- 03-5101 3635
- [email protected]
- Isnin - Jumaat: 8:30am - 05:00pm
World #QuranHour 1442H anjuran bersama Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) dan Astro Oasis dilaksanakan dalam situasi agak berbeza. Hanya lebih kurang 50 tetamu hadir dan buat pertama kali dilaksanakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.
Penganjuran World #QuranHour pada 24 Ramadan 1442H bersama 6 Mei 2021 tetap dilaksanakan walaupun dalam suasana PKP di beberapa daerah di Selangor. Program ini disiarkan secara langsung di Astro Oasis, TV AlHijrah, Bernama TV dan Okey TV selain platform digital fb dan instagram QuranHour dan Sinar Harian.
Surah Al-Mulk dipilih sebagai surah utama di samping Al-Fatihah dan Al-Baqarah ayat 1 hingga 5 untuk dibaca dan ditadabburkan. Seramai tujuh qari yang terdiri daripada Abdul Khair Jalil, Tarmizi Abdul Rahman, Tirmizi Hj Ali, Husaini Mahmur, Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim, Megat Mohd Zaid Megat Azmuddin dan Jalaluddin Mohd Zaiki.
Tadabbur Surah Al-Mulk disampaikan oleh Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Mohd Daud Bakar, Ketua Pegawai Penyelidik WUIF, Fazrul Ismail dan Pemenang Daie Antarabangsa Yadim, Hifdzi Zaim Zamri.
Majlis diserikan dengan kehadiran Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwah Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary dan Timbalan Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah.
Selain di lokasi utama, World #QuranHour tahun ini turut dilaksanakan serentak di 2,700 lokasi dalam negara dan 42 lokasi di luar negara.
World Quran Hour © 2021 All rights reserved