MPIK, SMAN BERSAMA SOUL FITNESS FOR TEENS EDISI KHAS BINA SEMANGAT PELAJAR SPM

Oleh: NURUL AUNI NADHIRAH BINTI MOHD RASHIDI

Sistem Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR) sudah menjadi sebahagian daripada norma baharu masyarakat Malaysia akibat pandemik COVID-19 yang melanda dunia. Bagaimanapun, sistem ini juga menjadi punca kelesuan para pelajar untuk meneruskan pembelajaran mereka di rumah.

Tanggal 30 September 2021, TickTalk TV dan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas telah menganjurkan Program Soul Fitness For Teens Edisi Khas dengan membawakan tajuk “Refleksi Surah Al-Kahfi: Membina Semangat dan Motivasi Belajar”. Ia sebagai usaha untuk membantu para pelajar bagi meningkatkan motivasi agar mereka lebih yakin dan bersemangat untuk menjalani PdPR. 

Hos Soul Fitness for Teens, Muhamad Halim Zainudin dan sebahagian peserta program yang terdiri daripada pelajar SPM.

Program kali ini berlangsung pada jam 8.45 malam hingga 10.30 malam di Facebook Ticktalk TV dengan hasil kerjasama Maktab Pengajian Islam Kedah (MPIK) dan Sekolah Menengah Agama Nilai (SMAN). Matlamat utama program tersebut adalah  memberikan sokongan dan menyuntik semangat belajar khususnya pelajar tingkatan lima yang bakal menduduki peperiksaan  Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM). Namun, para pelajar perlu berusaha dan tidak menjadikan PdPR sebagai isu kurangnya motivasi belajar. 

Perunding Motivasi Aura Imtiyaz, Ustazah Hanisah Afandi  sebagai penceramah jemputan memberi beberapa manual dengan berpandukan Surah Al-Kahf, yang boleh diaplikasikan oleh pelajar untuk meningkatkan motivasi dan semangat belajar. Beliau juga berkongsi mengenai tujuh rutin luar biasa insan cemerlang sebagai panduan pelajar mendapatkan kecemerlangan dalam hidup.

Pelajar dari Maktab Pengajian Islam Kedah, Nur Aleeya Maisarah Shahfizan bersyukur dapat sertai Soul Fitness For Teen. Ilmu yang dikongsikan menjadikan diri beliau lebih bersemangat untuk sertai kelas online ini. Beliau juga ingin mengetahui lebih lanjut isi kandungan surah lain dalam al-Quran. 

“Harapan saya ingin sambung belajar di luar negara dan membanggakan mak ayah saya. Saya mahu berubah menjadi lebih baik dari sekarang,” ujarnya.

Peserta dari Sekolah Menengah Agama Nilai, Amrah Mutiah Amran berkata, program tersebut boleh memberi impak yang positif kepada anak muda, terutama kepada bakal hafiz dan hafizah yang menjaga Kalamullah.

“Antara impak positif yang saya terima adalah semangat untuk terus berjuang dalam bidang al-Quran. Tidak semua orang bertuah untuk menjaga Kalam Suci ini. Harapan saya selepas menyertai program ini  dapat terus istiqamah dalam murajaah”.

Bagi menyokong usaha program ini, Pengetua Maktab Pengajian Islam Kedah, Dato Mursyid Diraja Dr Syeikh Muhamad Baderun, menyeru kepada para pelajar untuk terus yakin dan menjadikan program ini sebagai batu loncatan untuk meningkatkan prestasi dalam pembelajaran.

“Jika kita merancang program yang baik, ALLAH akan memberikan ganjaran pahala tanpa sedikitpun dikurangkan. Pesanan saya agar menjadikan Surah Al-Kahf sebagai rutin bacaan harian dalam hidup.” 

Pengetua Sekolah Menengah Agama Nilai, Puan Rafidah Ab Rahman dalam ucapannya menasihati para pelajar untu melapangkan minda dan fikiran sebelum memulakan sesi pembelajaran.

