Bagaimana berjaya di tempat kerja bermula dengan diri?

Dunia pekerjaan menjadi sebahagian kehidupan kita. Ia tidak terlepas daripada ujian dan cabaran dalam mencari nafkah di tempat kerja. Jadi bagaimana membina kejayaan di tempat kerja bermula dengan diri?

Setiap orang perlu tahu apa yang dia mampu lakukan dan apa yang tidak mampu di luar kawalannya. Jika ia di luar daripada kemampuan dan kawalan kita, usahlah membuang sumber, masa dan tenaga pada sesuatu. Namun ada orang yang mempunyai ego terlalu besar sehingga dia berfikir boleh mengubah segalanya.

Ada orang juga yang menganggap dirinya hadir ke dunia tanpa perlu berbuat apa. Tiada usaha, maka tiada perkembangan dalam kehidupannya. Kita selalu diasak dengan soalan seperti apakah kelulusan anda? Apakah pekerjaan anda? Apakah pengalaman anda yang boleh memberi manfaat kepada syarikat?

 

 

PengasaNouman Ali Khan berkongsi
Pengasas Bayyinah, Nouman Ali Khan berkongsi ilmu bersama warga MAB Academy dan MAG, MAB Academy, Sepang pada 26 November 2024.
Nouman Ali Khan bersama barisan pihak pengurusan dan warga kerja MAB Academy dan MAG yang menyertai sesi pembelajaran bersama penceramah.

Pengasas Bayyinah, Nouman Ali Khan sebagai penceramah jemputan berkongsi ilmu bertajuk “Leading with purpose: Inspiring change from within” pada program MAG Learning Exchange Speaker Series, di Auditorium Tan Sri Md Nor Yusof Auditorium, MAB Academy, KLIA, Sepang pada 26 November 2024.

Nouman Ali Khan. Pengasas Bayyinah.

Seramai 200 warga kerja MAB Academy dan Malaysia Aviation Group (MAG) menyertai program ilmiah selama lebih sejam ini. Turut hadir, Ketua Pegawai Operasi MAB Academy, Puan Aida Salfaraz Ahmad Fadzil.

Menurut Nouman, kita datang dari pelbagai bangsa, budaya dan bahasa. Dari segi bahasa, sekurang-kurangnya ada 5 peratus kesamaan antara satu sama lain. Contohnya, beliau yang mempelajari bahasa Perancis mendapati ada banyak kesamaan perkataan Punjabi. Ia ada kaitan dengan faktor sejarah perdagangan beberapa abad lalu. Jadi banyak berlaku pertukaran bahasa. Apabila kita memahami apa yang orang katakan, maka berlakukan komunikasi yang berkesan.

Yakjuj dan Makjuj merupakan makhluk perosak dan pemusnah di dunia ini. Oleh itu tembok dibina dan dijaga bagi menyekat kejahatan mereka. Begitu juga hubungan kita dengan orang yang mempunyai komunikasi negatif. Kita perlu jarakkan diri sebagai perlindungan daripada golongan toksik di tempat kerja.

Komunikasi negatif daripada diri mahupun orang sekeliling boleh mencetuskan suasana kerja tidak sihat. – Sumber foto: Freepik

Orang yang bekerja dengan baik mempunyai potensi dan peluang untuk pergi jauh. Kita perlu sentiasa belajar, terus majukan diri dan berkembang. Pasukan yang baik adalah bersemangat untuk belajar dan meningkatkan kemahiran dari masa ke masa. Kata-kata “Saya dah tahu” dan tidak mahu belajar apa-apa, boleh membunuh kerjaya anda.

Untuk membangunkan jabatan atau organisai yang baik, komunikasi sangat penting. Kita perlu bersikap terbuka untuk berkongsi masalah bagi mendapatkan jalan penyelesaian agar memudahkan gerak kerja pasukan mahupun syarikat. Mereka boleh berkongsi maklumat secara langsung dan tidak lansung, termasuklah penggunaan emel.

“Saya menghormati orang yang boleh bercakap terus terang kepada saya. Apabila bercakap sesama rakan sejawat, kita boleh bercakap secara langsung. Apa yang penting kita tidak menunjukkan ego kita dalam berkomunikasi, agar tidak siapa yang rasa tercabar.

Saranan kepada pihak atasan untuk menegur orang bawahan adalah secara bersemuka agar tidak mengaibkannya di hadapan khalayak pekerja lain. Ada kalangan ketua suka menegur staf tidak bertempat dan sindiran yang menyakitkan hati. Ini adalah tindakan tidak bijak dan tidak adil kepada staf tersebut. Begitu juga di sebaliknya, staf boleh menegur ketua dengan cara hormat.

Amalkan komunikasi terbuka dalam keluarga mahupun organisasi dengan pendekatan yang berhemah. Semua pihak perlu buka minda dan hati untuk menerima perubahan dan maju ke hadapan.

Dalam sesebuah organisasi, mungkin tidak semua jabatan memberi sumbangan besar yang signifikan. Ini menyebabkan ada pihak tidak puas hati. Budaya iri hati dan dengki boleh ‘membunuh” antara satu sama lain, yang boleh melumpuhkan potensi syarikat.

Setiap teguran perlu disampaikan dengan penjelasan yang jelas dan bijaksana supaya dapat diterima dengan positif oleh semua pihak. Apabila pasukan mengamalkan komunikasi yang sihat dan membuat keputusan yang matang, ia secara langsung menyumbang kepada perkembangan syarikat ke arah kecemerlangan.

