WORLD #QURANHOUR 1446H: SURAH AL-SAFF ANGKAT SEMANGAT HAWARRIYUN

World #QuranHour tahun ini genap satu dekad dalam usaha menyebarluaskan nilai-nilai Al-Quran ke seluruh dunia. Bertemakan #SavingTheUmmah, Surah Al-Saff dipilih sebagai surah utama yang menekankan kepentingan kesatuan ummah dalam memperjuangkan agama ALLAH SWT.

Program berinteraksi dengan al-Quran melalui baca, faham dan amal anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) diadakan di lokasi perdana, Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak,  pada pukul 12 hingga 1 tengah hari, 25 Mac 2025 bersamaan 24 Ramadan 1446H.

Barisan qari, pentadabbur Pemberi Pesan Pemimpin berada di halaqah utama World #QuranHour 1446H di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM, Gombak.

Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Marhaini Yusoff berkata, Surah Al-Saff membawa seruan untuk umat Islam bersatu seperti Bunyanun Marsus, satu saf yang tersusun kukuh, dan mencontohi semangat Hawariyyun, para pembantu agama ALLAH yang setia.

“Dalam menghadapi cabaran global, terutamanya situasi di Palestin, kesatuan ummah menjadi semakin penting. Surah Al-Saff memberikan pedoman agar umat Islam terus bersatu, berjihad dengan harta dan jiwa, serta membentuk barisan yang teguh dalam mempertahankan kebenaran.

“Ayat 14 daripada surah ini menjadi inspirasi agar umat Islam tampil sebagai ejen perubahan dengan jihad melalui harta dan jiwa, dalam memastikan kelangsungan perjuangan menegakkan kebenaran.”

Sebahagian peserta World #QuranHour yang berada di lokasi perdana, Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM, Gombak pada 25 Mac 2025.

Ciri-ciri golongan Hawariyyun adalah kehambaan yang terhasil daripada tasbih, berintergriti, konsisten dan berakhlak mulia. Dengan hati yang ikhlas, iman yang tulus dan rasa kebersamaan, kita berkorban harta dan jiwa meraih ganjaran ALLAH SWT (61:12), bantuan ALLAH (61:13) dan kejayaan (61:13).

Surah ke 61 ini mengetengahkan tonggak utama sebagai asas kesatuan ummah: Konsisten & integriti (61:2-3), Kesatuan (61:4), Kepimpinan & kepatuhan (61:5-6), Komitmen harta & jiwa (61:11), dan Kerjasama & saling membantu (61:14).

Tambah beliau, untuk menarik penyertaan generasi muda, World #QuranHour 2025 memperkenalkan beberapa inisiatif di lokasi perdana. Antaranya, Duit Raya #SaffChallenge – Pertandingan mengambil gambar bersama rakan dalam bentuk saf yang tersusun dan menyebarkan mesej Surah al-Saff bermula 13 – 23 Mac 2025. Pemenang terpilih menerima hadiah di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM hari ini (25 Mac 2025).

Pasar Ummah Ikhlas – Sebuah inisiatif infak oleh WUIF bagi menggalakkan orang ramai menyumbangkan barangan preloved, keperluan asas, pakaian dan barangan kering kepada mereka yang memerlukan. Semua hasil kutipan akan disalurkan kepada Tabung Endowment Fund UIAM, membantu lebih 500 penerima zakat dan 1,800 B40. Seterusnya, Games Al-Saff (Pasar Ummah Ikhlas) – Peserta berpeluang memenangi pelbagai hadiah melalui cabaran permainan berpandukan Surah al-Saff.

Sesi bacaan al-Quran dibimbing oleh Qari Syeikh Mu’min Falah, Ustaz Shukri Ali, Dr Syeikh Anas Abojaish, Ustaz Abdul Jalil, Ustaz Asfandyar. Manakala, barisan pentadabbur terdiri daripada Ketua Pegawai Penyelidik WUIF, Fazrul Ismail; Pensyarah Kuliyyah Ilmu Pengetahuan Berteraskan Wahyu dan Sains Kemanusiaan, UIAM, Dr Khairul Husaini; Pensyarah CELPAD, UIAM dan Presiden MURSHID,  Ustaz Abdullah Bukhari.

Rektor UIAM, Prof. Emeritus Datuk Dr. Osman Bakar memberi Pesan Pemimpin.

Rektor UIAM, Prof. Emeritus Datuk Dr. Osman Bakar memberi Pesan Pemimpin, kemudian diikuti dengan bacaan ikrar yang disampaikan oleh Timbalan Setiausaha 1, Persatuan Pelajar UIAM, Amenulrahman Hakimi Rosdi. Acara ini diakhiri dengan bacaan doa oleh  Imam Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM, Ustaz Ramadhan Subky.

Sepanjang majlis ini, ia dihoskan oleh selebriti Fakhrul Radhi dan Daie Muda YADIM, Zaim Zaim, serta diterjemahkan ke dalam bahasa isyarat oleh Abdul Hakim Badarul Zaman.

World #QuranHour tahun ini diserikan dengan keberangkatan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj.

World #QuranHour tahun ini diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat, iaitu Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj; YB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah binti Dr. Wan Ismail, isteri kepada YAB Perdana Menteri Malaysia merangkap Ahli Parlimen Bandar Tun Razak; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar, dan Ketua Pengarah JAKIM, Dato’ Dr Sirajuddin Suhaimee.

Kehadiran figura penting ini mencerminkan sokongan berterusan terhadap usaha memartabatkan al-Quran dalam kehidupan seharian di segenap lapisan masyarakat.

