Seramai 33 delegasi dari Ibu Pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia telah menyertai rakaman My #QuranTime buat kali pertama di Studio My #QuranTime, Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd, Shah Alam, pada 13 Disember 2024.
Kunjungan ini diketuai oleh Pengerusi Surau As Saadah, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Roslan Yusoff, yang juga merupakan Timbalan Pengarah Kastam, Bahagian Cukai Dalam Negeri.
Pengerusi Surau As Saadah, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Putrajaya, Encik Roslan Yusoff.
Menurut beliau, tujuan penyertaan delegasi ini adalah untuk mendapatkan pendedahan secara langsung kepada sesi tadabbur al-Quran bersama pentadabbur, Fazrul Ismail, yang juga Ketua Pegawai Penyelidik Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), serta mengikuti bacaan al-Quran yang dipimpin oleh Qari, Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman.
“Kita bukan sahaja membaca al-Quran, tetapi juga perlu memahami dan menghayati isi kandungannya melalui pendekatan tadabbur. Sebelum ini, kami hanya mengikuti program My #QuranTime menerusi televisyen.
“Penyertaan ini selari dengan program tadabbur selama 30 siri yang dianjurkan oleh Surau As Saadah sejak Oktober lalu. Sesi tadabbur tersebut, yang dikendalikan oleh Ustaz Syaari Ab Rahman, Jurulatih Utama Tadabbur Centre, diadakan secara dalam talian setiap Isnin dari pukul 8 pagi hingga 9 pagi.
“Harapan kami adalah untuk menarik minat warga kerja Jabatan Kastam terhadap al-Quran melalui pendekatan tadabbur. Malah, usaha ini bertujuan untuk meningkatkan integriti dan memperbaiki tata kelola dalam kalangan warga Jabatan Kastam. Al-Quran adalah rujukan lengkap yang dapat membantu mencapai matlamat ini, khususnya bagi umat Islam.”
Pengasas WUIF merangkap Penasihat Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub turut meraikan kunjungan delegasi tersebut. Beliau berkesempatan berkongsi pengalaman aspirasi dalam menerajui syarikat Karangkraf dan kempen #QuranHour.
Hussamuddin berkongsi pengalaman dan inspirasi bersama delegasi Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Pada masa sama, beliau memberi kata-kata semangat kepada delegasi untuk teruskan bersama al-Quran melalui baca, faham dan amal. Jadikan al-Quran sentiasa dalam hati mereka sebagai sistem operasi diri.
SUMBANGAN Wakaf al-Quran untuk Ummah memberi nafas baru kepada 50 pelatih Pusat Bimbingan dan Perlindungan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah di Selangor dan Melaka untuk menggunakan al-Quran terjemahan. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Rosmawati Zainal berkata, setiap kali mendapat al-Quran, pelatih menggunakannya setiap hari sehingga lusuh. Mereka gembira dan bersemangat apabila mendapat al-Quran baharu. Beliau memberi maklum balas…
Setiap kelahiran insan di dunia ada manual disediakan iaitu al-Quran yang diturunkan oleh ALLAH SWT melalui junjungan Rasulullah SAW. Dalam erti kata lain, dua sumber utama dalam kehidupan seseorang adalah al-Quran dan Sunnah. Namun untuk mendalami kedua-dua sumber tersebut dan mempraktikkan ilmu tersebut, perlulah berguru dengan orang yang berilmu. Untuk mengajak lebih ramai mendekati al-Quran,…
Malappuram: On the 27th night of Ramadan, the Ma’din Academy campus in Melmuri witnessed an extraordinary spiritual gathering as around 300,000 believers came together for prayers and blessings. Amid this solemn assembly, a landmark initiative took centre stage – the launch of the Ma’din Academy’s Anti-Drug Campaign, aimed at combating the rising crisis of drug…
Al-QURAN sebagai imam. Hikmah di sebalik al-Quran melalui baca, faham dan amal dapat memberi natijah yang baik kepada pembaca. Demikian kata Ketua Unit Bimbingan & Kaunseling, MKM Ticketing Travel & Tours Sdn Bhd, Mohd Zuhdi Zakaria sebagai tetamu jemputan program Road To Arafah #QuranHour yang bersiaran di platform Facebook World Quran Hour dan Sinar Islam…
Tidak rela rebah dek penangan pandemik Covid-19, pemilik Pusat Jagaan Al-Hafiz, Junaidah Mat Amin dan suaminya, Burhanuddin Adnan terus bertahan dengan pelbagai cara untuk teruskan tiga pusat jagaan di Seksyen 24, Shah Alam. Sejak Mac 2021, ramai ibu bapa bekerja dari rumah dan tidak menghantar anak ke pusat jagaan semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan…
DIA semuanya betul, orang lain salah. Inilah tanda penyakit hati. Adakah kita bersikap sedemikian? My #QuranTime 2.0 Episod 6 mengupas ayat 10 hingga 13 dalam Surah Al-Baqarah mengenai ciri-ciri orang yang munafik. Pentadabbur MQT, Tuan Fazrul Ismail berkata, pada episod sebelum ini, ayat 8 dalam surah kedua ini menyatakan ciri orang munafik apabila bercakap tetapi…
WUIF memberikan ruang penyertaan kepada Sahabah AlQuran (SAQ) bersama menghadiri aktiviti-aktiviti di bawah anjuran WUIF.