“Rebut peluang yang ada dan jadikan pengisian program ini untuk membina semula motivasi belajar,” katanya. 

 

 

 

 

 

Terima Kasih

Mesej Anda telah berjaya di hantar

  1. WUIF memberikan ruang penyertaan kepada Sahabah AlQuran (SAQ) bersama menghadiri aktiviti-aktiviti di bawah anjuran WUIF.
  2. Kebenaran menyertai aktiviti WUIF adalah tertakluk kepada syarat bahawa SAQ tidak membawa agenda dan unsur-unsur yang menyentuh sensitviti masyarakat.
  3. WUIF tidak memberi jaminan bahawa sebarang penyertaaan SAQ bersamanya dalam apa-apa aktiviti akan mendapat sebarang liputan secara peribadi sama ada kepada individu mahupun kumpulan tertentu.
  4. WUIF akan berusaha memberi sokongan berupa bentuk placard, bookmark sama ada melalui softcopy ataupun bahan bercetak    sekiranya sesuai dan stok bahan-bahan publisiti tersedia semasa program-program yang dijalankan oleh pihak SAQ.
  5. WUIF mempunyai hak untuk berkongsi gambar-gambar SAQ yang menyertai aktiviti atau program bersama WUIF di mana-mana saluran media yang bersesuaian, yang WUIF mempunyai akses terhadapnya.
  6. Penyertaan wakil pihak WUIF dalam sebarang aktiviti SAQ (sekiranya berkaitan) adalah tertakluk kepada kesesuaian masa dan kelapangan wakil-wakil tersebut.
  7. Pihak WUIF mempunyai budibicara untuk berkongsi dengan mana-mana saluran media yang bersesuaian bahan-bahan serta perkongsian oleh SAQ di mana-mana saluran media.
  8. SAQ bersetuju akan menjalankan jalinan kerjasama dengan WUIF dengan membawa prinsip, visi dan misi yang berteraskan panduan al-Quran dan As-Sunnah.
  9. SAQ akan memberikan maklumbalas dan laporan kepada pihak WUIF      berdasarkan sebarang aktiviti dan/atau dapatan dari eksperimen sosial (jika berkaitan) yang dijalankan bertujuan membantumempertingkatkan kualiti penyampaian al-Quran kepada orang awam.
  10. SAQ akan sentiasa menjaga nama baik WUIF dalam setiap aktiviti yang dijalankan di samping berusaha mempamerkan nilai al-Quran di dalam setiap program dan/atau aktiviti yang dijalankan.
  11. SAQ bersedia menyelia dan bertanggungjawab terhadap setiap aktiviti yang dijalankan sama ada dengan atau tanpa kehadiran wakil daripada pihak WUIF.
  12. SAQ akan menjalankan aktivitinya tertakluk kepada kebenaran dan penambahbaikan yang akan dicadangkan oleh WUIF dari semasa ke semasa.
  13. SAQ tidak akan menggunakan bahan serta material yang dihasilkan oleh WUIF untuk sebarang tujuan komersil tanpa persetujuan dan/atau kelulusan pihak WUIF.
  14. SAQ hendaklah menghormati sebarang perjanjian dan/ atau persetujuan yang telah dijalinkan oleh WUIF dengan mana-mana pihak.
  15. SAQ bersedia untuk berbincang dan bekerjasama dengan WUIF pada bila-bila masa demi Misi MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah melalui berinteraksi dengan al-Quran Baca, Faham dan Amal.
  16. Selain daripada pautan sebagai rujukan dan panduan penganjuran program tahunan SAQ bersama WUIF, SAQ turut digalakkan untuk mendapatkan nasihat serta panduan sebelum menggunapakai nama-nama program yang dianjurkan oleh WUIF, supaya objektif perlaksanaan program oleh SAQ dapat dicapai secara optimum.
  17. Dalam keadaan di mana akad tersebut diingkari, pihak WUIF berhak meneruskan dengan tindakan-tindakan yang sewajarnya yang tidak terkecuali tindakan undang-undang bagi menghalang pengingkaran tersebut dari berterusan.