Sehingga semalam (24 Mac 2025, 5 petang), sebanyak 1,370 lokasi di seluruh negara dan 25 lokasi di 19 negara berdaftar bagi penganjuran World #QuranHour.

Kempen #QuranHour selama 10 tahun ini telah mencetuskan gelombang al-Quran yang merangkumi World #QuranHour, Arafah #QuranHour, Malaysia #QuranHour, dan World #QuranConvention. Dalam tempoh ini, kempen ini telah mencapai 7.72 bilion capaian di media sosial serta diadakan di 313 lokasi di 76 negara.

Astro Oasis sebagai Penyiar Rasmi World #QuranHour dan Bernama TV menyiarkan World #QuranHour secara langsung pada hari tersebut. Antara rakan media bersama Astro Oasis, TV AlHijrah, Astro Awani, RTM, Bernama, Sinar Harian, Sinar Islam, Sinar Daily, Nu Ideaktiv, Denaihati.com, Media JAKIM, TV IKIM, IKIM FM, Radio Zayan dan Media Prima.

World #QuranHour dinaungi oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama rakan strategik seperti UIAM, Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia (MPAM), Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Karya Bestari, KDEB Waste Management, KL Tower Malaysia, Akademi Sinergi Ikhlas Sdn Bhd, Rasuah Buster, Rumah Ngaji, Sahabah Al-Quran serta badan kerajaan dan bukan kerajaan di dalam dan luar negara. Program ini turut disokong melalui tajaan daripada Wardah dan Yayasan Taqwa.

Comments on Verse

Enter your email to receive a password reset link.

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x

Terima Kasih

Mesej Anda telah berjaya di hantar

  1. WUIF memberikan ruang penyertaan kepada Sahabah AlQuran (SAQ) bersama menghadiri aktiviti-aktiviti di bawah anjuran WUIF.
  2. Kebenaran menyertai aktiviti WUIF adalah tertakluk kepada syarat bahawa SAQ tidak membawa agenda dan unsur-unsur yang menyentuh sensitviti masyarakat.
  3. WUIF tidak memberi jaminan bahawa sebarang penyertaaan SAQ bersamanya dalam apa-apa aktiviti akan mendapat sebarang liputan secara peribadi sama ada kepada individu mahupun kumpulan tertentu.
  4. WUIF akan berusaha memberi sokongan berupa bentuk placard, bookmark sama ada melalui softcopy ataupun bahan bercetak    sekiranya sesuai dan stok bahan-bahan publisiti tersedia semasa program-program yang dijalankan oleh pihak SAQ.
  5. WUIF mempunyai hak untuk berkongsi gambar-gambar SAQ yang menyertai aktiviti atau program bersama WUIF di mana-mana saluran media yang bersesuaian, yang WUIF mempunyai akses terhadapnya.
  6. Penyertaan wakil pihak WUIF dalam sebarang aktiviti SAQ (sekiranya berkaitan) adalah tertakluk kepada kesesuaian masa dan kelapangan wakil-wakil tersebut.
  7. Pihak WUIF mempunyai budibicara untuk berkongsi dengan mana-mana saluran media yang bersesuaian bahan-bahan serta perkongsian oleh SAQ di mana-mana saluran media.
  8. SAQ bersetuju akan menjalankan jalinan kerjasama dengan WUIF dengan membawa prinsip, visi dan misi yang berteraskan panduan al-Quran dan As-Sunnah.
  9. SAQ akan memberikan maklumbalas dan laporan kepada pihak WUIF      berdasarkan sebarang aktiviti dan/atau dapatan dari eksperimen sosial (jika berkaitan) yang dijalankan bertujuan membantumempertingkatkan kualiti penyampaian al-Quran kepada orang awam.
  10. SAQ akan sentiasa menjaga nama baik WUIF dalam setiap aktiviti yang dijalankan di samping berusaha mempamerkan nilai al-Quran di dalam setiap program dan/atau aktiviti yang dijalankan.
  11. SAQ bersedia menyelia dan bertanggungjawab terhadap setiap aktiviti yang dijalankan sama ada dengan atau tanpa kehadiran wakil daripada pihak WUIF.
  12. SAQ akan menjalankan aktivitinya tertakluk kepada kebenaran dan penambahbaikan yang akan dicadangkan oleh WUIF dari semasa ke semasa.
  13. SAQ tidak akan menggunakan bahan serta material yang dihasilkan oleh WUIF untuk sebarang tujuan komersil tanpa persetujuan dan/atau kelulusan pihak WUIF.
  14. SAQ hendaklah menghormati sebarang perjanjian dan/ atau persetujuan yang telah dijalinkan oleh WUIF dengan mana-mana pihak.
  15. SAQ bersedia untuk berbincang dan bekerjasama dengan WUIF pada bila-bila masa demi Misi MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah melalui berinteraksi dengan al-Quran Baca, Faham dan Amal.
  16. Selain daripada pautan sebagai rujukan dan panduan penganjuran program tahunan SAQ bersama WUIF, SAQ turut digalakkan untuk mendapatkan nasihat serta panduan sebelum menggunapakai nama-nama program yang dianjurkan oleh WUIF, supaya objektif perlaksanaan program oleh SAQ dapat dicapai secara optimum.
  17. Dalam keadaan di mana akad tersebut diingkari, pihak WUIF berhak meneruskan dengan tindakan-tindakan yang sewajarnya yang tidak terkecuali tindakan undang-undang bagi menghalang pengingkaran tersebut dari berterusan.