Ada orang yang  berkata, “Jika saya tidak berkembang maju, saya tidak boleh menjadi ketua” dan ada juga yang mengatakan “Anda tidak sesuai dengan cara saya, sila keluar”. Bukan mudah untuk mengubah orang yang degil. Mereka ini berada dalam zon selesa.

“Saya mengambil pekerja berdasarkan tahap pendidikan, pengalaman pekerjaan dan sumbangan kepada syarikat. Saya suka bekerja dengan orang yang mempunyai kerangka fikir selalu mengejar, selalu belajar dan beradaptasi apa yang dipelajari. Orang ini tidak menetap pada satu tahap di dalam sesebuah syarikat. Mereka sentiasa belajar dahulu sebelum mengajar dan membantu orang lain.

“Saya bukanlah pemimpin yang baik, namun sekurang-kurangnya saya boleh melakukan sesuatu yang menjadi contoh kepada pasukan saya. Mereka perlu lebih serius untuk belajar, lebih kreatif dan berkembang daripada saya,” ujar Nouman yang menganggap belajar itu adalah pelaburan bagi mengembangkan dunianya.

Kebanyakan kita menghabiskan masa di tempat kerja. Kerja itu adalah kehidupan kita. Untuk melalui kehidupan yang bermakna dan berkesan, kita perlu melakukan sesuatu yang baik.

Ketua mahupun staf perlu sentiasa meningkat diri dengan belajar dan membantu orang lain.

Ingatlah pesan al-Quran untuk memotivaikan diri kita menjadi lebih baik.

ALLAH SWT berfirman: “Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah daripada yang mungkar, dan beriman kepada  ALLAH. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka. Di antara mereka ada yang beriman, namun kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.” (Surah Ali ‘Imran: 110)

 

 

Kongsi :

Lain-Lain Artikel

Comments on Verse

Enter your email to receive a password reset link.

Terima Kasih

Mesej Anda telah berjaya di hantar

  1. WUIF memberikan ruang penyertaan kepada Sahabah AlQuran (SAQ) bersama menghadiri aktiviti-aktiviti di bawah anjuran WUIF.
  2. Kebenaran menyertai aktiviti WUIF adalah tertakluk kepada syarat bahawa SAQ tidak membawa agenda dan unsur-unsur yang menyentuh sensitviti masyarakat.
  3. WUIF tidak memberi jaminan bahawa sebarang penyertaaan SAQ bersamanya dalam apa-apa aktiviti akan mendapat sebarang liputan secara peribadi sama ada kepada individu mahupun kumpulan tertentu.
  4. WUIF akan berusaha memberi sokongan berupa bentuk placard, bookmark sama ada melalui softcopy ataupun bahan bercetak    sekiranya sesuai dan stok bahan-bahan publisiti tersedia semasa program-program yang dijalankan oleh pihak SAQ.
  5. WUIF mempunyai hak untuk berkongsi gambar-gambar SAQ yang menyertai aktiviti atau program bersama WUIF di mana-mana saluran media yang bersesuaian, yang WUIF mempunyai akses terhadapnya.
  6. Penyertaan wakil pihak WUIF dalam sebarang aktiviti SAQ (sekiranya berkaitan) adalah tertakluk kepada kesesuaian masa dan kelapangan wakil-wakil tersebut.
  7. Pihak WUIF mempunyai budibicara untuk berkongsi dengan mana-mana saluran media yang bersesuaian bahan-bahan serta perkongsian oleh SAQ di mana-mana saluran media.
  8. SAQ bersetuju akan menjalankan jalinan kerjasama dengan WUIF dengan membawa prinsip, visi dan misi yang berteraskan panduan al-Quran dan As-Sunnah.
  9. SAQ akan memberikan maklumbalas dan laporan kepada pihak WUIF      berdasarkan sebarang aktiviti dan/atau dapatan dari eksperimen sosial (jika berkaitan) yang dijalankan bertujuan membantumempertingkatkan kualiti penyampaian al-Quran kepada orang awam.
  10. SAQ akan sentiasa menjaga nama baik WUIF dalam setiap aktiviti yang dijalankan di samping berusaha mempamerkan nilai al-Quran di dalam setiap program dan/atau aktiviti yang dijalankan.
  11. SAQ bersedia menyelia dan bertanggungjawab terhadap setiap aktiviti yang dijalankan sama ada dengan atau tanpa kehadiran wakil daripada pihak WUIF.
  12. SAQ akan menjalankan aktivitinya tertakluk kepada kebenaran dan penambahbaikan yang akan dicadangkan oleh WUIF dari semasa ke semasa.
  13. SAQ tidak akan menggunakan bahan serta material yang dihasilkan oleh WUIF untuk sebarang tujuan komersil tanpa persetujuan dan/atau kelulusan pihak WUIF.
  14. SAQ hendaklah menghormati sebarang perjanjian dan/ atau persetujuan yang telah dijalinkan oleh WUIF dengan mana-mana pihak.
  15. SAQ bersedia untuk berbincang dan bekerjasama dengan WUIF pada bila-bila masa demi Misi MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah melalui berinteraksi dengan al-Quran Baca, Faham dan Amal.
  16. Selain daripada pautan sebagai rujukan dan panduan penganjuran program tahunan SAQ bersama WUIF, SAQ turut digalakkan untuk mendapatkan nasihat serta panduan sebelum menggunapakai nama-nama program yang dianjurkan oleh WUIF, supaya objektif perlaksanaan program oleh SAQ dapat dicapai secara optimum.
  17. Dalam keadaan di mana akad tersebut diingkari, pihak WUIF berhak meneruskan dengan tindakan-tindakan yang sewajarnya yang tidak terkecuali tindakan undang-undang bagi menghalang pengingkaran tersebut dari berterusan.
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x