti penyampaian al-Quran kepada orang awam.
  10. SAQ akan sentiasa menjaga nama baik WUIF dalam setiap aktiviti yang dijalankan di samping berusaha mempamerkan nilai al-Quran di dalam setiap program dan/atau aktiviti yang dijalankan.
  11. SAQ bersedia menyelia dan bertanggungjawab terhadap setiap aktiviti yang dijalankan sama ada dengan atau tanpa kehadiran wakil daripada pihak WUIF.
  12. SAQ akan menjalankan aktivitinya tertakluk kepada kebenaran dan penambahbaikan yang akan dicadangkan oleh WUIF dari semasa ke semasa.
  13. SAQ tidak akan menggunakan bahan serta material yang dihasilkan oleh WUIF untuk sebarang tujuan komersil tanpa persetujuan dan/atau kelulusan pihak WUIF.
  14. SAQ hendaklah menghormati sebarang perjanjian dan/ atau persetujuan yang telah dijalinkan oleh WUIF dengan mana-mana pihak.
  15. SAQ bersedia untuk berbincang dan bekerjasama dengan WUIF pada bila-bila masa demi Misi MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah melalui berinteraksi dengan al-Quran Baca, Faham dan Amal.
  16. Selain daripada pautan sebagai rujukan dan panduan penganjuran program tahunan SAQ bersama WUIF, SAQ turut digalakkan untuk mendapatkan nasihat serta panduan sebelum menggunapakai nama-nama program yang dianjurkan oleh WUIF, supaya objektif perlaksanaan program oleh SAQ dapat dicapai secara optimum.
  17. Dalam keadaan di mana akad tersebut diingkari, pihak WUIF berhak meneruskan dengan tindakan-tindakan yang sewajarnya yang tidak terkecuali tindakan undang-undang bagi menghalang pengingkaran tersebut dari berterusan.