Kebenaran menyertai aktiviti WUIF adalah tertakluk kepada syarat bahawa SAQ tidak membawa agenda dan unsur-unsur yang menyentuh sensitviti masyarakat.
WUIF tidak memberi jaminan bahawa sebarang penyertaaan SAQ bersamanya dalam apa-apa aktiviti akan mendapat sebarang liputan secara peribadi sama ada kepada individu mahupun kumpulan tertentu.
WUIF akan berusaha memberi sokongan berupa bentuk placard, bookmark sama ada melalui softcopy ataupun bahan bercetak sekiranya sesuai dan stok bahan-bahan publisiti tersedia semasa program-program yang dijalankan oleh pihak SAQ.
WUIF mempunyai hak untuk berkongsi gambar-gambar SAQ yang menyertai aktiviti atau program bersama WUIF di mana-mana saluran media yang bersesuaian, yang WUIF mempunyai akses terhadapnya.
Penyertaan wakil pihak WUIF dalam sebarang aktiviti SAQ (sekiranya berkaitan) adalah tertakluk kepada kesesuaian masa dan kelapangan wakil-wakil tersebut.
Pihak WUIF mempunyai budibicara untuk berkongsi dengan mana-mana saluran media yang bersesuaian bahan-bahan serta perkongsian oleh SAQ di mana-mana saluran media.
SAQ bersetuju akan menjalankan jalinan kerjasama dengan WUIF dengan membawa prinsip, visi dan misi yang berteraskan panduan al-Quran dan As-Sunnah.
SAQ akan memberikan maklumbalas dan laporan kepada pihak WUIF berdasarkan sebarang aktiviti dan/atau dapatan dari eksperimen sosial (jika berkaitan) yang dijalankan bertujuan membantumempertingkatkan kualiti penyampaian al-Quran kepada orang awam.
SAQ akan sentiasa menjaga nama baik WUIF dalam setiap aktiviti yang dijalankan di samping berusaha mempamerkan nilai al-Quran di dalam setiap program dan/atau aktiviti yang dijalankan.
SAQ bersedia menyelia dan bertanggungjawab terhadap setiap aktiviti yang dijalankan sama ada dengan atau tanpa kehadiran wakil daripada pihak WUIF.
SAQ akan menjalankan aktivitinya tertakluk kepada kebenaran dan penambahbaikan yang akan dicadangkan oleh WUIF dari semasa ke semasa.
SAQ tidak akan menggunakan bahan serta material yang dihasilkan oleh WUIF untuk sebarang tujuan komersil tanpa persetujuan dan/atau kelulusan pihak WUIF.
SAQ hendaklah menghormati sebarang perjanjian dan/ atau persetujuan yang telah dijalinkan oleh WUIF dengan mana-mana pihak.
SAQ bersedia untuk berbincang dan bekerjasama dengan WUIF pada bila-bila masa demi Misi MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah melalui berinteraksi dengan al-Quran Baca, Faham dan Amal.
Selain daripada pautan sebagai rujukan dan panduan penganjuran program tahunan SAQ bersama WUIF, SAQ turut digalakkan untuk mendapatkan nasihat serta panduan sebelum menggunapakai nama-nama program yang dianjurkan oleh WUIF, supaya objektif perlaksanaan program oleh SAQ dapat dicapai secara optimum.
Dalam keadaan di mana akad tersebut diingkari, pihak WUIF berhak meneruskan dengan tindakan-tindakan yang sewajarnya yang tidak terkecuali tindakan undang-undang bagi menghalang pengingkaran tersebut dari berterusan.